Free counter and web stats

Sunday, December 28, 2008

Sekadar Untuk Renungan

PENTINGKAH DARA PADA SUAMI

ASTHAGFIRULLAHALAZIM ......jantungku seakan hampir putus bila terdengar pengakuan dari insan yang
paling aku sayangi.Esok hari kami kami disatukan."Katakan itu tidak benar",jerit ku padanya.
Tubuhku longlai,tidak berdaya bangun lagi.Hatiku pedih dan ngilu bagai tersusuk sembilu.
Sekiranya aku aku menolak,dimanakah maruah ibubapanya hendak digadai,hanya kerana
dosa anak gadis yang menodai kesucian diri.Akibat terlalu cinta pada bekas kekasihnya
sewaktu ketika dulu,tunanganku telah pun menghilangkan mahkota suci atau DARAnya pada
jalan haram.

Aku menerima walaupun hatiku pedih dan terluka,demi menjaga hati orang yang tidak berdosa.
Kini setahun berlalu,ketika aku melayari INTERNET aku dikejutkan lagi dengan sesuatu perkara,
yang dulunya aku telah lupakan.Video Klip isteriku berzina dengan bekas kekasihnya.Mereka
begitu mesra dan intim sambil melakukan aksi zina.Perbagai aksi yang menyakitkan hatiku.
Aku melihat kesisi,terbujur seorang isteri yang sedang mendakapi anak kecil.Aku menghampiri
kebirai katil,kurenung wajah anak kecil itu,aku bayangkan nasibnya sekiranya LAFAS talak terpancul dari
mulutku.

Sekali lagi bersolat ISTIKARAH untuk mencari pertunjuk.Mampukan aku mengandar biawak hidup
dalam hidupku.Memang itu cerita lama,tetapi ianya telah mencabar ego lelakiku.Sekiranya kita
sejak dari dahulu mematuhi ajaran Islam,perkara ini tidak akan berlaku.

Keesokan pagi,telefon bimbitku berbunyi,ternyata dari kedua ibubapaku.Terdapat puluhan sms
dari sahabat handai dan kaum kerabat yang bertanyakan soalan tentang Vidoe Klip tersebut.Ada
juga yang meminta bersabar dan tidak kurang yang meminta membuat keputusan bijak dan memilukan.
Bagaimana aku harus menghadapi hari esok dengan senyuman sinis kenalan.Aku tahu ada yang bersimpati,
ada yang menjuihkan bibir.

Setelah terbongkar rahsia Klip Video itu,satu persatu-satu rahsia lama isteriku muncul.akibat terlalu tabsud
dek kerana cinta pertama.Ada yang mengirim pautan (link) friendster isteriku bersama bekas kekasihnya.
Aku menyakitkan hatiku sendiri kerana melayarinya.Perbagai foto romantis mereka berdua,walaupun tidak
menjolok mata tetapi jelas menampakkan keintiman mereka.Coretan cinta mereka begitu indah.Segala
janji mereka berkubur kerana pernikahku bersama isteriku.

Aku cuba menyiasat perkara sebenar.Kini baruku sedar keputusanku adalah suatu kesilapan besar.Aku memutuskan
dua jiwa yang bercinta.Dari mulut bekas teman leleki isteriku.Beliau seorang lelaki berusia diawal 40-an.Telah beristeri
dan mempunyai dua cahayamata.Beliau menjalinkan hubungan cinta bersama isteriku selama enam tahun.Oleh kerana
pihak family isteriku tidak bersetuju dengan pilihannya dan kebetulan familiku masuk meminang,lantas pinanganku diterima.
Penolakan mereka cuma kerana status suami orang dan pekerjaan lelaki itu tidak sehebat dengan isteriku.Kebetulan aku
juga seorang guru,maka pinanganku diterima.

Dari ceritanya,aku tahu dia masih masih lagi dalam frust.Enam tahun mereka bercinta.Pernah makan sepinggan dan tidur
sebantal.Aku percaya dengan ceritanya,walaupun mereka pernah merakamkan aksi seks mereka sewaktu bersama,tetapi
bukan dia yang menyiarkan Clip Video itu di INTERNET.Mungkin juga Video Clip itu dirakam oleh pihat Hotel yang pernah
mereka tumpangi sewaktu dahulu.Ada pihak yang meraihkan keuntungan dari dosa mereka.

Kini aku kian JIJIK dengan isteriku,setelah menyaksikan sendiri aksi isteriku disetubuhi oleh orang lain.Aku yakin tiada lelaki
yang boleh bersabar dalam situasi ini.Jujur aku katakan,aku sebenarnya tidak selesa bila mengetahui yang isteriku sudah
tidak suci lagi sejak dulu lagi.Anak yang lahir dari hasil pernikahan kami,hanya hasil nafsu seorang lelaki pada kaum wanita.
Kini aku tahu,yang isteriku juga tidak melayan aku sepertimana ia melayan bekas kekasihnya dulu.

Setelah mendapat pertunjuk,aku pun melafaskan talak pada isteriku.Aku terpaksa melakukannya demi untuk menjaga
hatiku sendiri.Aku tidak mahu dia tersiksa.Aku boleh mendapat layanan batin sekiranya aku berkahwin lain.Aku lelaki,aku ada
hak berkahwin empat.Sekiranya aku menurut nasihat jahat sebilangan rakanku,mereka melarang aku menceraikan isteriku.
Sebaliknya menikahi gadis yang lain dan menyiksa batin isteriku.Tetapi aku masih beragama,aku tidak mahu jadi dayus atau
jahat.Dendam dan marahku hanyalah KEMAAFAN.

Kepada semua ibubapa,sekiranya anak-anak gadis menolak perkahwinan atas pilihan mereka,cuba menyiasat kenapa?
Terima sahaja siapa pilihan anak-anak gadis kita sekiranya pihak lelaki itu jujur walaupun beliau telah beristeri.Jangan fikirkan
soal harta,pangkat dan darjat.Yakinlah rezeki itu datang dari Allah.Jadikan cerita untuk renungan kita bersama.Di zaman akhir,menurut Al-Quran
PEREMPUAN itu akan lebih ramai dari lelaki.Poligami itu kini adalah perkara yang perlu untuk mengelak zina.Poligami juga menghindar
pembuangan anak dimerata tempat.Terimalah poligami sebagai ketentuan dari ALLAH.

Kepada anak gadis-gadis yang kebanyakan menguasai IPTA dan IPTS,ingatlah pada ALLAH jangan melakukan zina.Jangan merakamkan
aksi lucah anda.Akibatnya seuatu hari nanti anda yang rugi.Pilihlah lelaki yang beriman dan jadikan diri anda beriman.Bila anda beriman,
anda akan mendapat lelaki beriman.Begitulah sebaliknya juga.

Kedapa wanita yang bergelar isteri,aku tahu yang poligami itu MADU YANG PAHIT.Sekiranya anda redha dan berkorban didunia,anda dijanjikan
PAYUNG SYURGA di akhirat.Terimalah kerana Allah.

Nasihat khas pada kaum lelaki,wanita itu anugerah Allah pada kita,so hargailah mereka.Wanita itu ibu,kakak,adik perempuan,anak dan guru kita.
Mereka perlukan khalifah,oleh itu didik mereka kejalan yang diredhai.Sekiranya anda berpoligami,tunaikan kewajipan anda dengan seadilnya.Yang paling
utama TANGGUNGJAWAB AGAMA.Jangan abaikan kasih sayang walaupun anda tidak mampu pada harta.Jangan menceritakan perihal isteri pertama
kepada isteri kedua,begitu juga sebaliknya.Pupukkan silatulrahim antara mereka dan jangan merahsiakan perkahwinan anda.Dekatkan diri anda kepada
Allah swt,tiada tempat yang terbaik untuk kita memohon pertolongan.

Kepada SAHABAT abghalim sila berikan komen andan.Aku dah bosan dengan cerita politik dan artis Malaysia.Banyak perkara baik yang perlu kita
bincangkan dari berdebat sesama sendiri.Kita mengaibkan MELAYU ISLAM hanya kerana perpezaan pendapat politik.Masyarakat Islam kini kian
kalut dengan gejala sosial.Apa guna dua juta pengundi muda sekiranya AKHLAK dan SAHSIAH diri yang rosak.IPTA DAN IPTS berlambak-lambak
melahirkan cerdik pandai tetapi sebilangan besar adalah gadis yang tiada dara dan teruna noda.

Wednesday, December 17, 2008

KOLEKSI DATO HARUN DIN

43 - Koleksi Dato Harun Din-Cahaya Iman.mp3

44 - Koleksi Dato Harun Din-Mimpi Jumpa Rasulullah SAW.mp3

Sunday, December 14, 2008

Ceramah Ustaz Shamsuri 14-12-08

Salam

Sila rujuk Ceramah Ustaz Shamsuri.

DYE RAMBUT : HALALKAH ?

DYE RAMBUT : HALALKAH ?
Dye rambut yang bercampur dengan bahan ethanolamine (seperti alcohol) dan telah dicapkan HALAL oleh Jabatan Perdana Menteri.Jenis alcohol ini juga digunakan dalam minyak wangi atau dye rambut sebenarnya bukan alcohol yang dibancuh dalam minuman keras.Bahan ini juga disebut ethyl methylane merupakan bahan kimia yang digunakan dalam perusahaan dan tidak boleh diminum sama sekali.
Alkohol ini yang dicampur dengan bahan asas seperti dedaun herba dan bunga menolong mengekalkan warna dan membangkitkan keharuman jika dicampur dengan minyak wangi.Tanpa bahan ini bunga akan lesu.Dye rambut dan minyak wangi dicampur dengan ethyl methylane dengan tujuan yang sama.
Oleh itu tidak perlu was was dalam hal ini apalagi jika pihak Jabatan Agama telah mengesahkannya HALAL.InsyaAllah ia tidak akan meresap atau menghalang air dari terkena kepala sehingga tidak boleh dibawa solat.
RUJUKAN:Majalah Wanita keluaran Oktober 2002
http://abghalim.blogspot.com

Memikat Hati Wanita (khas buat lelaki)

Memikat Hati Wanita (khas buat lelaki)
Kita selalu mengejar cinta dari wanita idaman.Perbagai taktik dan cara yang kita gunakan untuk menarik perhatian semata-mata ingin melafaskan kata cinta.Sila ikuti sedikit panduan yang ringkas selain dari itu pastikan anda telah bersolah hajat dan solat istikharah.
1. Cuba tonjolkan diri anda yang sebenar
· Jangan berpura macho
· Bersikap sopan,memahami dan sederhana
2. Cuba beri perhatian
· Tumpukan perhtian ketika dia berbicara
· Jadi pendengar yang setia
· Pemaaf
· Jangan lokek pada pujian
· Berkongsi suka dan duka
3. Jangan terlalu memilih
· Terima seadanya dia
· Ingat “no body ‘s perfect”
· Jangan terlalu menilainya
4. Perlihatkan perasaan anda
· Jangan cemburu buta
· Ucapkan kata sayang selalu
· Jangan terlalu mengongkong
· Berikan perhatian anda padanya selalu
5. Bijak membaca situasi
· Jangan terlalu menyempitkan pergerakannya
· Jangan lupa pada tarikh penting
· Kekadang biar dia merindui anda
Jangan lupa solat fardu sebelum melakukan solat sunat
http://abghalim.blogspot.com/

CIRI-CIRI WANITA SOLEHAH

CIRI-CIRI WANITA SOLEHAH
Salam kepada wanitayang terdiri daripada ibu,kakak,adik dan anak.
Untuk menjadi wanita solehah,ada beberapa kretiria yang ditetapkan oleh agama.Anda HANYA perlu memenuhi dua (2) syarat.Mudah sangatkan,inysaAllah anda boleh memenuhi kesemua syarat-syarat berikut:-
1. Taat kepada Allah dan Rasulnya
2. Taat kepada suami.
Berikut adalah huraian syarat-syarat diatas :-
Taat Kepada Allah Dan Rasulnya
· Mencintai Allah s.w.t dan Rasullulah s.a.w melebihi segalanya
· WAJIB menutup aurat
· Tidak berhias dan berperangai seperti JAHILLIAH
· Tidak keluar atau bersama lelaki bukan MAHRAM kecuali ditemani oleh MAHRAMNYA.
· Sering membantu dalam perkara kebenaran,kebajikan atau ketakwaan
· Berbuat baik kepada kedua ibubapa
· Sentiasa bersedekah baik walaupun dalam keadaan susah mahupun dalam keadaan senang.
· Tidak berkhawat dengan lelaki dewasa
· Besikap baik kepada jiran tetangga
Taat Kepada Suami
· Memelihara kewajipan terhadap suami
· Sentiasa menyenangkan suami
· Menjaga kehormatan diri dan harta suami selama suami tiada dirumah
· Tidak bermasam muka di hadapan suami
· Tidak menolak ajakan suami untuk tidur
· Tidak keluar rumah tanpa izin suami
· Tidak meninggikan suara melibihi suara suami
· Tidak membantah suami dalam kebenaran
· Tidak menerima tamu yang DIBENCI suami
· Sentiasa memelihara diri,kebersihan dan kecantikannya serta rumah tangga.

Rujukan :MIDI mei 2008
abghalim.blogspot.com