Free counter and web stats

Wednesday, July 29, 2009

Siapa Dia Ini ????????


FIRST ADMIRAL DATO' ABDUL GHANI BIN OTHMAN
DIMP DSDK PAT SMP KAT KMN AMK BCK PPS PPA
MA (Strg) UKM mpat psc


First Admiral Dato' GHANI joined the Royal Malaysian Navy in Dec 1975 and was commissioned in June 1978.
He was promoted to the present rank on 1 Oct 2007 and presently holding the appointment of
Commander Naval Region 3 at HQ Commander Naval Region 3, Royal Malaysian Navy Base, Langkawi Malaysia as from 28 August 2007.

Throughout his tour of duty, First Admiral Dato' GHANI had held various important appointments ashore as well as at sea.
His sea service includes tours as Diving Officer of hydrographic ship, Commanding Officer diving support ship and has commanded
Mine Countermeasure Vessel as well as a Squadron Commander of 26th MCMV Squadron.
His shore appointments include Diving Training Officer at RMN Diving School, Staff Diving Officer at HQ Naval Region 2,
Staff Diving Officer at HQ Fleet Operations Commander and Commanding Officer of Royal Malaysian Navy Diving and Minewafare Center.

First Admiral Dato' GHANI had attended Clearance Diving Officer course at HMAS PENGUIN (Australia), Explosive Ordnance Disposal (USA),
Deep Sea Diving and Salvage Course (USA) and Malaysian Armed Forces Defense College Kuala Lumpur.
First Admiral Dato' GHANI also holds a Master of Art in Defense Strategic Studies from University Kebangsaan Malaysia.

First Admiral Dato' GHANI is married to Puan El Liza and blessed with 5 children, two sons and three daughters.
First Admiral Dato' GHANI plays golf, jogging and cycling. He is presently is the
Chairman of Malaysia Armed Forces Archery Association as well as the Deputy President of National Archery Association Malaysia.

ZAMAN FITNAH DAN ZAMAN PERPECAHAN UMAT

ZAMAN FITNAH DAN ZAMAN PERPECAHAN UMAT

Hadis riwayat Abu Dawud yang bersumber dari Abi Hurairah yang menyatakan,

Telah bersabda Rasulullah SAW

Telah terpecah umat ke dalam tujuh puluh satu atau tujuh puluh dua golongan, dan telah terpecah pada umat Nasrani ke dalam tujuh puluh satu atau tujuh puluh dua golongan,serta juga akan terpecah umatku kedalam tujuh puluh tiga golongan” (HR Abi Dawud)

Berkata Asy Syaik Khalil Ahmad Rahimahullah Ta’alaBahawa yang dimaksud dengan perpecahan dalam hal ini ialah perpecahan yang tercela mengenai dasar-dasar agama.

Adapun perbezaan terjadi pada furu’(cabang)nya tidak termasuk dicela,bahkan merupakan salah satu bentuk rahmat dari Allah SWT.Sebab mereka yang berbeza pendapat tentang dasar-dasar agama telah bertindak saling kafir mengkafirkan dan menyesatkan sesama mereka.Sedangkan pada cabangnya justeru memperluaskan minda dan cakerawala berfikir.

Perkara ini adalah antara perkara 27 dari 75 peristiwa Akhir Zaman.

Wahai umat Melayu yang dianugerahkan Allah memikul Islam di Malaysia.Tok-Tok Guru,Alim Ulama,bapa menteri dan YB.Tidakkah anda mengetahui Hadis ini? Tidakkah kalian semua telah lupa diri dari mengingati Allah? Tidakkah releven lagi kitab Allah pada politik Melayu.Koman sangatkah Hadis Nabi?

Apakah amanat Tok Guru sahaja yang boleh diguna pakai? Adakah ucapan pak menteri itu semua terlalu jujur dan benar? Kenapa ditolak salam persaudaraan sesama Melayu yang sama memikul amanah Allah.

Apakah kita mahu ucapan dari kafir laknatullah yang membaca petikan Al-Quran baru kita akan insaf.Atau kita perlu menyalakan lilin menghormati mayat si kafir baru dikata berpegang teguh pada tali Allah?

Apakah kita akan menghalalkan Homoseksul baru dikatakan Islam sejati.Atau sumpah Al-Quran kita persendakan?

MELAYU !

Pergi Jahanam lah Melayukata ulama

Kerana aku penting Islam dari Melayu

Kerana aku perlu bersaudara dengan kafir

Kerana aku AHLI POLITIK

Kerana aku bertopengkan agama

Kerana orang ramai anugerah aku tok guru

Kerana aku sukakan perpecahan Melayu

Kerana aku bukan Melayu lagi

Kerana dalam Al-Quran Allah tidak menyebut bangsa,kaum atau suku…..

Rujuk kembali ayat suci Al Quran

Tetapi nama ku masih ada lagi NIK,WAN atau Ku

Kenapa tidak ditukar kepada LIM,BALA atau SINGH

Anak-anak di taruhkan gelaran

Kalau benci sangat pada MELAYU

MELAYU !

Bersyukurlah kerana Allah telah memilih kita

Memikul tanggungjawab besar

Memelihara agama Islam di Malaysia

Malaysia!

Dimana Islam nak diletakkan kalau bukan pada Melayu.

MELAYU PERLU BERSATU

ISLAM PASTI HEBAT

Sunday, July 26, 2009

SEMBAH DERHAKA


SEMBAH DERHAKA

"Kelak akan ada di antara generasi akhir
dari umatku
Orang-orang yang meriwayatkan kepada kamu
Hadis yang belum pernah kamu
Juga bapa kamu
Mendengarnya
Untuk itu hindarailah mereka
(HR MUSLIM)

Nga Kor Ming baca ayat suci Al-Quran
Baca untuk didengari umat Islam
Mengajar umat Islam
Sedangkan dia terang terang kafir
Menolak agama Allah
Dia dibela
Dia disanjung tinggi
Golongan yang mengelar diri Ulama
Adakah ini golongan yang disebut Rasullulah
Antara 75 peristiwa akhir zaman
Menghalalkan yang Haram
Mengharamkan yang Halal
Demi politik
Demi pemimpin dari kaum Luth

Terkejut lagi kini
Bila bekas ketua negeri
Dari golongan Ulama
Menghadirkan diri dalam upacara menyalakan lilin
Terpampang gambar keseluruh dunia
Dinafikan akan hatinya
Cuma bersandiwara kepada golongan anti Islam
Demi Politik
Demi pangkat dan darjat dunia
Maruah agama digadai
Allah cuba ditipunya
Demi membela golongan perasuah
Demi membela golongan yang menolak Islam sebagai agama anuti
Melayu dikafirkan
Islam dikafirkan sekiranya menolak mereka

Ampun Tuanku!
Patik mohon keampunan
Agar jangan jangan disalah tafsir sembah patik
Ampun Tuanku!
Tuanku Ketua Agama
Ulama Pas sudah bercelaru
Ulama kerajaan disalah guna
Ampun Tuanku!
Kini sudah tiba masa
Tuanku berkeras
Demi memelihara Kesucian Agama Allah

Ampun Tuanku!
Patik hamba rakyat jelata
Kian berceramuk
KELIRU
Dimana KEBENARANNYA
Sekirannya dibiarkan nescaya Bangsa Melayu rebah
Islam akan musnah
Ampun Tuanku!
abghalim
12.03
25 july 2009

Menghadapi Suatu Kematian




Menghadapi Suatu Kematian

Pagi itu baby begitu ceria
Melompat sana dan sini
Baby kian manja
Dan patut pada perintah

Baby!Baby!Baby
Mai masuk rumah
Dok main dijalan ja
Baby dimarahi
Baby dengan keletah nakal meluru masuk
Terus ke dapur meminta nasi
Hidangan nasi berlaukkan ikan
Makan dengan cermat
Dijilat air
Dan terus tertidor
Itulah baby yang suka tidur siang

Malam itu baby keluar
Tiba-tiba aunty Wong memanggil ku
Baby didukung
Tiada bersuara
Aku mendokong baby
Apa yang mampu aku buat
Menghadapi nazarnya
Aku membaca berkali-kali "Bismillah"
Lalu dihembus ke muka Baby
Tahi tersembur akibat digilis kereta India mabuk
Babi haram jadah aku memakinya
Tapi cuma dibelakang

Baby tiada bersuara lagi
Terjelir lidah menghembus nafas terakhir
Baby sudah tiada
Dihadapanku terasa perit bila dihujung nyawa
Baby pergi untuk selamanya

Aku membungkusnya dengan kain batik
Aku biarkan semalaman disebelah tilamku
Dan ku kebumikan dihalaman rumah
Dengan linangan airmata

Kini tiada lagi yang menantiku
Tiada yang mengejar motorku diwaktu pulang kerja
Tiada kedengaran suara Nyiau!Nyiau!Nyiau
Walaupun Baby seekor anak kucing
Tapi pemahamannya melebihi manusia
Baby akur pada perintah
Baby pegang pada janji
Walaupun janji untuk berak diluar rumah
Tidak seperti kebanyakan MANUSIA
Tidak seperti MELAYU yang mudah lupa
Kasih sayang seekor kucing sehingga kehujung nyawa

abghalim
11.30mlm
24 July 2009


Wednesday, July 22, 2009

LUAHAN DARI ANAK MAMI -1

RAFIZI…

PERTAMA SEKALI MAAFKANLAH DIRI INI,

NUKILANKU INI BUKANLAH UNTUK MENGAIBKAN DIRIMU

DAN BUKAN JUA UNTUK MENGAIBKAN DIRIKU

CUKUPLAH ANDAI KISAH KITA MENJADI TELADAN KEPADA GENERASI BARU.

RAFIZI..

SELAMA 5 TAHUN KITA MEMADU KAIH BERSAMA

BERBAGAI DUGAAN DAN CUBAAN TELAH KITA HARUNGI BERSAMA

KU TEMPUH SEGALANYA DEMI UNTUKMU

INSAN YANG AMAT KU SAYANGI DAN CINTAI

KU KORBANKAN SEGALANYA

BIARPUN NYAWA DAN DIRIKU JADI TARUHANMU

KU RELA LAKUKAN APA SAJA

ASALKAN DIKAU SENTIASA BAHAGIA TIKA BERSAMAKU

NAMUN,

SEMUA PENGORBANAKU SIA – SIA BELAKA

KAU DUSTAI SEGALA JANJI DAN SUMPAH SETIAMU

KONONNYA HANYA AKU DIHATIMU,

HARI INI, ESOK DAN SELAMANYA…

KAU JADIKAN AKU SEBAGAI BAHAN DAGANGAN DAN TEMPAT MELAMPIASKAN NAFSUMU

HANYA DEMI SESUATU YANG BERGELAR SYABU..

SETELAH AKU KAU MILIKI

MANA JANJIMU YANG SEJATI???KAU PELAKUKAN AKU BEGINI

SUNGGUH KAU MANUSIA DURJANA

KAU SYAITAN BERTOPENGKAN MANUSIA

TAPI, MENGAPA AKU BUTA?? ALPA??

SEHINGGA KINI KAU TETAP JUA KU PUJA

RAFIZI…

TANGGAL 5 MAC 2005 TARIKH KERAMAT DALAM HIDUPKU

HIDUPKU KAU HANCURKAN BERSAMA 23 LAGI SAUDARAMU

NAMUN, AKU MASIH AKUR PADAMU..

DEK KERANA SUMPAH SETIA DAN JANJI – JANJIMU TERHADAPKU

KAU BERJANJI AKAN BAHAGIAKANKU

KAU BERSUMPAH AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS DIRIKU DAN AKN MEMPERISTERIKANKU..

NAMUN,

PADA TANGGAL 1 JUN 2008 SEKALI LAGI KAU MERUNTUN HATIKU…

KU DISANDINGKAN BERSAMA DENGAN GADIS LAIN YANG MENJADI PILIHANMU

SIAPAKAH AKUA DI HATIMU SELAMA INI???

SETELAH 5 TAHUN KITA BERSAMA..

TIADAKAH SEKELUMIT PUN PERASAAN SAYANGMU TERHADAPKU??

TIADAKAH PERASAAN BELASMU TERHADAPKU???

NYATA KAU MEMANG LELAKI JAHANAM…

TEGANYA KAU MEMPERLAKUKAN AKU SEBEGINI..

HATIKU HANCUR BERKECAI…

APAKAH INI BALASAN ATAS SEGALA DOSA – DOSAKU???

YA ALLAH… KAU AMPUNKANLAH AKU…

KAU BERIKANLAH AKU KEKUATAN U NTUK MENEMPUH DUGAANMU YANG MAHA BERAT INI…

RAFIZI..

SETELAH HAMPIR SETAHUN KU CUBA MENGUBATI LUKA – LUKAKU..

KU CUBA UNTUK MELUPAKANMU..

AKU MENDAPAT PERKHABARAN YANG ENGKAU TELAH DIKURNIAKAN ALLAH SEORANG PUTERI..

ESUNGGUHNYA ALLAH ITU MAHA ADIL

PERCAYAKAH KAU PADA HUKUM KARMA???

MULAI DETIK INI, PERCAYALAH…

KERANA SETIAP PERBUATANMU AKAN ALLAH BALS

SETIAP PENDERITAANKU AKAU KAU TANGGUNG

SETIAP TITIS AIRMATAKU AKAN KAU RASAI KEPERITANNYA

RAFIZI..

AKU PERCAYA ADA HIKMAH DARI YANG ESA KERANA TIDAK MENYATUKAN KITA..

MUNGKIN KAU BUKANLAH LELAKI YANG TERBAIK UNTUKKU

AKU LAYAK UNTUK MENDAPAT LELAKI YANG VERIBU KALI GANDA LEBIH BAIK DARIMU

KERANA AKU YAKIN PADA ALLAH KU YANG SATU..

RAFIZI..

BIARPUN KAU BERISTERIKAN DIA…

NAMUN DALAM FIKIRANMU TETAP ADA AKU..

BIARPUN KITA TIDAK LAGI BERSAMA

KAU TETAP INGIN KEMBALI BERSAMA DENGANKU

RAFIZI..

SETIAP HARI DALAM DOAKU

KU IRINGKAN NAMAMU

BUKANLAH BERDOA UNTUK KEMUSNAHANMU

HANYA UNTUK MENYEDARKAN KAU BAHAWA SELAMA INI AKU AMAT MENYINTAIMU

DAN HANYA AKULAH KEKASIHMU YANG PALING SETIA

SETIAP DERITAMU AKAN MENJADI DERITAKU JUA..

DAN SETIAP KEBAHAGIAAN DAN KEGEMBIRAAN MU AKAN MENJADI KEBAHAGIAAN DIRIKU JUA…

KERANA SEBAHAGIAN DARI HIDUPKU ADALAH MILIKMU..

SEMOGA BERBAHAGIA SAYANGKU…

NUKILAN, ANAK MAMI (AYU)


Monday, July 20, 2009

BALASAN DARI ANAK MAMI

Sekiranya kamu dapati dirimu menyintai seseorang yang tidak membalas cintamu, janganlah merasa tersisih.Tiada salahnya menyintai seseorang kerana Cinta tidak memilih untuk singgah di hati seseorang

Sekiranya kamu dicintai oleh seseorang yang tidak kamu cintai, anggaplah ia satu penghormatan buat dirimu tetapi kembalikan penghormatan itu dengan cara yang ikhlas dan jujur. Jangan ambil kesempatan dan janganlah melukakan.

Bagaimana kamu mengurusi cinta begitulah kamu mengurusi dirimu dan setiap hati dan perasaan mengalami kepedihan dan kebahagiaan yang serupa sekalipun cara kita mengendalikannya berbeza.

Sekiranya kita bercinta dengan seseorang yang begitu menyintai diri kita dan tiba tiba cinta memilih untuk pergi, tiada siapa yang harus dipersalahkan, relakanlah cinta itu pergi. Kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya yang tersembunyi.. Dan kita akan menyedari apabila masa silih berganti.

Sunday, July 19, 2009

ADAT DAN AGAMA

Fatimah
Aku dikhabarkan diusia delapan belas kau dinikahkan
Bersama Ali,anak suadara kesayangan ayahandamu
Di Majlis besar itu kau berpakaian dari bulu
Yang mana ada dua belas tampalan jahitan

Mengikut adat orang Arab
Mempelai akan berpindah rumah
Ayahandamu membekalkan
Batu pengiling
Lesung penumbuk gandum
Sehelai kulit
Sebiji bantal
sebuah jag air
Sebiji pinggan

Peristiwa ini mengejutkan
Abu Bakar
Umar
Uthman
Usamah
Seraya Abu Bakar bertanya dalam hiba
Cuma ini bekalannya
Dijawab baginda
Ini memadai untuk orang yang masih hidup

Fatimah
Itu bangsa Arab
Walaupun bondamu hartawan
Ayahandamu manusia agung
Islam diutamakan

Fatimah
Bangsaku melayu
Adat kami mengatasi agama
Kami malu sekiranya terlalu beragama
Nanti jiran tertangga mengata
Selekeh dan tak moden
Tiada kenduri kendara
Adat bertunang
Membatalkan wuduk cincin emas bertatah berlian
Kami bersanding mendedahkan aib
Kami bangga sekiranya bentuk tubuh jadi hidangan
Kami suka hantaran mengatasi kemampuan
Kami suka dipuji
Kami suka mengeji

Fatimah
Adat kami lebih hebat dari agama
Nak nikah kami berijazah
Nak nikah kami ditemuduga
Tapi
Tak nikah pun kami boleh bersama

Fatimah
Dara bukan segalanya
Mencuba kerana sudah menjadi biasa
Lelaki kami sudah tak kira
Terlalu baik kerana mereka yang angkara
Kami pun suka dapat merasa dan ternoda

Fatimah
Adat kami menyulitkan yang mudah
Adat kami memudahkan dosa
Jaga nama baik keluarga walaupun ternoda
Gadai agama walaupun berdosa
Sumpah janji perkara biasa

Fatimah
Tuntutan dunia perlu diutama
Tiada lagi perlu mendalami agama
Cuma tertera pada pada mykad,Islam
Bahasa Inggeris dipertahankan
Bahasa Ibunda dipertiwikan
Bahasa Al-Quran kami nga nga
Kerana
Kami tidak punya masa
Ibu pulang jam lima
Bapa pulang sekali sekala
mbak yang mengajar bahasa jawa

Fatimah
UiTM,UM,USM,UTM
Dan semua U menjadi sasaran
Kami tersasar dalam agama
Malu anak gagal periksa
Daripada malu anak menghala ke neraka

Fatimah
Sunnah ayahandamu sudah tidak releven
Kami berbangga dengan De Bono
Idea Anthony Robbin
Plato kami banggakan
Kami setaraf dengan bangsa mereka

Fatimah
Riwayat ayahandamu diceritakan
Suatu hari Baginda didatangi lelaki
Bujang miskin hina
Nasihatnya agar bernikah
Dia datang lagi kerana tidak kaya
Nasihatnya agar nikah lagi
Dia datang lagi perkara sama
Nasihatnya nikah lagi
Selepas yang keempat
Baru leleki itu kaya
Kerana isteri keempatnya berbakat dalam tenunan
Diajarnya ketiga-tiga madunya bertenun
Dia perniaga yang berjaya

Fatimah
Tapi kami lain
Malu menjadi isteri kedua
Takut miskin hina
Takut kami dimaki dihina
Tapi mereka suka kami ternoda
Kerana dara sudah tiada harga
Adanya wang mengatasi segalanya
Adat merisik
Adat bertunang
Adat bersanding
Adat membatal wuduk
Adat lebih dari agama

Fatimah
Pelikkan kami ini
Kami hipokrit
Kami ego
Kami saman siapa yang mengaibkan kami
Tetapi kami berbangga kalau memperlekehkan agama
Sekian Fatimah
Agar kau mengerti bahawa tiada lagi LELAKI didunia
Yang Tinggal cuma Jantan Keparat.......

abghalim
Menjelang Mahgrib
19-7-09
abghalim@gmail.com
abghalim.blogspot.com




--
Sila layari http://abghalim.blogspot.com/
Sekian Terima Kasih.
Salam
abghalim

Thursday, July 16, 2009

Luahan Hati Anak Mami

Luahan Hati Anak Mami

Kemarin aku jumpa Ayu
Ditengah terik mentari dia tersenyum
Manis sungguh dia tersenyum
Anak mami hidung mancung
Kulit hitam manis
Ayu sungguh ayu

Dia membonceng aku ke dataran bihun sup
Tetapi malangnya kedai bihun sup TUTUP
Kami mentedarah laska dan cendol
Sambil bermain anak kucing kehilangan ibuapa
Terlalu manja dan mencurahkan simpati

Ayu menunggang laju
Membawa aku ke pengkalan ikan
Dia membeli sekilo ikan
Lalu dihantar pulang
Aku sempat bersalam ibunya
Memerhati abangnya yang kaku di tilam
Sedih dan simpati
Tabahnya ibu memelihara anak istimewa

Aku membonceng Ayu ke R&R
Kami bersembang mesra
Satu demi satu aku membongkarkan sejarahnya
Aku memutarkan kata-kata yang boleh menghibakan wanita
Simpati aku pamerkan tepat pada anak mata Ayu
Ada sinar keujuran dari raut wajahnya

Katanya dia hilang daranya pada Lelaki Keparat
Selama 5 tahun mencurah cinta
Balasanya suatu hari dia dijual pada 16 lelaki bernafsu hewan
16 Lelaki setan meratah tubuh mogel ramping gadis genit
Puncanya pada ketul kristal yang disebut ais
Syabu punca dia musnah
Dalam kesedihan dia pasrah
Demi cinta dan maruah ibu
Rahsia demi rahsia

Suatu hari dia menerima panggilan telefon
Jemputan Kahwin dari lelaki keparat
Katanya kenduri kahwin abangnya
Dengan semangat dan ria dia mengilik kotak hadiah
Hancur luhur hatinya bila si pengatin itu Lelaki Keparat
Setahun masanya Ayu menderita
Hilang punca tanpa sebarang kerja
Inikah balasan dan pengoranan CINTA
Setelah daraku kau ragut........
Maduku kau sedut
Aku dihina
Dimalukan pada kaum kerabat sahabat handai
Setelah kita BERSUMPAH setia
Berjanji hidup bersama keakhir hayat....?


Aku menyalakan api rokok
Sengaja aku hembuskan asap ke mukanya
Ayu agak gelisah
Aku tahu dia dalam ketaihan
Aku menghulur kotak rokok
Pantas dia menyambut dan dinyalakan sebatang
Sedutan dan hembusan gaya perokok tegar
Aku membiarkan dia melayan perasaan

Dalam masa yang sama
Aku merenung diri dalam keinsafan
Aku masih beruntung
Aku sedar diri dalam kehinaan
Aku tidak membuat dajal walaupun peluang terbuka
Aku tidak mengaibkan sesiapa
Aku cuma berdoa kehadrat Allah agar aku diadili
Walaupun aku bersumpah setia dan berdosa besar
Aku bukan Lelaki Keparat seperti katanya
Aku masih mahu bertanggungawab
Hanya aku pasrah terima hakikat dalam KEHINAAN

Lamunan aku tersentak bila Ayu menyapa
Abang memang baik
Tak layak buat Ayu
Bahkan jauhnya bak langit dengan bumi
Tetapi aku diam
Hampiri menitis air mata
Sedar diri aku di puji
Takut aku dilambung tinggi
Tetapi aku PERNAH dicaci
Bahkan dihina
Merana

Ayu bercerita lagi
Hari demi hari dilalui
Ayu kian liar
Bertukar pasangan
Ais santapan harian
Sehingga kini dia mencari arah dan hala tuju
Aku cuma mampu bersimpati
Tetapi dalam hati aku beranji akan selalu berdoa
Aku akan jadi teman setia
Membimbing dia membantu sedaya upaya

Masa kian mencumburui kami
Kami berpisah sementara
Dia ke haluan rumahnya
Dengan hati yang sayu bercampur ria
Batu bebanan dikepala dilepaskan seketika
Dia sempat berpesan
Abang,
Tulislah agar semua orang baca
Tapi rahsiakan nama dan tempat
Cerita benar ini agar jadi pedoma
Pada wanita diluar sana
Awasi lelaki yang berhati setan
Sayangi pada lelaki yang bertanggungjawab pada perbuatannya
Yang setia menjadi suami kepada bakal anak-anak
Sukar mencari lelaki yang setia kini..........

Aku berdoa lagi
Ya Allah berilah kekuatanMu
Berilah hidayah
Agar hambamu itu menemui jalan yang benar
Jalan yang diredai
Seperti jalan Kau telah beri pada mereka berjaya terdahulu
AMIN.....

abghalim@gmail.com




--
Sila layari http://abghalim.blogspot.com/
Sekian Terima Kasih.
Salam
abghalim

Wednesday, July 8, 2009

Warkah Terbuka Untuk Perdana Menteri


Warkah Terbuka Untuk Perdana Menteri
Assalamualiakum.....YAB
Semalam hamba bermimpi
Didatangi seorang tua serba putih
Jubahnya putih
Rambut,misai dan janggutnya putih
Serba putih....wajahnya berseri

Dalam mimpiku dia berpesan
Agar amanat ini disampaikan kepada YAB
Katanya Allah telah berfirman....
Mahfumnya
Wahai Nabi,
suruhlah isterimu,
anak perempuanmu serta wanita-wanita yang beriman,
agar melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya;
Yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenali,
maka mereka tidak akan diganggu.
Dan Allah adalah Maha Pengampun,
lagi Maha Mengasihani.
(59 - aL ahzaab)

YAB,
Sekiranya amanat ini ditunaikan
Dia percaya dan yakin
Segala amalan dan pemerintahan
Akan diberkati Allah
Kau akan lebih disanjung tinggi
Kemenangan besar akan dirasai
Pada hari-hari yang mendatang

YAB,
Ampun dan maaf
Kiranya warkah ini mengganggu hidupmu
Hamba tidak berbohong
Cuma penyampai amanat orang
Sekiranya diragui kejujuran
Hukumlah hamba ini......

Salam Hormat
Hamba rakyat yang hina

abghalim
7-7-09
sesudah zohor





Nama E-mel baru untuk anda!
Dapatkan nama E-mel yang telah lama anda mahukan pada @ymail dan @rocketmail yang baru.
Cepat sebelum orang lain mendapatkannya!

Tuesday, July 7, 2009

Dendam ke akhir hayat

Ku terima kata putus ini
Bukan kerana kita bersalah
Tapi hari yang kian berubah
Tiada lagi sumpah percaya

Tiap kali aku mengulanginya
Kau katakan harus terima hakikat
Bukan kau tak sayang
Malah tak cinta
Tetapi hatimu kini kian tawar
Kepadaku seakhir hayat

Ku fahami alasanmu
Kerana taraf bukannya takdir
Tapi dosa yang kita lakukan
Tiada lagi diambil kira

Kau rancangi dari awal lagi
Adat itu lebih utama
Agama kita tolak ketepi
Manusia itu memandang harta
Bukannya agama.......

Hipokrasi itu bukan diakui
Kerana hidup mesti bahagia
Dengan harta................

Ya Allah berdosa aku
Ya Allah berilah pertunjukmu
Ya Allah benarkah janjimu
Ya Allah ampunilah aku

Aku takut pada dosaku
Aku dibayang silamku
Aku malu dihina begini
Layakkah aku ke syurgamu...........
Kiranya aku
Berdendam ke akhir hayat

Wednesday, July 1, 2009

Perempuan Tua Penjaja Kuih

Perempuan Tua Penjaja Kuih

Seawal jam empat pagi
Mendahului semua zuriat tercinta
Menyiapkan kerja demi mereka
Kerana itu tanggungjawab.....amanah Allah

Di tolak kereta sorong empat roda
Yang sarat dengan aneka juadah
Untuk mereka yang sibuk
Untuk anak-anak merasa nasi
mengisi ilmu
menikmati kehidupan dunia

Terkedik kedik kereta sorong empat roda berjalan
Ditolak terbonggok bonggok
Pecikan peluh seawal pagi
Mendahului mentari
Anak masih tidur dibuai mimpi
Ada yang termenung sendiri

Kini selepas puluhan tahun
Dia masih disini
Taman Panglima mengenang budi
Anak-anak kini di menara tinggi
Ada yang ahli perniagaan
Ada yang menjadi guru
Ada yang menjadi kerani
Ada yang tidak mahu hidup dan tidak mahu mati

Dia mencari lagi
Hasil titik peluh untuk ke Tanah Suci
Suami tercinta tidak berperi
Berjasa pada negara
Berdosa pada anak dan isteri

Katanya dalam hati
Anak-ankaku
Aku tahu kalian sayangkan aku
Aku tahu kalian tak sampai hati
Berat mata kalian memandangku
Tetapi
Bila kalian jauh dari Taman Panglima
Kalian lupa diri
Kalian kerja demi harga diri

Mak Faham anak-anak tercinta
Mak tak minta
Mak larat lagi bekerja
Mak mampu lagi
Mak tak kisah apa mereka kata
Mak dah lali

Pada anak anak yang berjaya
Mungkin mak faham
Mungkin mak tidak meminta
Tapi cuba fahami
Cuba hayati rahsia hati
Kenang kembali sejarah
Agar bumi yang membulat pada kita
Sekejap diatas
Sekejap dibawah

Berilah sedikit kelazatan beribadat
Berikan ruang agar dia tenang bila dijemput Ilahi
Badannya tuanya telah dimakan hari
Mana mampu berlari
Agar kita tidak menyesal
Ibu cuma satu dalam dunia
Jangan hanya pandai melafas KASIHAN
Melafaskan SIMPATI
Mata Taman Panglima telah menjadi saksi
Dia Ibu yang Berjasa