Free counter and web stats

Wednesday, August 26, 2009

KES KARTIKA

SALAM BANG DAMAQ

Aku keliru dengan Undang-undang Syariah :-

1.Adakah selaras dengan Hukum Islam ?
2.Apakah minum arak hukumnya 6 rotan dan denda dalam islam ?
3.Kenapa tidak dilakukan pada Khalayak Umum sekiranya niat untuk menyedarkan orang ramai ,atau cuma menyedarkan pesalah?

Kenapa Jabatan Agama Islam di bawah Kementerian Dalam Negeri,sepatutnya dibawah Majlis Raja-Raja, KERANA Ketua agama
adalah RAJA RAJA MELAYU bukan Menteri Dalam Negeri?

Bang Damaq

Aku lagi keliru dengan Jawatan Pencegah Maksiat.Kenapa mereka tangkap orang yang telah atau baru selesai buat maksiat.Itu bukankah Jawatan Penguatkuasa ?

1.Kenapa Hukumannya cuma denda atau Penjara ?
2.Kenapa mereka mengitip sebelum melakukan tangkapan?Bila nak cegahnya?

Sepatutnya mereka jangan biarkan maksiat berlaku atau bermula.Barulah Jawatan itu sesuai dengan namanya.

Aku KELIRU sangat sangat ni.....?

Tuesday, August 25, 2009

Perang Terhadap BN atau UMNO

Perang Terhadap BN atau UMNO

BN adalah gabungan Parti berbilang bangsa besar,Melayu,Cina,India dan Bumiputera Sabah dan Sarawak.
BN didominasi oleh UMNO parti yang mewakili kaum Melayu.UMNO dituduh atau mengamalkan politik
perkauman.Benarkah ?Umno menggunakan media arus perdana yang bahasa pengantarnya Bahasa Melayu
yang rata-rata difahami oleh majorati rakyat Malaysia.

Berbanding DAP,mereka disokong oleh akbar cina yang cuma difahami oleh masyarakat cina sahaja.
Siapa yang lebih perkauman?Kenapa DAP yang telus berjuang untuk demokrasi dan persamaan kaum
tidak menggunakan bahasa pengantar bahasa Melayu,Bahasa yang difahami oleh semua penduduk
Malaysia?

Kenapa DAP tidak menyerang MCA?Agak jarang DAP menyerang MIC,kenapa?Mungkin kerana UMNO
mewakili kaum peribumi Melayu yang mengamalkan agama Islam yang menjadi musuh orang-orang
kafir sejak dulu lagi.Sejak dari zaman nabi Allah Adam lagi.Sebagaimana kita muslimin tahu
yang bangsa atau kaum bani Israel yang memusuhi bangsa Arab.Pertembungan dan pemusuhan
antara bangsa-bangsa telah lama berlaku.Perkara ini dinafikan oleh PAS yang jelas diperkudakan
oleh DAP bagi memenuhi hasrat dan cita-cita mereka.

Kebijaksaan DAP menghafal sepotong atau beberapa kerat ayat suci Al-Quran membuat PAS teruja.
Pas menghalalkan cara DAP bagi memenuhi matlamat menghacurkan bangsa sendiri demi memuaskan
dan melunaskan perasaan dengki dan dendam kesumat yang mungkin telah lama terpendam.
Oleh kerana DAP yang condong pada parti idola mereka PAP yang dapat menguasi Pulau Temasik
yang dulunya milik Melayu.Parti PAP pula mempelajari cara Israel menguasai Palestin.Cara
yang sama digunakan oleh DAP memperkudakan PAS.PKR parti yang memperjuangkan hasrat
Anwar Ibrahim yang kemaruk ingin menjadi Perdana Menteri.

Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat seorang ulama PAS yang tersohor sewaktu
ketika dulu dengan sifat TAWADUKNYA memperhambakan diri pada Allah,kini telah lupa diri bahawa
dia cuma manusia biasa.Dia bukan wali bahkan jauh sekali nabi atau rasul.Golongan nabi
pun tewas dengan godaan Iblis,siapalah Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat ini?Mungkin terlalu lama menjadi
MB Kelantan sehingga dia terlalu sombong dan melatah seperti orang yang tak beriman.Jauh
sekali tutur katanya seperti Rasullullah atau Ulama tersohor serperti Tuk Kenali.Kata-katanya
dalam loghat pekat Kelantan kekadang agak merapu didengar sehinggakan kata-kata sukar difahami
dan mudah disalah tafsir.Ayat-ayat suci Al-Quran diterjemahkan yang lebih cenderong dan menyokong
perjuangan mereka dan yang bertentangan dengan mereka dibiarkan.

Baginda Rasullulah tidak pernah bersikap kasar dan keras kepala.Allah s.w.t berfirman maksudnya,
"Maka disebabkan rahmat dari Allah -lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka.Sekiranya kamu
bersikap keras lagi berhati kasar,tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu."
(Ali Imran : 159)

Kembali kepada PAS,kenapa Tuan Guru Nik Aziz terlalu kedepan berbanding Tuan Guru Haji Hadi Awang?
Kenapa kebelakang ini Tuan Guru Haji Hadi Awang kian diam dan kurang mengeluarkan kenyataan
yang mengelirukan umat Islam di Malaysia?Selepas Amanat Hadi Awang,yang mengkafirkan sesiapa
yang tidak menyokong perjuangan PAS ketika itu,tiada lagi amanat dan kata-kata yang mengelirukan
umat Islam.Amanat Hadi Awang mungkin releven ketika itu kerana asas perjuangan PAS ketika itu
jujur untuk membentuk kerajaan Islam.PAS kita itu lebih digeruni oleh lawan dan ahli-ahli PAS
dari segi pakaian dan semangat lebih cenderung kepada ajaran Islam yang suci.Setiap pertemuan
sesama ahli akan kedengaran Takbir "Allahu Akbar".Kenapa kini dizaman kekuasan Nik Aziz ditukar
kepada takbir "REFOMASI".

Apakah PAS menyedari Takbir "Allahu Akbar" hanya layak digunakan oleh umat Islam sahaja.Apakah
bila bersahabat dengan DAP takbir "Allahu Akbar" disesuai digunakan atau "haram" digunakan
oleh Kafir DAP.? Kenapa Ng Kok Ming boleh pula dibenarkan menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran?
Pengikut PAS diakar umbi ada yang keliru dan ramai yang belasah sahaja tanpa berfikir dan
merujuk kepada yang lebih ARIF.Apakah setiap kata-kata Nik Aziz itu semuanya BENAR?Apakah
Tuan Guru Nik Aziz itu maksum dan setaraf nabi?

Dominasi UMNO yang mewakili bangsa Melayu dicemburi oleh bangsa lain.Sehinggakan sekutu kuat
UMNO,MCA dan MIC jarang atau langsung tidak diserang.Walaupun MCA dan MIC sekutu kuat UMNO,
tetapi asas perjuangan mereka sama sahaja seperti DAP.Mereka juga menolak Hukum hudud.Mereka
juga menolak sekolah wawasan.Mereka tidak menggunakan Bahasa Melayu untuk menyebarkan dakyah
dakyah politik mereka.Mereka menggunakan bahasa ibunda merekan.Bahasa asal dari negara asal
nenek moyang mereka.

Kenapa dengan kita,salahkah kita mempertahankan hak mutlak kita.Hak nenek moyang kita.Allah
menjadikan kita berpuak-puak,bersuku-suku,kaum dan warna kulit yang brbeza,hanyalah untuk kita
saling kenal antara satu sama lain.Allah memuliakan hanya pada mereka yang bertakwa dan beriman.
Allah pilih bangsa Arab untuk membawa agama Islam yang mulia untuk disebar dan diajari pada
semua bangsa-bangsa didunia.Allah takdirkan bangsa Melayu untuk mendokong Islam di Malaysia,
kenapa kita tidak berbangga menjadi Melayu.Suatu bangsa yang dapat mengepalai pemerintahan
di Malaysia.

Apakah salah memprjuangkan politik perkauman tetapi memberi hak kepada bangsa lain hidup aman
di Tanah Melayu?Apakah kaum CINA dan INDIA dinafikan menggunakan bahasa ibunda mereka?Apakah
mereka ini menerima sekolah wawasan atau sekolah satu aliran?Penolakan PPSMI adalah kejayaan
orang CINA dan INDIA.Mereka bijak menggunakan orang Melayu agar berdemotrasi menentang PPSMI,
demi mengagungkan Bahasa Melayu.Hakikatnya mereka menggunakan Melayu untuk mempertahankan,
bahasa Ibunda mereka.

Selepas dimansuhkan PPSMI apakah ditutup semua SJKC dan SJKT ?Apakah mereka menggunakan bahasa
MELAYU ?Hakikatnya kita memperjuangkan PERKAUMAN yang kita tidak sedari.Kita sendiri yang
bersifat perkauman dan menuduh orang lain yang mengamalkan perkauman.Lebih mudah lagi,UMNO dan
PAS memang bodoh dan tidak sedari diri yang mereka ditunggangi oleh kaum lain.

Untuk renungan bangsa Melayu,tidak selama-lamanya pendapat seseorang itu baik UMNO mahupun PAS,
itu benar seratus peratus.Maka,jangan pernah sekali kali berkata:"Bila ia sefahaman denganku
dalam segala perkara,maka dia adalah saudaraku yang akan aku doakan di setiap hujung solatku.
Namun,apabila dia berlainan fahaman denganku,maka ia adalah musuhku.Oleh kerana,aku harus
berlepas diri darinya dan aku akan berdoa agar dia mendapat celaka."

Berhubung dengan sikap dan kenyataan seperti diatas,Ibn Qudamah menulis di dalam al-Mughni:
"Orang-orang yang berilmu tidak aka memusihi orang yang berlaianan pendapat dengannya dalam
masalah-masalah yang dapat dibahaskan."

Sementara itu,Ibn Taimiyyah berkata:"Para sahabat Rasullulah s.a.w saling berselisih faham
dalam masalah-masalah memilih Khalifah,namun mereka tidak saling mengkafirkan,tidak saling
melempar tuduhan fasik,tidak saling mengatakan ahli bid'ahdan tidak salih membunuh.Bahkan
mereka saling slat bersama."

Mungkin Umno dan Pas berbeza dalam pendapat dalam lima atau enam perkara,Namun demikian
Umno dan Pas tetap bersaudara dan dapat bersolat bersama.Sikap seperti ini sering dicontohi
oleh para ulama besar kita,baik dari segi penganut mazhab Hanafi,Syafi'i mahupun Hanbali.

Dalam masalah UMNO dan PAS,perbezaan tidak seharusnya menyebabkan berlakunya perpecahan MELAYU.
Mereka tida perlu mengungguli dan menonjolkan pendapat mereka sahaja.Ada perkara yang harus,
dihalusi dan perlu di beri keutamaan.Bersikap sederhanalah terhadap lawanmu!Jika antara kita
menentang,sedarilah bahawa setiap orang itu akan bertahan dengan pendapatnya masing-masing.
Warna tidak semuanya harus HITAM atau PUTIH,kerana ada abu-abu dan lembayungnya.Mungkin disana
ada empatpuluh atau enampuluh peratus persamaan.Apasalah menghormati dan berunding lagi dari
menunding jari.Sebaliknya yang menang adalah bangsa lain.

Kita sering mengukur kejayaan kita dengan angka matematik dengan mengatakan."Kelebihan undi
memihak kepada kita berbanding lawan yang mendapat undi yang kurang,maka kitalah yang menang."
Kita langsung memikirkan yang mengundi itu memiliki keunggulan ilmu seperti kita?Atau mereka
sekadar melepas batuk ditangga atau cuma ingin mencuci tangan?Pertandingan kita bukan mencari
kemenangan tapi mencari hala tuju bangsa Melayu.

Asy-Syafie pernah berkata kepada penentangnya :"Bukankah lebih baik kita tetap bersaudara meskipun
kita berselisih pendapat dalam satu permasalahan?"Mereka menjawab "Ya memang sebaik sedemikian".
Maka ia berkata "Kalau begitu,Kita tetap bersaudara"

Thursday, August 20, 2009

CERAMAH DR ASRI

Sila klik disini
http://www.filefactory.com/f/19cdcdb3e9c8cdbf/

Siapa Nik Aziz Nik Mat ?



Siapa Nik Aziz Nik Mat ?

Musyidul Am PAS
Tok Guru
Menteri Besar
AHLI POLITIK

Dia bukan wali
Dia bukan Nabi
Dia cuma YAB
Dia AHLI POLITIK

Ada juga Kebenaran kata-katnya
Lihat saja Pemimpin Tertinggi UMNO
Apakah dia membawa isterinya ke Syurga....?
Apkah itu ciri-ciri isteri Pemimpin Negara Islam....?
Kenapa dia susah sangat memimpin keluarga.....?

Penyokong UNMO harus berfikir
Menilai kata guru atau ulama
Kenapa Ulama tidak menegurnya....?
Soalan Menanti Jawapan....?

Kenapa Nabi Allah Adam Dihumban dari Syurga?
Kerana dia mendengar hasutan IBLIS
Kerana dia melanggar perintah Allah
Kerana itu dia bersalah

Seorang Nabi dan Rasul pun pernah tersilap
Seorang Nabi dan Rasul pun tewas dengan hasutan Iblis
Siapalah Nik Aziz Nik Mat
Belum lagi se-gah Tok Kenali

Kini Namanya GAH
Kini dia disanjung tinggi
Kerana dia berani menentang UMNO
Kerana dia berani menjatuh Hukum
Dosa Pahala Syurga Dan Neraka
Kafir dan dilaknat Allah

Najib penyokong UMNO
Ke Neraka
LIM Kit Siang penyokong PAS
Ke Syurga

Apa yang membeza mereka ini?
Najib mengucap dua kalimah Syahadah
Ke Neraka...kerana
Dia penyokong UMNO bukan Ahli Umno
Lim menentang Islam
Menolak agama Allah
Lim masuk syurga kerana dia sokong PAS
Lim bukannya ahli PAS pun?

Senang sungguh Ulama PAS ini
Memberi ganjaran Pahala pada penyokong mereka
Sampai mati pun Ahli PAS takkan percaya
Semua media penipu,pemutar belit
Media suka tabur fitnah
Yang betul
Yang maksum
Yang berkuasa
Hanya dia
Lidah tak bertulang

UMNO dan PAS
Saling berdengki
Mencari salah
Untuk berkuasa...
Yang Lemah cuma MELAYU

Tuesday, August 18, 2009

APTILSM

APTILSM

Kini Ramadhan muncul kembali
Aku mohon ampun dan maaf
Terutama pada ayah
Pada seluruh anggota keluarga
Pada yang tersayang
aptilsm

Nasi Kandar Kassim Mustaffa
Makan pasembur di Padang Kota
Makan nasi gulai udang ditepi padang
Makan tom yam ori
Berebut-rebut digerai Komtar
aptilsm

Tahun ini Ramadha bersama Merdeka
Tiada lagi kilauan percikan bunga api
Tiada lagi berembun di dataran Merdeka
Sunyikah kita atau kita kian bertakwa
aptilsm

Dari Kulim ke Klang
Aku ingin ke sana
Berbuka puasa bersama
Dengan dia
aptilsm

Tanjung Harapan ke Pantai Remis
Sup Utara enak sekali
Menjelajah Pasar Tani Mega
Ke Masjid Shah Alam kita bertarawih
aptilsm

Jangan ada dosa
Jangan mencari bala
Bukan sahaja di bulan puasa
Tetapi sepanjang masa
Bertakwa pada yang Esa
aptilsm

Tiada mengharap apa-apa
Sekadar berdoa
Agar Allah melimpahkan Taufik dan Hidayah
Kehidupan lebih sempurna
Tiada lagi........
aptilsm

Salam Ramadhan
Ampunkan segala salah dan silap
Aku memaafkan pada segala dosa
Aku mengampunkan pada setiap kesalahan
Aku ingin berlapang dada....
aptilsm

SALAM RAMADHAN
AMPUN DAN MAAF SEGALA DOSA

SEPULUH PERSOALAN MELAYU


Salam

Persoalan 1.

Tidak dinafikan bahawa Islam itu bukan hak mutlak orang Melayu.Akan tetapiAllah telah mengtakdirkan bahawa di Tanah Melayu,orang Melayulah yang mendokong agama Islam.Ini kenyataan yang harus diterima oleh semua bangsa di Malaysia.Majoroti yang mengant Islam adalah terdiri dari bangsa Melayu dan bilangannya melebihi 60% dari penduduk Malaysia.

Sehingga sekarang belum ada lagi orang Melayu yang mengguna nama Cina.Anak Dato Nik Aziz pun diberi nama yang selalu digunakan oleh orang Melayu.Pada hal Dato Nik Aziz berkata Islam lebih utama dan Melayu cuma suatu bangsa yang tidak perlu diberi keutamakan.Hak-hak dan keistimewaan orang Melayu perlu dihapuskan .Persoalannya kenapa anaknya tidak diberi nama sebagai LIM GUAN ENG atau KAPAL SINGH ? Sedangkan nama itu bukan melambangkan keislamannya.Setidak-tidak pun gelaran Nik itu sendiri digugurkan dari nama anak-anaknya,tetapi masih digunakan,Kenapa?

Cuma yang kita dengan Nurul Huda Abdullah,ratu emas renang Malaysia.anak Cina yang menggunakan nama Melayu .Sehingga kini mngkin ada tetapi jarang lagi kedengaran.Mana mungkin kaum kiausu mahu dilabel setaraf dengan bangsa Melayu.



Persoalan 2.

Bila menteri cina divideokan aksi berahi disebuah hotel diselatan tanah air.Menteri berkenaan,lagak “gentleman” meletak jawatan.UMNO dengan bangganya memgembar gembur bahawa sekutunya tidak merelakan pemimpin yang rendah moral memimpin rakyat.Belum reda kesnya disiasat,beliau menang jawatan tertinggi dan parti sekutu UMNO.Bangsa KIAUSU memilihnya kembali dan dijulangnya ketempat yang tertinggi.Persoalannya apakah perbuatan itu mungkin tidak salah dari segi moral dan agama mereka?

Mungkin sebab ini parti ultra KIAUSU membelasah Dr Tee bila mempertikaikan status anak luar nikah Teoh Beng Hock yang kini dikandung oleh TEMAN WANITA beliau.China Press samseng media mereka menghentam teruk Dr Tee ( http:// ridhuantee.blogspot.com ) di muka hadapan akbar mereka?

Bangsa ini kalau diberi menjadi pemerintah,agaknya jawatan Pencegah Maksiat dihapuskan dan tiada ada lagi jawatan mufti mahupun jawatan Tok Kadi.Mungkin cuma diwujudkan jawatan Tok Guru untuk menguruskan hal ehwal agama Islam,kerana Tok Guru boleh menghalalkan semua perbuatan bagi memenuhi matlamat mereka.



Persoalan 3.

Kebanyakkan sektor swasta terutamanya kilang-kilang majorotinya dikuasai oleh bangsa Kiausu ini.Dari jawatan CEO sampai selekeh mereka penyelia cuma.Kalau yang ada, bangsa ini bodoh piang pun,diberi jawatan operator tapi skim gaji tidak sama dengan bangsa Melayu.Cuba anda bertanya pada majoroti Melayu yang bekerja kilang.Apakah mereka rasa selesa atau diberi keutamaan?Ada yang teruk lagi nak solat Jumaat pun tiada peruntukkan masa,dan jangan tanya soal surau.Lain la kalau sektor swasta bertaraf GLC atau MNC bolehlah anak Melayu berdiri megah,tetapi peratus syarikat ini amat rendah wujud di Malaysia.Apakah melayu yang terasa ditindas ini tidak fikir,kalaulah bangsa ini menjadi pemerintah apakah akan jadi pada Bangsa Melayu? Ataupun orang Melayu akan berkata.”apa lagi kita BERARAK la,demotrasi,refomasi atau mogok”.Bila depa pijak kepala kita baru kita bertindak.Lani kita biar pi la,sapa perintah pun kita peduli apa?Tiap hari kena kerja juga.Persoalanya dah puas ka merdeka 52 tahun?



Persoalan 4.

Bila polis Melayu ditampar oleh keriang acheh dan divideokan di TV ada Melayu kata itu dahyah jahat TV media UMNO?Apakah itu kamera trick?



Persoalan 5

Apa bila sixty million dollar man ditangkap diluar Negara beliau dilucutkan dari jawatan.Akan tetapi beliau naik kembali menjadi menteri disuatu ketika.Mana mungkin rakyat percaya lagi akan kejujurannya?Tidakkah UMNO berfikir sentimen orang Melayu yang rata-rata penganut Islam.Dah kaya jaga harta dah la.tok sah dok cari lagi.Jangan tamak bagi kat yang jujur berkhidmat.Persoalanya apakah “siakap senohong gelam ikan duri,bercakap bohong bila besar jadi menteri” boleh diguna pakai sebagai bidalan Melayu moden atau Melayu golka?



Persoalan 6

Arak ,khamar dan setiap yang memabukkan adalah haram disisi Islam.Kilang itu diluluskan pembinaan oleh BN and the UMNO gang.Dulu depa kata Toyo dan exco kaya dengan royalti arak.Lani Khalid,Hassan Ali and the gang balun pula.Royalti arak masuk temolok dan bila nak perintah negeri boleh guna duit zakat.Makna kata duit orang Melayu la…..kerana yang bayar zakat cuma Melayu (tak kan Ronnie dan Teressa Cock bayar zakat atau fitrah).Persoalannya kenapa tak dipindahkan kilang itu ke Pulau Pinang atau dirobohkan?Berapa peratus yang rakyat Malaysia suka mabuk?



Persoalan 7

Tanpa UMNO pun rakyat boleh hidup.Kenapa nak takut kejatuhan UMNO.Hakikatnya setiap yang BAHARU ada ajalnya.Bila nak jadi penganti kepada UMNO, PAS perlu berprinsip dan memenangi hati orang Melayu.Jangan pandai mencari salah UMNO sahaja tanpa membetulkan diri sendiri.Jangan harapkan PKR kerana PKR bukan parti orang Melayu.Persoalannya kenapa PAS selepas memerintah Kelantan selama 20 tahun,Hudud kian menyepi.Persoalannya apakah PAS takut pada DAP?Perlembagaan Malaysia yang menghalang?PAS tidak takut pada ALLAH kerana boleh member perbagai alasan dan menyalahkan UMNO.Ataupun PAS mengharapkan UMNO melaksana kerana mereka cuma mengkritik tetapi tidak tahu melaksana?



Persoalan 8

Wahai Nabi,

suruhlah isterimu,

anak perempuanmu serta wanita-wanita yang beriman,

agar melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya;

Yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenali,

maka mereka tidak akan diganggu.

Dan Allah adalah Maha Pengampun,

lagi Maha Mengasihani.

(59 - aL ahzaab)

Persoalannya kenapa Menteri Islam tak melaksanakan suruhan Allah ?Tiada lagi isteri PM yang bertudung dan menutup aurat cuma TPM saja ,Anwar dan Muhyidin.Yang lain bila lagi ?



Persoalan 9

Cuma Islam sahaja agama yang Ad-Din. Kenapa tak diguna pakai?

Kalau Cina kata UMNO perkauman,kenapa Cina tolak sekolah wawasan ?



Persoalan 10

Malaysia asalnya tanah Melayu.Kenapa Melayu berpecah?Semperna kedatangan Ramadhan Al Mubarak.Seruan pada Melayu,marilah kita bersatu.Lupakan idologi politik sempit kita.Damaikan Permatang Pasir secara berhemah.Jangan lupa kita berpuasa ? Kita bertarung sesama kita,jangan biarka Kiausu dan Keriang acheh memperlaga kita.

SALAM RAMADHAN,AMPUNDAN MAAF/

Monday, August 17, 2009

DARA KU DI TEBUS DENGAN PENJARA

Tanggal 11 Ogos,selepas waktu persekolahan
Aku membongceng motosikal teman lelaki ku
Yang ku kenal melalui laman sosial "friendster"
Kami berjanji sekadar keluar makan

Dia membawa ku meronda-ronda sehingga lewat petang
Dia mempelawaku berjumpa kedua ibubapanya
Kami meneruskan perjalanan dari Batang Kali sehingga ke Port Klang
Sesampai dirumahnya,dia mempelawa tidur dirumahnya
Dan berjanji menghantar pulang keesokkan harinya

Tanggal 12 Ogos,kami meronda disekitar Bandar Klang
AKu terasa dihargai,perasaan asyik dan maksyuk
Bersama insan yang kucinta diusia 16 tahunku
Aku lupa pada solat,lupa pada mama,lupa pada abah
Aku abaikan tanggungjawab sebagai pelajar

Tidak ku sedari ibubapaku kian risau,gundah gulanah
Abah tabah mencariku,laporan polis dibuat
Aku kian hayal,aku bermalam bersama sidia
Dirumah ibubapa teman lelakiku
Malam jahanam sekitar lewat 11 malam
Dara ku tersia,kerana cinta pada yang aku tidak tahu

Pagi 13 Ogos aku hubungi mama
Nombor "hand phone"dia direkod
Dengan bantuan pihak berkuasa lokasi dikesan
Kami dijejaki,mama menghubungi aku
Kami berjanji menemui mama disatu lokasi
Kami terperangkap,pihak berkuasa menanti
Dia digari,aku meraung minta simpati
Tiada siapa memperduli

Setelah disoala siasat,aku dibawa ke hospital
Didapati ada kesan koyak yang baru
Laporan diserah kepada pihak berkuasa
Dia dituduh merogol aku kerana aku dibawah umur
Aku meraung lagi,aku terlalu sayangkan dia
Aku yang merelakan semuanya berlaku
Tetapi undang-undang tetap dilaksanakan

Berjam-jam disoal siasat
Aku kian bingung dengan semua perkara
Kenapa ini menjadi kesalahan
Kenapa kami tak dinikahkan
Kenapa kami mesti berpisah
Aku tak faham.........

Mama,
Kalau dia dihukum,dipenjara mahupun disebat
Dapat di kembalikan DARA aku
Dapat aku kembali normal
Dapatkah aku melupakan segalanya
Apa keuntungan yang kita dapat....? persoalanya

Anakku
Memanglah apa yang berlaku tidak kembali pada asal
Undang-undang perlu dipatuhi
Agar menjadi pedoman dan pengajaran pada semua
Itulah akibat melanggar undang-undang
Belum lagi dosa dan azab dari Allah di neraka
Kalau diikuti hukum syariah,kamu dirotan
Lupakah kamu pada ajaran agama yang mama curahkan
Kerana mengikut nafsu,serakah syaitan kamu terpedaya

Mama,
Adilkah aku nanti pada bakal suamiku mendatang....
Adakah lelaki itu juga penzina sepertiku
Kerana janji Allah,penzina kahwin penzina
Apakah aku bisa mendapat lelaki beriman......?

Teruna dan Dara
Semua orang pernah buat dosa
Apakah dunia kian hampir ke penghujungnya
Umat tidak kisah lagi teruna atau dara
Berani melanggar hukum Allah,agar dijauhi zina
Berani memberi alasan bila terlanjur akan redha segalanya

Teruna dan Dara
Apakah kita bakal melahirkan umat baka penzina
Memang Allah Maha Pemurah
Allah akan mengampun dosa kita
TETAPI balasan diatas kesalahan kita tetap dilaksana
Itu JanjiNYA

Teruna dan Dara
Apakah jadi pada waris mendatang
Mungkin lebih dasyat dari kita
Kita yang melakarkan jalan dengan benih dan baka penzina
Lihat saja kini,intektual Islam dimenara tapi runtuh akhlak
Kerana kita selalu meredha dan memaafkan pendosa
Kerana berpegang bumi mana tak ditimpa hujan
Kenapa tidak kita berpegang pada Hukum Allah
Amar Makruf Nahi Mungkar
Cegah sebelum berlaku

Teruna dan Dara
Taubat Nasuha.......
Nasuha nama anak raja Rom dizaman nabi Allah Daud
Yang bermimpi melihat ganjaran pahala
Sehinggakan meninggalkan agama berhala lalu taat kepada ajaran nabi Allah Daud
Apakah kita diberi kelebihan seperti Nasuha
Taubat kita seikhlas Nasuha yang melihat kebesaran Allah gambaran syurga

Teruna dan Dara
Teruna dengan bangga dapat meniduri dara
Teruna lupa perbuatannya membawa angkara dan padah
Meramaikan lagi gadis yang tanpa dara
Yang bakal menjadi isteri mereka....?
Yang bakal menjadi ibu kepada anak mereka
Yang bakal ditaburkan benih
Apakah benih suci itu layak ditabur ditempat kotor.....

Teruna dan Dara
Mudah kata kita,nanti kita akan berikan anak itu didikan agama yang padat
Persoalannya,siapa yang akan mengajar......
Kita yang yang sentiasa sibuk dengan kerjaya didunia moden yang perlu berharta
Guru agama yang murid yang ramai berjela
Paling tidak amah indon yang mungkin beragama atau yang pernah menjadi santapan suami kita
Ini akibat dosa kita yang lalu
Begitu sukar Allah menguji

Teruna dan Dara
Sesal dahulu pendapatan
Sesal kemudian tidak berguna
Kita tinggalkan kekasih pertama
Harapan agar mendapat yang selesa
Allah gantikan yang sama PENZINA...wallahuaklam

Thursday, August 13, 2009

Ustaz Asri meninggal dunia -Al Fatihah



Asri rebah di Angkasapuri sebelum meninggal dunia

13/08/2009 12:17pm

KUALA LUMPUR 13 Ogos - Penyanyi utama Kumpulan Rabbani, Asri Ibrahim yang meninggal dunia kira-kira pukul 10.30 pagi ini telah rebah sebelum beliau memulakan persembahan pada pelancaran program Syahadah musim kelima di Angkasapuri di sini.

Allahyarham kemudian dikejarkan ke Hospital Pantai selepas tidak sedarkan diri. - Utusan

Wednesday, August 12, 2009

Sumpah Saiful VS Resit Arak


VS


Sumpah Saiful VS Resit Arak

Salam

Apa bezanya sumpah Saiful dengan Resit Arak Umno?

Saiful bersumpah A-Quran mendakwa dia diliwat oleh DSAI.
Resit Arak ini didakwa milik UMNO.
Bezanya satu dari UMNO dan satu lagi dari PR.

Puak dari UMNO dan BN percaya sumpah Saiful benar,Jujur dan Ikhlas.Dilakukan didalam masjid
bersama beberapa saksi.Puak dari PR pula menuduh itu adalah FITNAH.Siapa sahaja boleh bersumpah
kerana tiada ada kesan fizikal yang nampak ketara terjadi selepas sumpahan itu.Cuma yang tahu
kebenarannya hanya Allah.Juga antara Saiful dan DSAI.Kita kalau dipihak Saiful men-iyaka sumpahan itu.
Kalau kita dipihak DSAI pula mati hidup balik pun tak percaya.Kata-kata nakal dari rakan cina saya
"aiya itu sumpah kul-an pun talak jadi apa apa ka?"
Siapa yang merendah dan mempermainkan Al-Quran.Apakah zaman sekarang sumpah Al-Quran tidak releven lagi?
Dua pihak ulama bercanggah pendapat?Kita umat Islam kian keliru?Nak ikut UMNO atau PR?
Siapa yang akan menjadi orang tengah bagi meleraikan kekusutan ini?Apakah kita akan terus bercakaran
sampai hari Akhirat?

Resit Arak UMNO pula,puak UMNO berpendapat itu fitnah dari PR.Guna kecanggihan komputer untuk meng EDIT
resit asal.Puak PR pula mendakwa resit itu sah milik UMNO.Kalau nak tahu kebenarannya sila telefon nombor
yang tertera di resit itu.Pihak UMNO boleh membuat laporan POLIS.
Logiknya kalaulah arak itu dibeli oleh UMNO,ini menunjukkan betapa BODOHNYA UMNO,dimusim pilihanraya
membeli arak dan minum di markas UMNO.Seolah olah menjerat diri sendiri.
Kalaulah resit itu suatu penipuan,kenapa resit itu berani disiarkan didalam blog tersebut.Oleh kerana
pemilik blog itu,yakin pada kebenaran yang diperolehi.Kalau ditangkap dan dijatuhkan hukuman,ada pihak
yang akan membela dan mendakwa kezaliman sistem kehakiman.
Kita yang ingin mencari kebenaran akan bertambah keliru,dik kerana kerakusan dua puak yang ingin berkuasa,
sehinggakan mereka terlupa pada Yang Maha Kuasa.

Kesimpulan dari dua permasalahan menunjukkan bahawa POLITIK hanyalah pada mereka ingin mengejar KEKUASAN.
BN ingin mempertahankan KEKUASAAN yang lebih 50 tahun dikuasai.Pihak PR cuba mengatasi dan merampas kekuasan
yang kini dimiliki oleh BN.Siapa yang berpengaruh pasti akan MENANG.Kejujuran bukan pakaian orang politik.
Siapa yang jujur seperti Tun Gaffar Baba akan jatuh.Sejarah telah membuktikan.Hukum hakam Islam kian bercelaru,
kalau dulu siapa pilih wakil dari bukan ISLAM hukumnya KAFIR,tetapi kini dibolehkan pula.

Rakyat jelata yang rata-ratanya inginkan kedamaian menjadi keliru.Siapa yang membawa jalan yang benar?Sampai
bila masalah politik ini akan selesai.PRU 12 dah bertahun bertahun tetapi orang Malaysia khasnya orang MELAYU
tak henti-henti bertelagah.Memperjuangkan perkara yang kabur,cuma mendengar ayat-ayat politik yang dipengaruhi
pemimpin tertinggi.Wakil politik Melayu PAS dan UMNO bermain tarik tarik tali.PAS mendakwa UMNO tak boleh dipercayai,
sejarah lama telah membuktikan.UMNO pula mendakwa PAS putar belit fakta.Yang ketawa mereka yang bukan MELAYU.
Kalau MELAYU bertelagah,MELAYU akan lemah,maka senanglah mereka berkuasa.Jadi seperti Singapura tanah MELAYU
milik mereka?PAS kata salah UMNO,UMNO kata awat PAS dok nga-nga.

Rata-rata kita yang diatas pagar berkata,siapa yang menang pun,pagi kena pi kerja.Kalau tak kerja dapur tak berasap.
Siapa perintah pun,tak kan sampai nak jual Malaysia.Tiap yang hidup PASTI akan mati.BN bukan selama-lamanya boleh
hidup dibumi Allah ini.Suatu hari akan hancur binasa.Begitu juga PR bukan selama-lama akan menjadi pembangkang
sekiranya mereka bekerja keras.Melayu cuma suatu bangsa yang dicipta Allah,ditakdirkan Allah mendokong Islam di Malaysia.
Logiknya sekiranya Melayu hancur,maka hancurlah Islam di Malaysia.

Rakyat Malaysia yang cintakan KEDAMAIAN menyaran agar,Pemimpin Politik gunakanlah pentas yang disediakan.Di dewan Rakyat
atau di dewan negeri.Jangan dibawa politik dijalanan dan diserata tempat.Akabar-akbar dan media arus perdana ataupun
saluran Internet,sudah-sudahlah menabur fitnah dan bertelagah.Tunggu musim pilihanraya baru bertarung.Kepada pihak
yang menang,perintahlah negeri dan negara dengan berlandaskan Al-Quran dan Hadis.InsyaAllah Malaysia akan bertambah
maju.

Monday, August 10, 2009

25 PESANANA LUQMAN AL HAKIM

25 PESANANA LUQMAN AL HAKIM

01 - Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini
bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam
ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan
karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama
TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL
kepada ALLAH.

02 - orang - orang yang sentiasa menyediakan dirinya
untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat
penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar
setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa
menerima kemulian dari ALLAH juga.

03 - Hai anakku; orang yang merasa dirinya hina dan
rendah diri dalam beribadat dan taat kepada ALLAH,
maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat
kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat
kepada ALLAH.

04 - Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu
kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya
ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.

05 - Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana
sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu
hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

06 - Dan selalulah berharap kepada ALLAH tentang
sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai
ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar benar
takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dari
sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.

07 - Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang
air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang
yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak
melamunkan hal hal yang tidak benar. Ketahuilah,
memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih
mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang
tidak mahu mengerti.

08 - Hai anakku; engkau telah merasakan betapa
beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat
berat, tetapi akan lebih lagi daripada semua itu,
adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang
jahat.

09 - Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang
yang bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang
yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak
menjadi utusan.

10 - Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah
dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal
sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat
yang berbahaya.

11 - Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan,
takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan,
pilihlah untuk menziarahi orang mati, sebab ianya akan
mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedang kan
menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu
kepada kesenangan duniawi sahaja.

12 - Janganlah engkau makan sampai kenyang yang
berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu
kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu
diberikan kepada anjing sahaja.

13 - Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan
sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung
memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana
manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu
belum tentu menimbulkan kesengsaraan.

14 - Makanlah makananmu bersama sama dengan orang
orang yang takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan
para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari
mereka.

15 - Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya
bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau
tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah
bagaikan orang yang mencari kayu bakar, maka setelah
banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih
mahu menambahkannya.

16 - Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan
sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura
pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu
dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah
engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak
demikian, maka berhati hatilah.

17 - Selalulah baik tuturkata dan halus budibahasamu
serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan
disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap
orang lain yang pernah memberikan barang yang
berharga.

18 - Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah
dirimu padanyasebagai orang yang tidak mengharapkan
sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang
mengharapkan sesuatu darimu.

19 - Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku
sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau
mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat
riya~ yang akan mendatangkan cela pada dirimu.

20 - Hai anakku; janganlah engkau condong kepada
urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia
saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk
dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih
hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.

21 - Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan
mengeluarkan kata kata yang busuk dan kotor serta
kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam
diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu
mendatangkan manfaat bagi orang lain.

22 - Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau
bukan kerana sesuatu yang menggelikan, janganlah
engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah
engkau bertanya sesuatun yang tidak ada guna bagimu,
janganlah mensia siakan hartamu.

23 - Barang sesiapa yang penyayang tentu akan
disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada
berkata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak
dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan
menyesal.

24 - Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yang
alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya
kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan
nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah
dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yang subur
lalu disirami air hujan.

25 - Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar
keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnya
untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia
ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau
akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain.
Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta
meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau
makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah
engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam
dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.

Semoga bermenfaat,

COPY AND PASTE...........

CUBA KITA BERFIKIR

GAMBAR DARI BLOG SAHABAT SAYA http://rubbertapperz.blogspot.com/search/label/POLITIK


MEMANG UMNO JAHAT
TAPI
TAK KAN DEPA BODOH SAMPAI MACAM NI

UMNO !
Kalau nak buat penafian sila buat laporan Polis

Sunday, August 9, 2009

Memoir Seorang Guru


Memoir Seorang Guru


Karya Terbaru Azizi Hj Abdullah
'Memoir Seorang Guru diwarnai dengan pelbagai gejolak rasa yang menyentuh perasaan. Padat dengan mesej yang tersirat untuk dijadikan renungan bersama'.

Membaca 'Memoir Seorang Guru' novel terbaru Azizi Hj Abdullah, terbitan Alaf21, anda akan merasa kebencian disebalik kedegilan murid. Anda akan merasa keras hati seorang guru disebalik lemah lembut muridnya.

Anda akan merasa kata-kata keras, di sebalik kemanjaan murid. Anda akan menemui kekasaran di sebalik lemah lembut murid. Tetapi diakhirnya anda akan temui dialah yang memiliki kasih sayang melalui doa dan harapan, sehingga anda akan mengalir air mata dan berkata; begitukah guru kami.

Disyorkan, semua bekas murid penulis novel ini memiliki dan membacanya kerana di situ terhimpun kasih sayangnya dan kejayaan murid-muridnya dalam bidang kerani, jururawat, doktor, peniaga, penternak, petani, peguam, majestrit dan korporat.Itulah doa dan jasa seorang guru. Anda akan membaca pada akhir novel ini bersama lelehan air mata kerana bangga.

-Bekas Murid.




abghalim said...

Novel yang MESTI dibaca oleh semua guru dan bakal guru.Novel yang berkisarkan pengalaman seorang ustaz yang berperang dengan perasaan semasa bertugas menjadi guru.Kekeliruan dengan keikhlasan dengan tugas beliau ,samada beliau seorang pendidik atau seorang guru yang makan gaji.
Ustaz juga mengutarakan isu keberkatan hasil gaji yang di perolehi.Isu ini cuma dalam bentuk kiasan dan masih boleh diterjemahkan oleh perbaca.

Isu KEBERKATAN ini membuka minda saya untuk terus memusahabah diri.Menilai balik hasil kerja saya adakah ianya baik dan berkesan.Tanggungjawap yang diamanahkan oleh majikan,adakah saya melaksanakan dengan jujur dan amanah?

Bila cukup bulan,semua hasil titik peluh saya dimasukkan kedalam akuan bank saya sebagai wang gaji atau imbuhan kerja.Pada majikan,itu imbuhan kepada nilai sebuah amanah dan kejujuran.

Bila amati dengan lebih mendalam lagi,saya bertanya pada diri?Jenis akuan bank yang saya miliki.Oh akuan perbankan Islam.Lapang dada seketika.

Bila saya menhalusi dengan lebih teliti lagi bank yang saya gunakan itu ada unsur ISLAM DAN RIBA.Persoalannya beranikah saya meminum air yang bersih tetapi dicampur dengan sesudu RACUN?Ibarat kata orang tua-tua,kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

Alias,Midun,Sakinah dan Abdul Halim apakah mereka ini didik untuk orang yang berjaya?Bukankah mereka dididik untuk mengisi jawatan tinggi?Atau mereka ini akan jadi bekas murid yang berhemah tinggi.Atau jadi seperti anak-anak saudaraku yang bapanya berjawatan tinggi tapi rendah peribadi?

Pertemuan ustaz dan bekas muridnya yang selalu diilusi semua ditempat yang mulia.Murid yang dulunya memanggil ustaz dengan "ucetad" kini megah bersolat atas keterbukaan ustas.Alias,Midun dan Sakinah di tempat yang telah banyak berjasa pada nyawa dan kesihatan manusia.Pertemuan dengan Abdul Halim pada petang Sabtu di Masjid Kulim menjadi kesinambungan jalan cerita selanjutnya.

Harapan ustaz agar ILMU yang diturunnya berkat.Setiap muridnya diharapkan menjadi umat yang berguna pada Agama dan negara.Tak dinafikan ada juga segelintir menjadi sebaliknya.

Seorang bapa yang takut Kamariah mengalami stress sepertinya.Bapa yang mengharap Kamariah faham niat bapa.Bukan kerja guru itu tidak baik,tapi mampukah Kama menghadapinya dengan tabah.

Ustaz.....dari bertahun ke tahun bukan seperti novel itu.Ustaz yang menjawap "saya punya suka la.itu novel saya"bila aku bertanya pada satu seminar,"kenapa mematikan watak Tuk Ya dengan kematiannya?"Jawapan ustaz disambut gelak ketawa.Aku berbangga kerana itulah ustazku yang selalu berjenaka.

Buat bekas murid yang mengenali ustaz,anda turut akan berilusi sekiranya membaca novel ini.Novel yang penuh dengan emosi dan perlu dihayati dengan keilmuan.Novel yang bersekitar di Daerah Kulim,akan membawa kita mengimbau kenangan dizaman persekolahan.

Kepada bakal guru dan semua pembaca,novel ini adalah "HEAVY DRAMA" yang terbaik dari USTAZ AZIZI HJ ABDULLAH.

salam
abghalim ULU YAM

Thursday, August 6, 2009

SEPULUH PERMINTAAN IBLIS


SEPULUH PERMINTAAN IBLIS

Ibnu Abid-Dunya,Ath-Thabrani dan Ibnu Marduwaih mentakhrij dari Abu Umamah,dia berkata,
"Rasullulah s.a.w. bersabda:"Sesungguhnya ketika iblis turun kebumi,maka dia berkata:""
"Ya Rabbi,Engkau telah menurunkan aku kebumi dan menjadikan aku sebagai orang yang
terkutuk."

"Maka buatkanlah bagiku rumah"
"Rumahmu adalah bilik mandi"

"Buatkanlah bagiku tempat duduk"
"Tempat dudukmu adalah pasar"

"Buatkanlah bagiku makanan"
"Makananmu adalah apa yang tidak disebutkan nama ALLAH padanya"

"Buatkanlah bagiku minuman"
"Minumanmu adalah setiap yang memabukkan"

"Buatkanlah bagiku mu'adzin"
"Mu'adzinmu adalah alat muzik"

"Buatkanlah bagiku Quran"
"Quran bagimu adalah syair"

"Buatkanlah bagiku sebuah kitab"
"Kitabmu adalah tatu"

"Buatkanlah bagiku perkataan"
"Perkataan bagimu adalah dusta"

"Buatkanlah bagiku seorang utusan"
"Utusan bagimu adalah dukun"

"Buatkanlah bagi jerat"
"Jeratmu adalah WANITA"

Sumber : 80 Rahsia Jin,Syaitan Dan Iblis. Penulis Abdur Rahman Syukur,Terbitan Jasmin

Cerita-cerita motivasi untuk pemimpin

Cerita-cerita motivasi untuk pemimpin

KHALIFAH aka PERDANA MENTERI

Suatu hari sedang berehat didalam rumah kerana cuaca terlalu terik,
Uthman Bin Affan terlihat seorang lelaki berlari-lari mengejar seekor
lembu.Lalu dijenguknya daripada tingkat bagi meninjau siapakah
gerangan lelaki itu tadi.Sayangnya lelaki itu sudah hilang disebalik
rumah-rumah disepanjang jalan.

Tiba-tiba Uthman ternampak lelaki itu sudah berjalan balik
sambil menyeret seekor lembu.Bergegas Uthman keluar
rumah bagi melihat siapa lelaki itu dan yang telah terjadi.

Uthman terkejut apabila melihat lelaki itu adalah Khalifah
Umar Bin Khatab,raja sekalian orang Islam.

"Kenapa saudara?Apa yang sudah berlaku?"tanya Uthman
Bin Affan kepada sahabat baiknya itu."Takkan saudara tidak
nampak,saya sedang menyeret lembu ini,"jawab Umar.

"Lembu siapa?Hairan,saudara bukan orang yang pedulikan
harta dunia,kenapa dengan lembu itu?"kata Uthman lagi.

"ini salah seekor daripada lembu-lembu yang didermakan kepada
anak-anak yatim.Tadi lembu ini terlepas dari kandangnya dan lari
ke tengah jalan.Mujur saya dapat tangkap kembali,"kata Umar.

"Tidakkah ada orang lain yang dapat disuruh menangkapnya.Takkan
mengejar lembu terlepas pun mesti dibuat oleh KHALIFAH sendiri?"
Kata Uthman.

"Kuasa KHALIFAH adalah suatu AMANAH,bukan KEHORMATAN,"jawab Umar.


abghalim.....Cerita-cerita motivasi untuk pemimpin oleh Dato Dr Mohd Fadillah Kamsah
http://ladanguluyam.blogspot.com

BAJU PENGANTIN KITA...........

Fatimah adalah puteri bongsu Nabi Muhammad s.a.w.Fatimah antara anak yang
paling disayangi oleh baginda Rasullullah s.a.w.Pada usia lapan belas tahun,
Fatimah dikahwinkan dengan Ali,iaitu anak saudara kesayangan Rasullulah s.a.w.
Pada hari perkahwinan Fatimah,beliau memakai baju pengantin yang diperbuat
daripada bulu.Baju pengantin Fatimah ada dua belas tempat yang ditampal dengan
jahitan.

Mengikut adat Arab dari dulu hingga kini,kedua mempelai akan berpindah ke rumah
baru mereka sendiri.Baginda mengajak empat sahabat karibnya,Abu Bakar,Umar,Uthman
dan Usamah,membantu mengangkat barang-barang keperluan kedua pengantin baru itu.
Barang-barang yang dibekalkan oleh Nabi Muhammad s.a.w kepada kedua mempelai itu terdiri
daripada batu penggiling,lesung penumbuk gandum,sehelai kulit yang telah disamak,
sebiji bantal,sebuah jag air dan sebiji pinggan.

Abu Bakar terlalu sedih melihat betapa sedikitnya barang-barang bekal keperluan baru
untuk pengantin baru yang mampu diberikan oleh baginda.Sesungguhnya Fatimah
adalah puteri bongsu kesayangan baginda.

Dengan lilingan air mata Abu Bakar seraya berkata "Inikah sahaja bekal perkahwinan
Fatimah".Jawab baginda "Ini pun sudah cukup banyak bagi orang yang masih hidup
di dunia.

abghalim.....Cerita-cerita motivasi untuk pemimpin oleh Dato Dr Mohd Fadillah Kamsah
http://ladanguluyam.blogspot.com

Pakaian Pemimpin Islam Malaysia...........

Khalifah Umar bin Khatab biasanya datang awal ke masjid.Akan tetapi
suatu hari baginda datang terlewat.Ramai orang sedang menunggu baginda.
Baginda memohon maaf,kepada semua jemaah kepada mereka yang
sedang menunggu."Maafkan saya sebab terlambat.Pagi tadi saya mencuci
baju saya ini,saya tidak ada baju lain.Saya tunggu baju ini kering dulu"

Ketika baginda berdiri dihadapan membaca Khubah Jumaat,orang ramai duduk
dibarisan hadapan jelas melihat baju baginda.Jelas kelihatan jubah baginda
bertampal-tampal.Mereka menceritakan tidak kurang dari dua belas lubang
yang sudah ditampal.

abghalim.....Cerita-cerita motivasi untuk pemimpin oleh Dato Dr Mohd Fadillah Kamsah
http://ladanguluyam.blogspot.com

MEWAHNYA BILIK TIDUR KITA............

Nabi Muhammad s.a.w. adalah Pemerintah Negara Islam Pertama di dunia
iaitu Madinah.Suatu hari Umar bin Khatab mendatangi baginda di bilik
tidurnya di kawasan Masjid Nabi.Bila melihat keadaan bilik tidur seorang
Peminpin Agung dan Utusan Allah begitu daif,maka perlahan-lahan
airmatanya mengalir.

"Mengapa saudara menangis?" tanya Baginda."bagaimana saya tidak menangis
dan bersedih hati melihat belakang badan tuan dengan kesan daun tikar."
"Saya sedih sangat melihat bilik tuan"
"Mudah-mudahan Allah memberi lebih banyak kemudahan kepada tuan"
Jawab Umar.

Kemudian Umar menyambung lagi,"orang-orang Rumawi dan Parsi tidak
menyembah tuhan,tetapi raja-raja mereka hidup serba mewah.Mereka membina
istana-istana indah di tengah-tengah taman dan ditengahnya mengalir air sungai".

"Tetapi tuan,walaupun utusan Allah,tuan hidup serba miskin,"kata Umar.
"Kalau didunia mereka hidup mewah,keadaan bertukar di akhirat nanti,"
kta Nabi Muhammad s.a.w.

abghalim.....Cerita-cerita motivasi untuk pemimpin oleh Dato Dr Mohd Fadillah Kamsah