Free counter and web stats

Friday, May 21, 2010

KENAPA PERLU TAATI RAJA?


Tun Suzana Tun Haji Othman dan Haji Muzaffar Dato' Haji Mohamad yang membuat kajian mengenai "Ahlul-Bait Rasulullah s.a.w. dan Kesultanan Melayu" terbitan Crescent News (KL) Sdn Bhd, 2006; telah mengemukakan bukti salasilah keturunan kerabat DiRaja Perlis, Kelantan, Johor, Pahang, Terengganu, Selangor dan Tunku Besar Tampin yang bersusur galur daripada keturunan Rasulullah s.a.w. melalui cucu kesayangan baginda iaitu Hasan dan Husin. Lihat rajah di bawah:-

Klik gambar untuk paparan lebih jelas

Maka bertepatanlah sekiranya Raja-Raja Melayu ini ditumpahkan kesetiaan yang setara dengan kemuliaan keturunan Nabi Muhammad s.a.w. sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan berkenaan Raja-Raja Melayu dalam Perkara 32, 38 dan 181.

Ingatlah bahawa penarikan imuniti Raja-Raja Melayu (pindaan 1993) hanyalah termaktub atas sifat peribadi baginda semata-mata, iaitu seandainya baginda berbuat sesuatu yang bertentangan dengan undang-undang; itupun baginda hanya boleh dibicarakan di Mahkamah Khas (Perkara 181) dan bukannya di mahkamah biasa seperti kita. Perkara ini bertepatan dengan sabda Rasulullah s.a.w. "Jika Fatimah mencuri, maka akan ku potong tangannya."

Akan tetapi, sekiranya Raja-Raja Melayu bertindak dalam bidang kuasa tugas rasmi baginda, maka Raja-Raja Melayu mempunyai kekebalan serta imuniti sebagaimana yang disahkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Kepada Rakyat Raja khususnya anak-anak Melayu, ingatlah bahawa PERJANJIAN yang termeterai antara Demang Lebar Daun dan Sang Sapurba itu bukannya dibuat untuk suka-suka. Indonesia sudah terkena tulahnya. Jangan pula kita bawa budaya derhaka yang sama di negara penuh rahmat yang bernama Malaysia ini.

0 comments: