Free counter and web stats

Saturday, October 31, 2009

COPY PASTE DARI AZIZI HAJI ABDULLAH

Takkanlah Kerana Sayangkan 'Orang Itu' Sanggup Halau 'Anak Sendiri'?



Sudah tiba masanya PAS (Majlis Syura) secara serius menggantikan Mursyidul Am PAS yang kian hari kian nanar dan semakin tua. Kewibawaan beliau juga semakin pudar. Kebijaksanaan mencerna masalah sudah semakin terhakis. Beliau hanya mendengar 'acuman' satu pihak seakan-akan PAS hanya ada satu jalur. Beliau gagal menjadi bapa yang adil untuk semua anak-anaknya. Orang yang tidak patut dibela contohnya beria-ia dipertahankan (usaha menyingkirkan beliau pernah saya tulis di blog ini: lihat sini). Sebagai 'orang PAS' apabila Presiden yang dipilih secara demokratik mahu disingkirkan semata-mata kerana ingin mempertahankan parasit dari luar maka saya rasa itu sudah melampau.

----------------------------
Jangan marahkan saya. Tulisan di atas saya nukilkan dari tulisan Faisal Tehrani dalam blognya 23 Oktober 2009 tanpa pula meminta izin darinya.

Nak kata menarik, tidak. Nak kata bagus, tak berani. Nak kata patut, nanti apa pula orang Pas kata. Nak kata mengarut, ehhh takkan pula.

Tapi saya benar-benar pening dengan Tuan Guru Nik Aziz. Saya sampai sekarang tak mampu membaca, apakah Tuan Guru seorang politikus atau agamawan zuhud atau seorang pentadbir yang cekap? Di Bagan Pinang 10 Oktober 2009 lalu sempat juga memeluk Tuan Guru ketika turun dari pentas DAP.

Kelmarin (Sabtu 24.10.2009) sempat juga SMS kepada Setiausaha Politiknya, tapi jawapan SMS berbunyi; Kenapa anda masih tak faham-faham? Bila saya kata saya tak faham, SMS tak berjawab pun.

Apa yang dapat saya simpulkan ialah: Melayu Islam yang sebenarnya ialah Melayu Islam yang tidak pernah istiqamah dalam apa hal pun, kecuali menepati satu perkara; berbuka puasa pada waktu yang tepat.

Kalau macam ni, bila Pas nak perintah Negara. Jangan yang dipegang terlepas, yang digapai tak sampai.
Wallahu aklam.

KOMEN SAYA:

Bila terlalu menggunakan agama untuk kepentingan......Ujian Allah sangat BERAT.....Walaupun TGNA mempunyai Ilmu agama yang sangat TINGGI tetapi beliau bukan WALI.....apatah lagi NABI,jauh sekali.
TGNA! kembali merendah diri...tanpa kita sedari,IBLIS menghantar pasukannya....kerana kemajuan IBLIS lebih hebat dari manusia....sezarah terlalai kita teperdaya...
wallahuaklam

0 comments: