Free counter and web stats

Monday, July 19, 2010

KEBAHAGIAAN TERASING

KEBAHAGIAAN TERASING

Terkilan bukannya cemburu
Marah bukanya benci
Berkata ya kerana sayang
Kerana menjunjung agama
Adat ku kubiarkan
Agar tiada dosa yang terpaksa ditanggung bersama................

Selamat Berbahagia Insan yang tersayang
Aku menangis kerana terpaksa merelakan kebahagiaanmu
Walaupun keseorangan disana
Terkilanku pada "dia"
Kerana memutarkan kata janji
Aku ternganga sendirian
Merelakan adat di perlekehkan
Demi agama yang dijunjung mulia...
Yang ku tanya "dimana harga pada insan yang kusayang"
Berkorban pada yang mencari kebahagiaan
Atau melempiaskan kengkangan gelora lelaki ?

Hari ini Lembah Klang mengamit memori semalam
Pada insan yang melahirkan kita
Pada ayah yang ada jasanya atau tak seberapa
Pada agama dia berkuasa
Pada adat dah ternyata........
BERISTIFAR aku pada yang Esa
AL Fatihah pada yang tiada.....
Apakah dia juga terpaksa merelakan seperti apa yang aku lakukan
Padamu
Pada mereka
dan pada semua kita.....................

Kepada kakakku yang sangat ku sayang....
Ketahuilah bahawa aku terlalu gembira bila kau bahagia
Kerana kita telah lalui suka duka bersama
Dihina dan dicerca oleh mereka
TAPI
AKU TERKILAN KERANA TAK MERASAI BAHAGIAMU BERSAMA...............
Ampun dan Maaf kerana aku gagal menjadi waris sempurna.....................
Kini baru ku tahu yang aku menyayangimu.

abghalim
Isnin
19*07*10
Kuala Lumpur