SELAMAT HARI GURU,USTAZ
Mendidik adalah nafasmu
Setiap denyutan nadi adalah ilmu
Yang diterjemahkan melalui pena
Yang mengimbangi pemikiran
Muridmu yang dewasa
Yang berlainan ideologi
Ustaz
Penghormatan muridmu berterusan
Ilmumu yang dipinjam Ilahi meresap ke sanubari
Walaupun ada yang terasa
TETAPI.....
Hemah mereka padamu dijunjung tinggi
Ustaz
Berterusan berpena selagi kurdrat ada
Bersaramu kelak hilang punca
Keberkatan ilmumu ternyata
Selagi ada yang membaca
SELAMAT HARI GURU,USTAZ
Semoga dimuliakan
Semoga sihat sejahtera
Semoga kaya
Semoga diberkati
Allah swt.
Showing posts with label 05.Ustaz Azizi. Show all posts
Showing posts with label 05.Ustaz Azizi. Show all posts
Thursday, May 13, 2010
Thursday, March 4, 2010
BERUK karya Azizi Hj Abdullah
Satu lagi buku terbaru Azizi Hj Abdullah, diterbitkan oleh Penerbitan Al-Ameen Holdings Sdn.Bhd. Pelancaran akan diadakan pada 27hb Mac 2010 jam 6 petang di Dewan Utama Pesta Buku, di PWTC.
Selain buku Azizi, novel Faisal Tehrani juga akan turut dilancarkan.
Novel BERUK berasal dari cerpen Beruk yang ditulis dalam tahun 60an dan pernah menjadi teks sastera dalam antologi Hadiah terbitan Dewan Bahasa.
Azizi telah mengembangkannya menjadi sebuah novel yang sangat menyentuh perasaan. Alias seorang murid yang miskin, tinggal di daerah pendalaman, hanya bersama Beruk peliharaannya menjadi sumber mencari rezeki setiap hari. Beruknyalah yang memanjat kelapa tetapi memiliki kasih sayang yang sangat kental terhadap tuannya.
Alias menyayangi Beruknya, tapi harus pula membela gurunya. Dikorbankan kasih sayangnya demi melindungi gurunya.
Terharu jika membacanya.
Azizi juga akan menyampaikan pengalaman menulisnya dalam sessi ‘ Lorekkan Penamu’ di Universiti Utara Malaysia pada 12 Mac ini.
Bersama tokoh, Azizi juga akan berada di Sekolah Menengah Temenggung, Kati Kuala Kangsar pada 26 Mac 2010.
Yang berminat, dipersilakan.
Sunday, August 9, 2009
Memoir Seorang Guru
Memoir Seorang Guru
Karya Terbaru Azizi Hj Abdullah
'Memoir Seorang Guru diwarnai dengan pelbagai gejolak rasa yang menyentuh perasaan. Padat dengan mesej yang tersirat untuk dijadikan renungan bersama'.
Membaca 'Memoir Seorang Guru' novel terbaru Azizi Hj Abdullah, terbitan Alaf21, anda akan merasa kebencian disebalik kedegilan murid. Anda akan merasa keras hati seorang guru disebalik lemah lembut muridnya.
Anda akan merasa kata-kata keras, di sebalik kemanjaan murid. Anda akan menemui kekasaran di sebalik lemah lembut murid. Tetapi diakhirnya anda akan temui dialah yang memiliki kasih sayang melalui doa dan harapan, sehingga anda akan mengalir air mata dan berkata; begitukah guru kami.
Disyorkan, semua bekas murid penulis novel ini memiliki dan membacanya kerana di situ terhimpun kasih sayangnya dan kejayaan murid-muridnya dalam bidang kerani, jururawat, doktor, peniaga, penternak, petani, peguam, majestrit dan korporat.Itulah doa dan jasa seorang guru. Anda akan membaca pada akhir novel ini bersama lelehan air mata kerana bangga.
-Bekas Murid.
abghalim said...
Novel yang MESTI dibaca oleh semua guru dan bakal guru.Novel yang berkisarkan pengalaman seorang ustaz yang berperang dengan perasaan semasa bertugas menjadi guru.Kekeliruan dengan keikhlasan dengan tugas beliau ,samada beliau seorang pendidik atau seorang guru yang makan gaji.
Ustaz juga mengutarakan isu keberkatan hasil gaji yang di perolehi.Isu ini cuma dalam bentuk kiasan dan masih boleh diterjemahkan oleh perbaca.
Isu KEBERKATAN ini membuka minda saya untuk terus memusahabah diri.Menilai balik hasil kerja saya adakah ianya baik dan berkesan.Tanggungjawap yang diamanahkan oleh majikan,adakah saya melaksanakan dengan jujur dan amanah?
Bila cukup bulan,semua hasil titik peluh saya dimasukkan kedalam akuan bank saya sebagai wang gaji atau imbuhan kerja.Pada majikan,itu imbuhan kepada nilai sebuah amanah dan kejujuran.
Bila amati dengan lebih mendalam lagi,saya bertanya pada diri?Jenis akuan bank yang saya miliki.Oh akuan perbankan Islam.Lapang dada seketika.
Bila saya menhalusi dengan lebih teliti lagi bank yang saya gunakan itu ada unsur ISLAM DAN RIBA.Persoalannya beranikah saya meminum air yang bersih tetapi dicampur dengan sesudu RACUN?Ibarat kata orang tua-tua,kerana nila setitik rosak susu sebelanga.
Alias,Midun,Sakinah dan Abdul Halim apakah mereka ini didik untuk orang yang berjaya?Bukankah mereka dididik untuk mengisi jawatan tinggi?Atau mereka ini akan jadi bekas murid yang berhemah tinggi.Atau jadi seperti anak-anak saudaraku yang bapanya berjawatan tinggi tapi rendah peribadi?
Pertemuan ustaz dan bekas muridnya yang selalu diilusi semua ditempat yang mulia.Murid yang dulunya memanggil ustaz dengan "ucetad" kini megah bersolat atas keterbukaan ustas.Alias,Midun dan Sakinah di tempat yang telah banyak berjasa pada nyawa dan kesihatan manusia.Pertemuan dengan Abdul Halim pada petang Sabtu di Masjid Kulim menjadi kesinambungan jalan cerita selanjutnya.
Harapan ustaz agar ILMU yang diturunnya berkat.Setiap muridnya diharapkan menjadi umat yang berguna pada Agama dan negara.Tak dinafikan ada juga segelintir menjadi sebaliknya.
Seorang bapa yang takut Kamariah mengalami stress sepertinya.Bapa yang mengharap Kamariah faham niat bapa.Bukan kerja guru itu tidak baik,tapi mampukah Kama menghadapinya dengan tabah.
Ustaz.....dari bertahun ke tahun bukan seperti novel itu.Ustaz yang menjawap "saya punya suka la.itu novel saya"bila aku bertanya pada satu seminar,"kenapa mematikan watak Tuk Ya dengan kematiannya?"Jawapan ustaz disambut gelak ketawa.Aku berbangga kerana itulah ustazku yang selalu berjenaka.
Buat bekas murid yang mengenali ustaz,anda turut akan berilusi sekiranya membaca novel ini.Novel yang penuh dengan emosi dan perlu dihayati dengan keilmuan.Novel yang bersekitar di Daerah Kulim,akan membawa kita mengimbau kenangan dizaman persekolahan.
Kepada bakal guru dan semua pembaca,novel ini adalah "HEAVY DRAMA" yang terbaik dari USTAZ AZIZI HJ ABDULLAH.
salam
abghalim ULU YAM
Thursday, May 14, 2009
USTAZ,SELAMAT HARI GURU
Ustaz
Aku bukan seperti Syafie
Tidak tergamak melunjur kaki
Ketika tidur ku kearah rumah Malik
Kerana takut hilang keberkatan ilmu
Tapi Ustaz
Aku bukan murid diera milanium
Yang menyepak terajang gurunya
Aku cuma sekadar tahu menyapa
Aku cuma sekadar mengingati wajah tuamu
Ustaz
Tidak aku berdiri ketika sedang enak dikerusi
Tidak aku berdiri ketika rambut ku digunting
Cuma sekadar memberi tabik hormat ketika lalu-mu
Kerana sedikit ilmu yang membezakan seekor anjing
Mengenal yang baligh atau tidak
Aku bukan Ahmad Bin Hambal yang taat walaupun pada Yahudi
Tapi Ustaz
Aku murid yang tahu membeza antara yang tua mahupun yang muda
Yang berjasa dan telah mengenalkan aku Alif Ba Ta
Ustaz
Dikala kecilku kau bertanya
Apakah cita-citaku
Jawap ku ringkas,cikgu
Tapi cuma sekadar berangan-angan
Cuma sekadar meminati
Cuma lamunan
Kerana aku diajar olehmu Qada dan Qadar
Aku akur
Aku Faham
Ustaz
Aku pernah membentuk seorang insan
Aku membakar dengan semangat
Aku menjayakan cita-citaku
Kini dia telah bergelar guru
Tapi ustaz
Dia menkerjayakan gelaran itu
Dia cuma sekadar pekerja
Dia bukan guru
Dia berilmu tapi keikhlasan goyah
Dia lupa pada jasa guru
Kerana aku guru semuladi
Bukan guru anegerah
Tiada bergaji
Tiada berpangkat
Ustaz
Lupakan tentang dia itu
Dia cuma segelintir dari kalanganmu
Dia mungkin seperti Fikri
Yang asyik dibuai kota
Dia bukan Dr Sakinah
Yang tahu menghargai jasa
Mereka yang banyak tetap sepertimu
Mereka "born to be"
Mereka "learn to be"
Ustaz
Hari ini setelah sekian lama
Aku ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU
Halalkan segala ilmu-mu
Dan kepada semua guru-guruku
Walaupun berjawatan
Atau
Cuma sekadar bercerita
Cuma sekadar menegur salahku
Juga mengiakan kata-kata dan perbuatanku
Kalian adalah guruku
SELAMAT HARI GURU
abghalim
14 May 2009
Monday, November 3, 2008
Jiwa Hamba

Jiwa HambaBuku Baru:Sudah Terbit Sebuah lagi Tulisan Azizi Abdullah, Terbitan Persatuan Pengguna Pulau Pinang. Sebuah Buku Kritikan Adat Di Antara Yang Menyebabkan orang Melayu Mundur.Pedas! Berani! Berterus Terang!Nama Buku : JIWA HAMBAPenulis : Azizi Hj. AbdullahPenerbit : Persatuan Pengguna Pulau PinangTebal : 168 mukaHarga : RM15.00 (Termasuk pos)(Pesan kepada Azizi Hj Abdullah, 424 Taman Bersatu, 09000 Kulim Kedah, HP 012 4396060. E-Mail: tukya_azizi1426@yahoo.com.my.)Bayaran mestilah dijelaskan melalui Kiriman Wang atas nama Azizi bin Abdullah.
MENGAPA JIWA HAMBA?Soalan ini bukan soalan matematik yang bererti 2 x 5 jawabnya 10. Soalan ini memerlukan masa yang panjang. Di zaman umat Melayu dipengaruhi adat Hindu, kemudian dijajah sehinggalah di zaman kolonial, kesannya terdapat pada hari ini, malah acara, adat dan undang-undang itu sendiri masih berakar umbi dari mereka.Datuk nenek moyang dan salasilah dari mana kita ini? Jawapannya masih kabur. Jika diselidik adat resam dan budaya yang dipertahankan itu, ternyata ia dari pengaruh Hindu. Relakah mereka yang mempertahankan adat budaya seperti ini dikatakan dari keturunan Hindu?Kita perturunkan di bawah ini beberapa sebutan dari kelompok-kelompok tertentu yang sebenarnya bersifat jiwa hamba , yang bagi kita boleh tergeleceh akidahnya. Kebanyakan istilah keramat yang digunakan oleh institusi ini ialah daripada kepercayaan Hindu, sedangkan institusi yang mengamalkan istiadat gelar bergelar ini beragama Islam.Orang Kaya-kaya Laksamana,Orang Kaya Panglima,Maharaja Indera,Maharaja Dewa,Sendewa RajaIndera LelaSakna dan Dewa Raja, Ratna Sakti.Dewa MahkotaDemang PerwiraPekerma Wati- Amar Dewangsa-Pendewa Sakti dan lain-lain.Panggilan dan anugerah ini mengikut pengertian Kamus Dewan dan lain-lain kamus seperti berikut:
1. Laksamana: Gelaran tertinggi dalam angkatan tentera laut. (Adakah yang menerima gelaran ini dari kalangan mereka yang berkhidmat dalam tentera laut?)
2. Indera: Betara-Dewa yang memerintah di angkasa (Menurut kepercayaan Hindu.)
3. Dewa: Roh yang dipuja-puja kerana dipercayai berkuasa ke atas alam dan manusia.
4. Sedawa: Bahan kimia ubat bedil atau bunyi yang keluar dari kerongkong kerana kenyang. Ertinya jika Sendawa Raja; Raja yang seperti ubat bedil atau raja yang hanya asyik bersendawa.
5. Ratna Sakti: Puteri yang memiliki kuasa di luar kemampuan manusia.
Tetapi bagaimana pengertian istilah itu? Adakah istilah di atas melanggar hukum, berunsur sifat-sifat syirik yang kita bentangkan di atas?.Di mana tuan guru dan para ulama yang menjadi penasihat institusi seperti ini?Unsur-unsur syirik bukan sahaja daripada perbuatan tetapi juga daripada perkataan, daripada yang seumpamanya, daripada keserupaan dan subahat.Aneh! Sangat malang, apabila kita dapati cerdik pandai dan bertaraf tinggi tetapi membiarkan istiadat ini bercampur baur dengan khurafat, unsur-unsur syirik. Beberapa istiadat (kononnya) kecil diwujudkan seperti:1.
Istiadat Jamuan Menyemah Jin-jin.
2. Istiadat Membantai Kerbau
3. Istiadat Mengambil Air Dari Sungai
4. Mandi Balai dan lain-lain.Segera dapatkan atau kunjungi di Pesta Pulau Pinang pada 13-14 Disember 2008, sempena Hari Sasterawan Azizi Hj Abdullah di Gerai Khas. LAYARI http://aziziabdullah.blogspot.com/
Subscribe to:
Posts (Atom)


