Free counter and web stats

Thursday, May 14, 2009

USTAZ,SELAMAT HARI GURU

Ustaz
Aku bukan seperti Syafie
Tidak tergamak melunjur kaki
Ketika tidur ku kearah rumah Malik
Kerana takut hilang keberkatan ilmu
Tapi Ustaz
Aku bukan murid diera milanium
Yang menyepak terajang gurunya
Aku cuma sekadar tahu menyapa
Aku cuma sekadar mengingati wajah tuamu

Ustaz
Tidak aku berdiri ketika sedang enak dikerusi
Tidak aku berdiri ketika rambut ku digunting
Cuma sekadar memberi tabik hormat ketika lalu-mu
Kerana sedikit ilmu yang membezakan seekor anjing
Mengenal yang baligh atau tidak
Aku bukan Ahmad Bin Hambal yang taat walaupun pada Yahudi
Tapi Ustaz
Aku murid yang tahu membeza antara yang tua mahupun yang muda
Yang berjasa dan telah mengenalkan aku Alif Ba Ta

Ustaz
Dikala kecilku kau bertanya
Apakah cita-citaku
Jawap ku ringkas,cikgu
Tapi cuma sekadar berangan-angan
Cuma sekadar meminati
Cuma lamunan
Kerana aku diajar olehmu Qada dan Qadar
Aku akur 
Aku Faham

Ustaz
Aku pernah membentuk seorang insan
Aku membakar dengan semangat
Aku menjayakan cita-citaku
Kini dia telah bergelar guru
Tapi ustaz 
Dia menkerjayakan gelaran itu
Dia cuma sekadar pekerja
Dia bukan guru
Dia berilmu tapi keikhlasan goyah
Dia lupa pada jasa guru
Kerana aku guru semuladi
Bukan guru anegerah
Tiada bergaji
Tiada berpangkat

Ustaz
Lupakan tentang dia itu
Dia cuma segelintir dari kalanganmu
Dia mungkin seperti Fikri
Yang asyik dibuai kota
Dia bukan Dr Sakinah
Yang tahu menghargai jasa
Mereka yang banyak tetap sepertimu
Mereka "born to be"
Mereka "learn to be"

Ustaz
Hari ini setelah sekian lama
Aku ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU
Halalkan segala ilmu-mu
Dan kepada semua guru-guruku
Walaupun berjawatan
Atau 
Cuma sekadar bercerita
Cuma sekadar menegur salahku
Juga mengiakan kata-kata dan perbuatanku
Kalian adalah guruku
SELAMAT HARI GURU


abghalim
14 May 2009

0 comments: