Free counter and web stats

Sunday, December 28, 2008

Sekadar Untuk Renungan

PENTINGKAH DARA PADA SUAMI

ASTHAGFIRULLAHALAZIM ......jantungku seakan hampir putus bila terdengar pengakuan dari insan yang
paling aku sayangi.Esok hari kami kami disatukan."Katakan itu tidak benar",jerit ku padanya.
Tubuhku longlai,tidak berdaya bangun lagi.Hatiku pedih dan ngilu bagai tersusuk sembilu.
Sekiranya aku aku menolak,dimanakah maruah ibubapanya hendak digadai,hanya kerana
dosa anak gadis yang menodai kesucian diri.Akibat terlalu cinta pada bekas kekasihnya
sewaktu ketika dulu,tunanganku telah pun menghilangkan mahkota suci atau DARAnya pada
jalan haram.

Aku menerima walaupun hatiku pedih dan terluka,demi menjaga hati orang yang tidak berdosa.
Kini setahun berlalu,ketika aku melayari INTERNET aku dikejutkan lagi dengan sesuatu perkara,
yang dulunya aku telah lupakan.Video Klip isteriku berzina dengan bekas kekasihnya.Mereka
begitu mesra dan intim sambil melakukan aksi zina.Perbagai aksi yang menyakitkan hatiku.
Aku melihat kesisi,terbujur seorang isteri yang sedang mendakapi anak kecil.Aku menghampiri
kebirai katil,kurenung wajah anak kecil itu,aku bayangkan nasibnya sekiranya LAFAS talak terpancul dari
mulutku.

Sekali lagi bersolat ISTIKARAH untuk mencari pertunjuk.Mampukan aku mengandar biawak hidup
dalam hidupku.Memang itu cerita lama,tetapi ianya telah mencabar ego lelakiku.Sekiranya kita
sejak dari dahulu mematuhi ajaran Islam,perkara ini tidak akan berlaku.

Keesokan pagi,telefon bimbitku berbunyi,ternyata dari kedua ibubapaku.Terdapat puluhan sms
dari sahabat handai dan kaum kerabat yang bertanyakan soalan tentang Vidoe Klip tersebut.Ada
juga yang meminta bersabar dan tidak kurang yang meminta membuat keputusan bijak dan memilukan.
Bagaimana aku harus menghadapi hari esok dengan senyuman sinis kenalan.Aku tahu ada yang bersimpati,
ada yang menjuihkan bibir.

Setelah terbongkar rahsia Klip Video itu,satu persatu-satu rahsia lama isteriku muncul.akibat terlalu tabsud
dek kerana cinta pertama.Ada yang mengirim pautan (link) friendster isteriku bersama bekas kekasihnya.
Aku menyakitkan hatiku sendiri kerana melayarinya.Perbagai foto romantis mereka berdua,walaupun tidak
menjolok mata tetapi jelas menampakkan keintiman mereka.Coretan cinta mereka begitu indah.Segala
janji mereka berkubur kerana pernikahku bersama isteriku.

Aku cuba menyiasat perkara sebenar.Kini baruku sedar keputusanku adalah suatu kesilapan besar.Aku memutuskan
dua jiwa yang bercinta.Dari mulut bekas teman leleki isteriku.Beliau seorang lelaki berusia diawal 40-an.Telah beristeri
dan mempunyai dua cahayamata.Beliau menjalinkan hubungan cinta bersama isteriku selama enam tahun.Oleh kerana
pihak family isteriku tidak bersetuju dengan pilihannya dan kebetulan familiku masuk meminang,lantas pinanganku diterima.
Penolakan mereka cuma kerana status suami orang dan pekerjaan lelaki itu tidak sehebat dengan isteriku.Kebetulan aku
juga seorang guru,maka pinanganku diterima.

Dari ceritanya,aku tahu dia masih masih lagi dalam frust.Enam tahun mereka bercinta.Pernah makan sepinggan dan tidur
sebantal.Aku percaya dengan ceritanya,walaupun mereka pernah merakamkan aksi seks mereka sewaktu bersama,tetapi
bukan dia yang menyiarkan Clip Video itu di INTERNET.Mungkin juga Video Clip itu dirakam oleh pihat Hotel yang pernah
mereka tumpangi sewaktu dahulu.Ada pihak yang meraihkan keuntungan dari dosa mereka.

Kini aku kian JIJIK dengan isteriku,setelah menyaksikan sendiri aksi isteriku disetubuhi oleh orang lain.Aku yakin tiada lelaki
yang boleh bersabar dalam situasi ini.Jujur aku katakan,aku sebenarnya tidak selesa bila mengetahui yang isteriku sudah
tidak suci lagi sejak dulu lagi.Anak yang lahir dari hasil pernikahan kami,hanya hasil nafsu seorang lelaki pada kaum wanita.
Kini aku tahu,yang isteriku juga tidak melayan aku sepertimana ia melayan bekas kekasihnya dulu.

Setelah mendapat pertunjuk,aku pun melafaskan talak pada isteriku.Aku terpaksa melakukannya demi untuk menjaga
hatiku sendiri.Aku tidak mahu dia tersiksa.Aku boleh mendapat layanan batin sekiranya aku berkahwin lain.Aku lelaki,aku ada
hak berkahwin empat.Sekiranya aku menurut nasihat jahat sebilangan rakanku,mereka melarang aku menceraikan isteriku.
Sebaliknya menikahi gadis yang lain dan menyiksa batin isteriku.Tetapi aku masih beragama,aku tidak mahu jadi dayus atau
jahat.Dendam dan marahku hanyalah KEMAAFAN.

Kepada semua ibubapa,sekiranya anak-anak gadis menolak perkahwinan atas pilihan mereka,cuba menyiasat kenapa?
Terima sahaja siapa pilihan anak-anak gadis kita sekiranya pihak lelaki itu jujur walaupun beliau telah beristeri.Jangan fikirkan
soal harta,pangkat dan darjat.Yakinlah rezeki itu datang dari Allah.Jadikan cerita untuk renungan kita bersama.Di zaman akhir,menurut Al-Quran
PEREMPUAN itu akan lebih ramai dari lelaki.Poligami itu kini adalah perkara yang perlu untuk mengelak zina.Poligami juga menghindar
pembuangan anak dimerata tempat.Terimalah poligami sebagai ketentuan dari ALLAH.

Kepada anak gadis-gadis yang kebanyakan menguasai IPTA dan IPTS,ingatlah pada ALLAH jangan melakukan zina.Jangan merakamkan
aksi lucah anda.Akibatnya seuatu hari nanti anda yang rugi.Pilihlah lelaki yang beriman dan jadikan diri anda beriman.Bila anda beriman,
anda akan mendapat lelaki beriman.Begitulah sebaliknya juga.

Kedapa wanita yang bergelar isteri,aku tahu yang poligami itu MADU YANG PAHIT.Sekiranya anda redha dan berkorban didunia,anda dijanjikan
PAYUNG SYURGA di akhirat.Terimalah kerana Allah.

Nasihat khas pada kaum lelaki,wanita itu anugerah Allah pada kita,so hargailah mereka.Wanita itu ibu,kakak,adik perempuan,anak dan guru kita.
Mereka perlukan khalifah,oleh itu didik mereka kejalan yang diredhai.Sekiranya anda berpoligami,tunaikan kewajipan anda dengan seadilnya.Yang paling
utama TANGGUNGJAWAB AGAMA.Jangan abaikan kasih sayang walaupun anda tidak mampu pada harta.Jangan menceritakan perihal isteri pertama
kepada isteri kedua,begitu juga sebaliknya.Pupukkan silatulrahim antara mereka dan jangan merahsiakan perkahwinan anda.Dekatkan diri anda kepada
Allah swt,tiada tempat yang terbaik untuk kita memohon pertolongan.

Kepada SAHABAT abghalim sila berikan komen andan.Aku dah bosan dengan cerita politik dan artis Malaysia.Banyak perkara baik yang perlu kita
bincangkan dari berdebat sesama sendiri.Kita mengaibkan MELAYU ISLAM hanya kerana perpezaan pendapat politik.Masyarakat Islam kini kian
kalut dengan gejala sosial.Apa guna dua juta pengundi muda sekiranya AKHLAK dan SAHSIAH diri yang rosak.IPTA DAN IPTS berlambak-lambak
melahirkan cerdik pandai tetapi sebilangan besar adalah gadis yang tiada dara dan teruna noda.

4 comments:

fuadah said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Itu cerita lama...penting sangatkah dara tu? Kan lebih baik teruskan perkahwinan itu demi anak. lagipun bukan salah isterimu, kalaupun dia bersalah itu kerana tiada/kurang didikan agama. Entahlah, sebenarnya aku pun alami situasi yang sama cuma bezanya tiada video klip. Kini aku berjaya mendidiknya menjadi insan yang berguna yang sentiasa mencari,mempelajari dan memohon keredhaan allah swt.Terpulanglah....

orangminyakz said...

saya bersetju dengan mrxxL.
ini seme ujian dari Allah utk anda.
Allah xkan turunkan ujian kpd seseorg hambaNya itu, kalau Dia mengetahui yg hambaNya itu tidak mampu menerimanya.
Allah cuba mengangkat martabat saudara ke tahap yg lebih tinggi,...dengan membimbing isteri dan anak2 saudara ke jalan yg diredhai.
Saudara sengaja menyakitkan hati sendiri dgn melayari blog bekas kekasihnya,...kenapa?....sudah pasti EGO menguasai diri..
ingatlah,...kita pon tidak sehebat mana utk mencari yg terhebat...
tidak ada satu manusia pon yg hebat kecuali rasulullah saw...
Allahuakbar...

Unknown said...

terima kasih

Cerita itu cuma rekaan aku...
kalau kebetulan...aku mohon ampun dan maaf....