Free counter and web stats

Tuesday, January 20, 2009

ADAPTASI CINTA UNTUK IBU…

ADAPTASI CINTA UNTUK IBU…

Ibu ,,,

Semasa diriku menghadapi kesukaran dalam hidup,,

kau banyak memberiku semangat..

Setiap pagi pabila aku keluar bekerja kau akan menyusur sehingga ke depan pintu..

Tanganmu ku cium sebelum aku melangkap pergi bekerja..

Meminta restu semoga perjalanan ku pergi dan balik dalam keadaan selamat..

Aku sangat menyayangi dirimu…

Ibu ,,

Kau sentiasa berada di muka pintu menunggu kepulanganku…

Bertanya itu dan ini,,,

Kau sanggup berlapar semata-mata ingin makan bersamaku,,,

Walaupun aku kekenyang,,,aku sanggup makan untuk tidak menghampakan dirimu,,

Kita akan selalu makan bersama-sama,,

Bercerita apa sahaja,,,

Aku sangat menyayangi dirimu…

Ibu,,,

Kita sering berkongsi pendapat dan pandangan,,

Berkongsi suka dan duka,,

Kau telah kuibaratkan seperti kawanku,,

Malah kau lebih dari segala-galanya..

Aku sangat menyayangi dirimu..

Ibu,,,

Dikala ku kesedihan,,,dirimu turun menangis bersama-sama ku,,,

Dikala ku menghadapi kesukaran dalam percintaan,,kau banyak memberiku nasihat..

Malah dikala ku bersedih dikamarku kau turut bersedih bersama,,,

Aku hampir putus harapan dalam hidup akibat percintaan,,

Kau banyak memberiku semangat dan nasihat untuk meneruskan hidup,,

Aku sangat menyayangi dirimu…

Ibu,,

Semasaku ingin menghadapi peperiksaan,,kau turun bersamaku..

Kita sama-sama melakukan solat hajat..

Aku amat menghargai apa yang telah kau lakukan,,,

Kau bersama-sama berjaga malam untuk diriku..

Aku sangat menyayangi dirimu…

Ibu,,,

Kau selalu berkata kepadaku…

Kau ingin melihatku berumah tangga sebelum kau memejamkan matamu,,

kau berkata,,,sebelum dirimu pergi,,ada orang untuk menjagaku,,,

Tetapi jodohku belum kesampaian,,

Maafkan anakmu ini ibu,,

Aku sangat menyayangi dirimu…

Ibu ,,

Aku tidak tahu apa akan jadi pada diri ku apabila kau tiada kelak,,

Semoga aku sempat membalas jasa dan pengorbananmu,,

Terima kasih ibu,, kerana telah bertarung nyawa untuk melahirkan diriku,,

Sehingga anakmu dapat melihat keindahan dunia ciptaan Allah ini,,

Aku sangat menyayangi dirimu…

Ibu,,

Sesungguhnya kau seorang yang tabah,,

Kau sanggup berlapar untuk memberikan anakmu sesuap nasi,,

Walaupun hanya ada segenggam beras untuk dijadikan makanan kami adik beradik,,

Kau sanggup biarkan anak-anakmu makan,,walaupun dirimu sendiri berlapar,,

Aku sungguh kagum dengan semangat yang ada pada dirimu,,

Aku sangat menyayangi dirimu…

Ibu,,

Sesungguhnya kesusahanmu tidak seorang pun yang tahu,,

Kau telan segala kesusahanmu sendiri,,

Terima kasih kerana menjadikan kami anak-anak yang berguna,,

Walaupun anak-anakmu tidak sepandai anak-anak orang lain,,

Tapi aku amat bersyukur kerana ikatan persaudaraan kami adik beradik sungguh kuat,,

Aku sangat menyayangi dirimu…

Ibu ,,,

Aku semakin risau dengan dirimu,,

Kau semakin kerap sakit,,,

Sempatkah aku membahagiakan dirimu,,

Ya Allah Ya Tuhanku,,kau panjangkan lah umur ibuku,,

Aku belum habis membalas jasa-jasamu,,

Aku belum puas bermanja denganmu,,

Aku sangat menyayangi dirimu…

Ibu,,

Akhir kata untuk ibu,,

Aku amat menyayangi dirimu lebih dari segalanya,,

Dan jutaan terima kasih kerana telah membesarkan kami,,

Sampai akhir hayat ini jasamu tidak mungkin mampu ku balas,,

Semoga kau sentiasa berada dalam keadaan sihat,,,

Amin,,


Wassalam…

NUKILAN AFIDAH SIDEK

0 comments: