Monday, April 6, 2009
UMNO OH UMNO
UMNO...dah 60 tahun berpolitik tetapi belum matang dalam wadah perjuangan Melayu.
Sering mengutamakan Melayu yang rata rata beragama Islam.Adakala Islam tercicir kebelakang.
Kenapa tidak diwajibkan semua ahli menutup aurat.Memang mereka berpakaian sopan akan tetapi ada yang jauh menyimpang dari tuntutan agama.
Kebanyakan isteri peminpin UMNO,lebih menteri dari suaminya.Cara berpakaian lebih Inggeris dari orang inggeris,Tak dinafikan cara berpakaian adalah hak peribadi tetapi sebagai peminpin Negara Islam Malaysia,mereka lebih arif dengan tuntutan agama.
UMNO sudah dilebelkan Parti Rasuah,kenapa orang besar UMNO tidak peka dengan kehendak rakyat.Umno perlu berubah jika ingin kekal menjadi Parti Pemerintah.Alangkah lucunya UMNO bila membuka pekung didada bila ada dikalangan Ahli yang disabit bersalah dengan rasuah tetapi menang bertanding.....?
Ini semua menampakkan yang Rasuah bermaharajalela didalam UMNO itu sendiri.Umno tidak sepatutnya mengumumkan nama-nama ahli yang terbabit dengan rasuah.Sebaliknya mengambil tindakan KERAS dalam diam dengan memaksa mereka yang terlibat membuat pengumuman menarik diri.......nampak lebih matang.
Tetapi UMNO menunjukkan kebodohan mereka,dengan harapan rakyat akan menyangka mereka TELUS tetapi sebaliknya rakyat lebih bijak menilai.Rakyat kini lebih bijak memilih peminpin kecuali perwakilan umno yang buta pada kebenaran bila wang jadi pertaruhan.
Taktik UMNO dengan menggunakan media massa untuk propaganda politik sudak muak kepada rakyat.Siaran berita TV bukan media utama pilihan rakyat sebaliknya menjadi KEBENCIAN rakyat pada Umno bertambah.Rakyat terasa diperbodohkan dengan cerita turun pada bila perlu jasa rakyat dan menghilang bila wang perlu dikejarkan.Cerita bakal wakil rakyat bersedekah wang plastik untuk membeli gula gula adalah startegi basi yang perlu diperbaharui.
Jangan baiki jalan yang telah baik tetapi pengisian kemajuan berterusan yang ditagih oleh rakyat.
Kemasukan TUN ke Umno bukan segala kekuatan tetapi menunjukkan sikap UMNO yang suka bermusuh sesama sendiri dan sukar berbincang untuk kepentiangan UMNO itu sendiri.TUN dan Pak Lah sepatutnya telah lama bergabung untuk memulihkan UMNO yang tenat.Akan tetapi TERAPI yang ditunggu terlalu panjang masa sehinggakan bisul menjadi barah.
UMNO ahlinya malu mengaku ahli UMNO kerana RASUAH.Umno perlu dikemaskini dengan suntikan atau dos dos yang berdaya saing disamping mendaulatkan AGAMA lebih dari bangsa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment