Free counter and web stats

Saturday, September 5, 2009

BROKER HANTU

Gambar hiasan Pemburu Hantu

Salam

Tentu lucu bila kita mendengar bidang kerja yang baru ini "Broker Hantu".
Ceritanya begini,semalam saya balik berbuka puasa di kampung (Lunas).Biasa la
selepas solat Terawih,saya berborak panjang sampai ke waktu soq (sahur).
Seorang rakan bercerita tentang kini telah wujud suatu jawatan baru iaitu Broker Hantu.
Depa ni kerja mencari sesiapa yang ingin atau sanggup membeli "hantu peliharaan".
Saya difahamkan nilai seekor "HANTU RAYA" antara RM10K .Hantu-hantu ini
sering digunakan dalam aktiviti "PERJUDIAN"
Dikhabarkan cerita pernah geng Broker ini membawa "kerak" (hantu) yang disewa di Siam untuk berlawan dengan Hantu Penjaga Genting Highland.Khabarnya hantu yang menjaga KASINO Genting Highland lebih hebat.

Untuk kaki ekor pula,mereka memerlukan 'hantu" untuk mengintip nombor ramalan dari
agensi MAGNUM,KUDA dan TOTO.Kekadang hantu ini berjaya mengintip tetapi selalunya tewas.Menurut cerita dari seorang rakan saya,ada penduduk kampung saya,pernah menang
judi ekor sehingga mencecah "JUTAAN RM".

Hari ini, sesudah soq,saya memikirkan rintitan cerita "broker Hantu" ini.Sebenarnya MELAYU ini terlalu HEBAT dalam PERNIAGAAN.Sehinggakan hantu yang suatu ketika dulu amat
ditakuti oleh MELAYU,kini jadi barang dagangan.

Melayu juga ingin mudah cepat kaya.Sanggup mengadaikan agama dan apa cara sekalipun.Bila masa PILIHANRAYA mereka pun memakai TOPENG POLITIK.Yang partinya cenderung kearah agama,mereka berbaju Melayu dan berkopiah putih ("ketayap").Yang cenderung pada bangsa dengan cara biasa.Maka dulunya semeja berjudi,kita berperang,kononnya berjihad demi agama.

Kampungku Sungai Seluang,tidakkah kita rindu pada kemasyarakatan dulu.Berbasikal menanggung
kayu balai dan khemah.Mendirikan "gedehoq" untuk memasak.Berbaris panjang sebagai mentara.Lupakan pada POLITIK KOTOR mereka.Mereka memecah belahkan masyarakat kita.
Dua GERGASI PARTI MELAYU BERSENGKETA,maka keakraban kita tergadai jua.

Rindu parit ban
tandop
parit tok aris
paya tok malik
paya selak
kunci estate
pintu air..................................

1 comments:

Kang nasir said...

salam halim.

aku benci dgn persengketaan ANTARABANGSA melayu.
adakah akan terjadi perang saudara sebagai mana dunia islam yg lain.
yg masing2 berbalah demi menguntungkan musuh2.
& ada yg sanggup menggadai maruah agama utk musuh.

maka dgn itu tak hairanlan ini adalah perkara2 remeh bagi mereka.

sekadar info
sila layari blog ini.

http://www.malaysiawaves.com/2009/07/harussani-ulama-yang-melacurkan-diri.html