Free counter and web stats

Friday, October 2, 2009

APTILSM II

APTILSM
Aku rindu
Untuk Mengucapkan Salam Hari Raya
Dengan Rasa Cinta
Menerima kad Raya
Dengan Rasa Bangga

APTILSM
Aku Rindu
Tangan ku cium
Menerima pemohonan maaf
Dalam kemanjaan
Keikhlasan terpancar

APTILSM
Aku Rindu
Berhari raya bersama
Bersolat bersama
Berpakaian Raya berbaju Melayu
Berbaju kurung sedondong

APTILSM
Aku Cuma Merindu
Pada yang mustahil
Pada yang tidak berlaku
Pada yang tidak mungkin lagi

APTILSM
Salam Hari Raya
Memohon Ampun
Memohon Maaf
Kerana Aku bersalah
Kerana Aku tidak tahu menilai diri

APTILSM
Salam Aku Pada Bonda
Salam Aku Pada Ayahanda
Salam Aku Pada Saudara Mara

APTILSM
Adakah Aku Rindu Sendirian...?

0 comments: