Adam...
maafkan ak jika coretan ini memanaskan hatimu. Sesungguhnya aku adalah Hawa, temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu.
Wahai Adamku...
Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan daripadamu, sentiasa mahu terpesong dari landasan, kerana aku buruan syaitan.
Adam...
Maha suci Allah mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu di akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusan-Nya. Jika bilangan kaummu mengatasi kaumku nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau-bilaulah suasana, Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa. Buktinya cukup nyata daripada peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya. Maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih daripada satu tapi tidak lebih daripada empat pada satu waktu.
Adam...
Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku. Tapi aku risau, gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu. Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu. Namun...terasa berat pula untukku menyatakan isi perkara.
Adam...
Marahkah kau jika aku katakan andainya Hawa terpesong, maka Adam yang patut tanggung! Mengapa? Mengapa begitu Adam? Adam, kau selalu berkata, Hawa memang degil, tidak mahu dengar kata, tidah mudah makan nasihat,kepala batu, pada hematku yang daif ini.
Adam..
Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmummu, aku adalah pengikut-pengikutmu kerana kau adalah ketua. Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, maka lalailah aku. Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu.
Akalmu sembilan, nafsumu satu. Aku....akalku satu, nafsuku beribu! Dari itu Adam...pimpinlah tanganku,kerana aku sering lupa, lalai dan alpa, sering aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya.
Adam..
Andainya kau masih lalai dan alpa dengan karenahmu sendiri, masih segan mengikut langkah para sahabat, masih gentar mencegah mungkar, maka kita tunggu dan lihatlah, dunia ini akan hancur apabila kaumku yang akan memerintah. Malulah engkau Adam, malulah engkau kepada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu yang engkau agungkan itu...
copywrite.....KUSHA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment