Free counter and web stats

Thursday, October 8, 2009

KENA FIKIR LAGI TAPI BERSANGKA BAIK

Menurut Harakahdaily 22 Julai 2004, Nik Aziz dimasukkan ke Hospital Pakar Perdana di Kota Bharu pada jam 6.30 pagi 22 Julai 2004, kerana sakit jantung dan kencing manis.

Apakah hikmah Allah dalam perkara ini. Wallahualam. Namun Kebetulan ini berlaku empat hari selepas beliau mengimamkan sembahyang hajat buat Anwar Ibrahim.
Mudah-mudahan beliau sembuh segera untuk terus mengimamkan sembahyang hajat seterusnya, kali ini mungkin untuk penyakit jantung dan kencing manisnya sendiri pula.


Nik Aziz Alami Serangan Jantung Akut - Doktor
KOTA BAHARU, 22 Julai (Bernama) -- Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengalami serangan jantung akut dan setakat ini belum diputuskan sama ada beliau memerlukan pembedahan segera, kata Pengarah Perubatan Hospital Pakar Perdana Datuk Dr Mahmood Awang Kechik.

Beliau berkata sekumpulan pakar sedang mengawasi Mursyidul Am PAS itu secara bergilir-gilir bagi memastikan beliau tidak menghadapi sebarang masalah.

Nik Aziz, 73, dimasukkan ke hospital itu pukul 6 Khamis pagi setelah mengadu sakit dada dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

"Berbanding ketika mula-mula dimasukkan ke hospital Khamis pagi, keadaannya Khamis petang adalah lebih baik dan menunjukkan perubahan positif," kata Dr Mahmood kepada pemberita di sini.

Beliau berkata pada satu ketika Nik Aziz yang sepanjang masa tidur kerana kesan ubat, turut mampu membuka mata dan "bercakap sedikit" sebelum berehat semula.

-- BERNAMA

Nik Aziz Di Masukkan Ke ICU
(Khamis, July 22, 2004 - Buletin Utama TV3)

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi, ICU Hospital Pakar Perdana, Kota Bharu, pagi tadi akibat diserang sakit jantung.

Menurut Timbalan Menteri Besar Kelantan, Ahmad Yaakob, Datuk Nik Aziz dikejarkan dengan ambulans ke hospital jam 6.30 pagi.

Keadaan beliau stabil sehingga selepas satu tiga puluh tengahari tadi, beliau dalam keadaan sedar sepanjang masa.

Beliau berkata, Mursyidul Am Pas itu mungkin kepenatan selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan di Pasir Putih semalam selain memenuhi program melawat kawasan perikanan Tok Bali.

Antara yang melawat Datuk Nik Aziz petang tadi, Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid .

Turut menziarahi, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mustapa Mohamed yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan.

Sementara itu, laporan Bernama menyebut, Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Kewangan Dan Pembangunan Masyarakat Kelantan, Husam Musa berkata, pemeriksaan awal pakar perubatan hospital itu mendapati Datuk Nik Aziz perlu menjalani pembedahan koronari dalam tempoh terdekat.

KOMEN
KENA FIKIR LAGI....TAKUT DARAH KAFIR DI AMBIL BAGI MENGANTIKAN DARAH YANG HILANG....

1 comments:

Unknown said...

Masalah jugak kalau dah lagu tu..