Free counter and web stats

Thursday, November 5, 2009

JAIS + MAZA = ?

Salam
            Dr Asri aka MAZA kini menjadi topik utama di Kedai Kopi Kampung.Ada yang beri komen tapi tak baca pun isi kandungan berita yang disiarkan.Sekadar membaca tajuk utama terus membuat ulasan bak sang ulama.Faham ka ajaran atau ilmu yang cuba di sampaikan oleh MAZA? Yang depa faham cuma JAIS ? Persoalan utama, siapa yang memberikan arahan tangkapan ? Samada dari pihak UMNO atau PKR ?
Persoalan yang perlu difikirkan oleh masyarakat, mampukah untuk bertukar mazhab ? Dari amalan WAHBI ? Rata-rata kita berpegang pada mazhab Syafie.Apa yang disampaikan oleh MAZA tidak salah. Yang salahnya kita yang tidak berilmu. JAIS pun tak salah. Cuma cara tangkapan yang di persoalkan.Tugas JAIS cuma ingin menyiasat   MAZA dan ILMU yang ingin disampaikan pada masyarakat.
           
             Mungkin JAIS berpendapat,apa yang cuba disampaikan oleh MAZA adalah perkara remeh.Mempersoalkan TALKIN,itu bukan perkara POKOK.Buat dan tak buat tak menjadi kesalahan.Cuba kita FOKUS perkara yang lebih PENTING dan BERAT.Ada banyak lagi yang belum selesai.Jangan terlalu BERFIKIRAN POLITIK dalam mengulaskan semua perkara.Lupakan POLITIK bila kita mencari ilmu.Kini MAZA dilepaskan, apa lagi yang kita nak riuh. Cuba tumpukan pada perkara POKOK.

            MAZA dan JAIS harap berdamai.Memaafkan adalah suatu yang terbaik dan terindah dalam bermasyarakat.Kalau perkara ini dibawa ke tengah.Yang menang pun cuma nama dan yang kalah sekadar nama TETAPI yang rosak adalah masyarakat.Nama baik agama ISLAM.Masyarakat bukan Islam keliru dengan KELEMBUTAN ISLAM.Melayu BARU segala galanya di POLITIKKAN.....
wallahuaklam.


--
Sila layari http://abghalim.blogspot.com/
Sekian Terima Kasih.
Salam
abghalim

2 comments:

Aku,Pasbuih Dan Siamang said...

salam.

Halim...kedai kopi kampung biasalah lbh2 lg kedai Hj seman...

Lebih banyak pembohong dari yang betoi...maaf na !!

wassallam

Aku,Pasbuih Dan Siamang said...

salam.......

Pi mana pula adik aku nei tak up date Blog? sibuk dengan kambing kot? atau kampung dilanda banjir...mustahil!!! mustahil kampung tak pernah banjir!!

Tak kan sibuk bergayaut...gurau saja jgn ambil hati...