Free counter and web stats

Thursday, May 13, 2010

BELI BARANG MALAYSIA


Kempen membeli barang buatan Malaysia kini kian hambar dan seakan membeku seketika.Kesedaran rakyat Malaysia membeli barang buatan tempatan adalah terlalu rendah.Mungkin kerana harga yang berbeza.Umpama barang yang diimport dari China,harganya jauh lebih murah berbanding dengan barangan tempatan.Ini kerana kos tenaga buruh di China terlalu murah dan sukar untuk kita tandingi.Akan tetapi barang buatan tempatan lebih berkualiti.Disamping tahap kesuciannya sukar ditandingi dengan barangan import.Lebih-lebih lagi Ternakan dan hasil tenusu di Malaysia.Walaupun ianya dipelihara oleh bukan muslim Malaysia tetapi puratanya mereka telah arif dengan kehendak masyaratkat muslim Malaysia.

KEMPEN BELI BARANGAN BUATAN TEMPATAN bukan hanya mengharap tindakan dari KERAJAAN.Pihak swasta dan pengguna sendiri haruslah memainkan peranan bagi menjayakan kempen beli buatan tempatan.Jika ditanya APAKAH SUMBANGAN KITA PADA NEGARA ? Maka inilah jawabnya,kami menggunakan barangan BUATAN MALAYSIA.

Membeli hasil ternakan keluaran tempatan dapat menjana ekonomi negara.Disamping itu pengguna dapat menikmati hasil yang dijamin kesuciannya .Secara tidak langsung membantu negara dari segi pertumbuhan ekonomi.Pengguna juga bertindak mengalakkan perkembangan INDUSTRI TERNAKAN di Malaysia.Bila pengeluran mengatasi permintaan,harga ternakan akan menjadi murah.

Apabila harga ternakan murah dan berlebihan stok,akan tiba masanya kita menjadi negara pengeksport.Nilai ekspot dapat menjana pertumbuhan ekonomi negara.Secara tidak langsung kita telah menjadi rakyat yang verjasa pada negara .Sumbangan kita cuma membeli barangan buatan MALAYSIA.

0 comments: