Free counter and web stats

Monday, April 6, 2009

AL QURAN DAH TERCEMAR......?




KALAU PERBUATAN DI ATAS TIDAK SALAH DI SISI ISLAM.....
LEPAS NI MAK BAPA KITA MATI,BOLEH AJAK DEPA BACA TAHLIL SAMA
MERAMAIKAN MAJLIS.....?

Gamak atau tidak ?

UMNO OH UMNO


UMNO...dah 60 tahun berpolitik tetapi belum matang dalam wadah perjuangan Melayu.
Sering mengutamakan Melayu yang rata rata beragama Islam.Adakala Islam tercicir kebelakang.
Kenapa tidak diwajibkan semua ahli menutup aurat.Memang mereka berpakaian sopan akan tetapi ada yang jauh menyimpang dari tuntutan agama.

Kebanyakan isteri peminpin UMNO,lebih menteri dari suaminya.Cara berpakaian lebih Inggeris dari orang inggeris,Tak dinafikan cara berpakaian adalah hak peribadi tetapi sebagai peminpin Negara Islam Malaysia,mereka lebih arif dengan tuntutan agama.

UMNO sudah dilebelkan Parti Rasuah,kenapa orang besar UMNO tidak peka dengan kehendak rakyat.Umno perlu berubah jika ingin kekal menjadi Parti Pemerintah.Alangkah lucunya UMNO bila membuka pekung didada bila ada dikalangan Ahli yang disabit bersalah dengan rasuah tetapi menang bertanding.....?

Ini semua menampakkan yang Rasuah bermaharajalela didalam UMNO itu sendiri.Umno tidak sepatutnya mengumumkan nama-nama ahli yang terbabit dengan rasuah.Sebaliknya mengambil tindakan KERAS dalam diam dengan memaksa mereka yang terlibat membuat pengumuman menarik diri.......nampak lebih matang.

Tetapi UMNO menunjukkan kebodohan mereka,dengan harapan rakyat akan menyangka mereka TELUS tetapi sebaliknya rakyat lebih bijak menilai.Rakyat kini lebih bijak memilih peminpin kecuali perwakilan umno yang buta pada kebenaran bila wang jadi pertaruhan.

Taktik UMNO dengan menggunakan media massa untuk propaganda politik sudak muak kepada rakyat.Siaran berita TV bukan media utama pilihan rakyat sebaliknya menjadi KEBENCIAN rakyat pada Umno bertambah.Rakyat terasa diperbodohkan dengan cerita turun pada bila perlu jasa rakyat dan menghilang bila wang perlu dikejarkan.Cerita bakal wakil rakyat bersedekah wang plastik untuk membeli gula gula adalah startegi basi yang perlu diperbaharui.
Jangan baiki jalan yang telah baik tetapi pengisian kemajuan berterusan yang ditagih oleh rakyat.

Kemasukan TUN ke Umno bukan segala kekuatan tetapi menunjukkan sikap UMNO yang suka bermusuh sesama sendiri dan sukar berbincang untuk kepentiangan UMNO itu sendiri.TUN dan Pak Lah sepatutnya telah lama bergabung untuk memulihkan UMNO yang tenat.Akan tetapi TERAPI yang ditunggu terlalu panjang masa sehinggakan bisul menjadi barah.

UMNO ahlinya malu mengaku ahli UMNO kerana RASUAH.Umno perlu dikemaskini dengan suntikan atau dos dos yang berdaya saing disamping mendaulatkan AGAMA lebih dari bangsa.

Friday, March 27, 2009

MELAYU


PAS DAN PKR menggambarkan mereka ALIM dan WARAK.Mereka seolah olah berbudi bahasa.Islam agama yang INDAH tapi apa yang digambarkan oleh PAS dan PKR seolah olah orang PKR dan PAS suka memaki hamun dan bercakap kasar .Mereka berani berhujah tetapi cuma mencari salah KERAJAAN.
Apa saja persoalan yang kita bincangkan,mereka bukan membetulkan keadaan tetapi hanya mencari salah orang.

Di Malaysia,pada keseluruhannya mereka tahu yang PAS mewakili Islam.Mereka memperjuangkan Islam.TETAPI apa yang di kesali disini sikap PKR dan PAS disini menggambarkan orang Islam :-

1.KASAR
2.SUKA MENCARI SALAH ORANG LAIN
3.TIDAK SUKA MENGAKU KESALAHAN SENDIRI
4.PANDAI BERHUJAH
5.SUKA MEMAKI HAMUN
6.CUMA PANDAI KRITIK TAPI TIADA CADANGAN
7.TABSUD PADA PARTI DAN PEMIMPIN
8.ORANG ISLAM SUKA BERGADUH
9.ORANG ISLAM SUKA REFOMASI
10.ORANG ISLAM SUKA JADI KULI
11.ORANG ISLAM TAKUT MENGAKU ASAL USUL KETURUNAN

Kita fikirkan sejenak.......Kita semua tahu dan arif benar tentang UMNO.
UMNO memang bersalah.Bagaimana kita nak membela nasib bangsa kita Melayu agar kekal menjadi tuan di Tanah Melayu.

Sejarah telah membuktikan dari 1511 sehingga 1957 hak Melayu telah dirampas.
Pada zaman British pula,Melayu dipinggirkan di kampung.India pula di bawa dari negara asal mereka untuk bekerja di ladang getah.Orang cina pula bekerja di Lombong Bijih.

Pada zaman komunis,penjajah membawa orang cina tinggal di bandar dan kampung baru du wujudkan.Tujuan british berbuat demikian bagi mengelakan orang cina menganggotai KOMUNIS.Orang cina mudah terpada dengan anasir komunis kerana latar belakang mereka sendiri.

Bila tinggal di Bandar mereka belajar berniaga dengan orang Inggeris.Mereka bersekolah Inggeris dan bercampur gaul dengan orang Inggeris.Sehingga kini mereka menguasai 80% perniagaan dan permis perniagaan di Malaysia.Di mana seluruh bandar-bandar di Malaysia,permis milik orang CINA.(adakah mereka mengaku mereka orang PKR atau PAS)

Orang Melayu pula,British biarkan mereka menjadi kayu,dikampung.Dan orang India pula di perhambakan di ladang getah.Walaupun mereka tinggal berhampiran hutan,tetapi jumlah yang terpengaruh dengan KOMUNIS sgt kurang.
British tahu kerana orang Mekayu sukar menerima fahaman Komunis yang bertentangan dengan Agama dan Adat.Bagi orang India mereka sangat berpegang kuat pada Hindu dan adat mereka.

1957 kita MERDEKA,benar kita pergi meminta KEMERDEKAAN bersama CINA dan INDIA,akan tetapi kita telah bersetuju menandatangi KONTRAK SOSIAL yang dipersetuju oleh BRITISH.Antara yang dipersetujui dalam KONTRAK SOSIAL adalah
1.RAJA MELAU
2.HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU

Kenapa CINA dan India bersetuju menandatangi KONTRAK SOSIAL?
1.Syarat kemerdekaan dari British
2.Mereka diberi kerakyatan
3.Mereka iktiraf bahawa mereka menumpang di TANAH MELAYU

Kenapa HAK MELAYU perlu di pertahankan?

Dari 1511 sehingga 1957,selama 446 tahun HAK MELAYU dirampas dan dijajah.
Kini kita baru menikmati cuma 51 tahun dan kita perlu pertahannya sekurang kurangnya 395 tahun lagi.TETAPI apakah kita rela tanah milik nenek moyang kita dijajah lagi?Kita sedia berkongsi TETAPI bukan menjadi hamba.

Sila komen
Sila hina melayu
Sila kata SALAH umno
Sila kata ini adalah AUTA

TETAPI jangan HIPOKRIT mengaku menjadi MELAYU.
Jangan bercakap telo atau dailet cina bila berbual dengan cina
Bercakap MELAYU walaupun dengan India,Bangal atau Indon
Mari Kita jadi diri kita MELAYU
Jangan menolak MELAYU kerana PARTI
Jangan menolak Melayu kerana dah terlalu ALIM

Tuesday, March 3, 2009

CERITA DARI GAZA

Daripada: Bazz
Subjek: Fw: Heart wrenching : some facts we do not know
Kepada:
Tarikh: Sabtu, 28 Februari, 2009, 12:12 PM




Salam,

Semalam Razali Awang, pemberita TV3 yg pergi ke Gaza baru-baru ni, datang ke my company tu share his experience. Persatuan Islam Pekerja yg anjurkan. Razali ni tiap kali dia bercerita, mesti tersekat2 sebab dia kata dia tak dpt lupakan pengalaman yg dia akan kenang smpai mati.
I ada things yg nak share yg buat I tak boleh tido mlm tadi:

Mesir
Razali kata ni Firaun modern. Nama je Islam tapi dah very secular. Sanggup kencing di dinding2 masjid.
Mesir sekat sempadan .....the only way ke Gaza . Makanan dan ubatan2 sume rosak kat sempadan Mesir-Gaza. Sempadan Gaza and Mesir is 14 km long. Kalau lah tak de sekatan, rakyat Palestine takkan kebuluran...
"Mesir lebih rela bersempadan dgn Israel drp bersempadan dengan Hamas!" " Apa punya manusia ni, kata Razali Awang.
Khutbah Jumaat di Mesir mengharamkan khutbah mengenai keganasan di Gaza . Razali btau rakyat Palestin yg dia interview, kat Malaysia tiap Jumaat kami bacakan Qunut Nazilah dan bersolat hajat demi kesejahteraan rakyat Palestine
Berapa banyak checkpoint dia kena lalui kat Mesir tapi dgn pertolongan Allah SWT lepas pulak..tapi perit nya..yg mintak rasuahcharge naik bas 500 meter is RM70!!!
Memang sekutu kuat Amerika and Israel .
(tak ingin hantar anak gi Al Azhar..lebih baik hantar ke negara Islam lain..UIA pun dah bagus!!!)

Gaza ( Palestine )
Terbahagi kepada 2 Hamas dan Fatah, Belah Fatah ada kasino!
Kata wartawan dari Belgium dan Itali, the best strawberry in the world comes from Gaza !
Imam Shafie lahir di sini (sebak pulak bila dengar yg ni).
Razali kata rakyat Palestine sgt berpegang teguh kpd ajaran Islam dan mazhab Shafie.
Org Palestine sgt baik dan friendly as compared to other Arabs esp yg kat Mesir tu..
Moyang Rasulullah SAW dikebumikan dia sini (lupa nama ...tapi dia mention Hashim.)
Beautiful country, iklim Mediterranean ..boleh kalahkan Los Angeles kalau tak kerana peperangan..

Hamas
Memang kalangan yg rela mati sebab mati syahid. Rela mati anytime. Bila bersalam perpisahan dengan Razali dia org ucap "Kalau anda dtg lagi ke sini, adakah kita akan bertemu lagi"like they know they can die anytime.
Tulang2 yg melekat kat dinding bangungan rosak, tak busuk walau dah berminggu!
Mayat tak reput langsung, bila kubur dibedil oleh Israel punyalah jahat manusia, kubur pun nak bedil konon tempat simpan senjata.
Hamas ada 25,000 org..tak de senjata canggih tapi yg mati hanya 100 lebih je!!
Hamas ni beroperasi di bawah tanah and they are everywhere. They operate in small groups.
Isteri kepada yg mati syahid, hanya ada satu misi, utk berperang dan mati syahid supaya dapat jumpa suami semula di syurga.
Bagi mereka, kanak2 yg mati berada di sisi Allah SWT.
Menurut seorang ibu yg anak nya mati syahid, hari ni sorang mati, esok lahir lagi seorang bayi..

Israel
Memang pengecut sebab tak berani perang one to one ngan Hamas. Kat darat hanya duduk dlm kereta kebal. Pastu serang ngan bom pintar, bom fosforus dari jarak jauh.
Dia org tau Hamas ada penembak tepat! So, depa takut nak turun dari kereta kebal.
Kereta kebal Israel musnahkan tanaman seperti anggur dan pokok zaitun sebab tanaman ni makan masa bertahun nak tumbuh balik. Biar rakyat Palestine kebulur dan tak de sumber pendapatan.
Semua resolusi PBB, satu pun Israel tak ikut!!! Ada back-up besar lah katakannn...

Rakyat Palestine
Sedih Razali tengok dia org rebus rumput sebab dah tak de makanan.
Kanak2 tiada cita-cita lain selain dari ingin menjadi pengebom berani mati kerana trauma melihat ahli keluarga dibunuh di depan mata sendiri!
Di hospital, pembedahan, jahit kulit ke apa ke terpaksa dibuat tanpa bius. Sebab ubat dah tak de..
Razali kata tak tahan dia tengok budak2 menjerit2 kesakitan bila kepala di jahit!
Dia jugak pergi sendiri ke dewan bedah yg telah dibedil dgn bom fosforus ..sebelum serangan ada few doctors sedang bedah pesakit .Razali kata tak de apa yg tinggal ..semua dah jadi abu!!! Ada la nampak serpihan tulang sikit2 here and there Fosforus ni dia hancurkan kulit dan tulang Nauzubillah.
Ada banyak lagi..but too long to write. Razali Awang memang volunteer nak pergi ke Gaza (agaknya sebab dia ni pun bujang lagi..hehe)...So, inilah yg diceritakan oleh beliau.
Satu lagi antara pembekal rifle ke Israel selain dari USA is negara jiran kita ni ha...yg paling dekat....SINGAPURA! So Razali kata kalau kita shopping kat sana mcm kita sokong Israel .
So friends, kita terus doa dan berdoa utk keselamatan saudara Islam kita di mana jua mereka berada....
Wasalam.

Thursday, February 26, 2009

Poligami: Pro-Barat Atau Islam?

Poligami: Pro-Barat Atau Islam?
TULISAN BEKAS MUFTI PERLIS, DR ASRI

Disiarkan pada Feb 22, 2009 dalam kategori Dakwah |
Saya mengambil masa yang panjang berfikir tentang tajuk poligami untuk ditulis di ruangan ini. Pasti lepas ini, mungkin ada wanita pembaca tulisan saya sejak sekian lama akan merajuk atau kurang senang. Pohon saya ingin menyentuh juga tajuk ini bagi berbicara dengan lojik feminis sekularis yang cuba menilai isu ini dengan mentaliti Barat.
Secara umumnya, masyarakat ‘Barat’ ini menganggap seseorang lelaki memiliki perempuan simpanan atau ‘mistress’ adalah perkara biasa. Bahkan menjadi trend di Barat ini untuk pasangan hidup bagaikan suami isteri tanpa perkahwinan yang diiktiraf. Bertukar-tukar atau menambah bilangan ‘mistress’ bukanlah satu keganjilan.
Namun pemikiran dan undang-undang mereka tidak menerima seseorang lelaki memiliki lebih dari satu isteri atau berpoligami. Poligami bagi mereka mempunyai unsur penghinaan terhadap wanita, atau unsur kerakusan nafsu lelaki. Sementara perempuan simpanan atau seks dengan wanita tanpa perkahwinan bukan satu penghinaan atau kerakusan nafsu.
Eksploitasi setiap inci alur tubuh wanita dalam media mereka juga adalah bagi mereka lambang kebebasan dan kemerdekaan wanita. Adapun wanita muslimah yang menutup auratnya dengan rela adalah lambang kezaliman atau penghalangan hak wanita.
Malang sekali, aliran ‘liberal melulu’ yang menghantui sesetengah pihak, termasuk di negara kita yang menonjolkan diri sebagai pejuang hak wanita, menelan cara fikir Barat ini lalu menjadikan isu poligami dan menutup aurat sebagai sasaran.
Berbalik kepada isu poligami, perkara yang selalu dibangkitkan adalah bahawa ia menafikan hak wanita atau merendahkan wanita. Padahal beza antara seorang isteri kedua, atau ketiga, atau keempat dengan seorang wanita simpanan begitu besar.
Selain dari soal haram dan halal yang dilihat pada neraca agama, seorang yang berstatus isteri mempunyai hak ke atas suaminya; hak nafkah, hak keturunan anak, hak keadilan pembahagian hari dan harta, hak dihormati dan disayangi, hak untuk tidak dipersiakan apabila jemu dan berbagai lagi.
Sementara seorang ‘mistress’ yang ‘dijamah’ dalam senyap atau terang, boleh ditinggalkan tanpa pesan apabila jemu dan diratah apabila bernafsu, tiada apa hak yang boleh dituntut atas kekudusan perkahwinan.
Mereka memandang sinis kepada poligami tapi menganggap fonomena biasa bagi perempuan simpanan. Poligami bagi mereka membawa ketidakadilan antara wanita. Mereka patut ditanya; apakah memiliki perempuan simpanan itu adil bagi wanita? Begitu juga, apakah hidup ‘berumahtangga’ tanpa kahwin itu penghormatan bagi wanita?
Ramai masyarakat Barat ini menyangka bahawa hanya Islam sahaja yang mengizinkan poligami. Padahal asalnya, seseorang lelaki Kristian diizinkan berkahwin sebanyak mana bilangan isteri yang dia suka, kerana Bible tidak menghadkan bilangan isteri. Hanya beberapa kurun kebalakangan ini gereja menghadkan bilangan isteri kepada satu.
Poligami juga diizinkan dalam Yahudi. Ini berdasarkan undang-undang Talmud, di mana Nabi Ibrahim isterinya tiga, Nabi Sulaiman isterinya seratus. Perlaksanaan poligami berterusan dalam Yahudi sehinggalah Rabai Gersom Ben Yehudah (960-1030M) mengeluarkan perintah menentangnya. Namun masyarakat Yahudi Sephardic yang hidup di kalangan umat Islam terus mengamalkannya sehingga tahun 1950. Namun di Barat, trend hidup pragmatik yang mereka cipta menggantikan agama.
Islam apabila membenarkan poligami, seperti biasa menetapkan dalam setiap perkara peraturan dan disiplinnya. Soal berlaku baik dan adil kepada isteri, bukan sahaja diwajibkan untuk mereka yang berpoligami, bahkan kepada sesiapa yang bermonogami juga wajib melakukan kebaikan dan keadilan kepada isterinya.
Jika ada kecuaian mereka yang berpoligami bukan bererti poligami itu buruk, tetapi sikap pelaksananya itu yang salah. Betapa banyak mereka yang monogami yang menzalimi isteri, tidak bertanggungjawab terhadap keluarga dan berbagai lagi. Apakah kerana tindakan salah mereka itu, maka monogami juga patut dilarang? Inilah mentaliti kelompok liberal yang tidak terurus pemikiran mereka.
Ramai isteri yang menghantar email kepada saya bahawa mereka tidak dapat terima suami mereka berpoligami. Ya, itu adalah perasaan yang dikongsi oleh kebanyakan wanita. Apatahlagi jika suami mereka itu tidak menunaikan tanggungjawab yang baik selama belum berpoligami pun.
Apabila Allah dan rasulNya mengizinkan poligami, pasti ia mempunyai hikmah yang tersendiri. Poligami adalah ubat yang dimakan di waktu perlu dan jangan memakannya jika anda tidak memerlukan. Poligami dalam sejarahnya, menyelamatkan wanita-wanita yang kehilangan suami seperti isteri tentera yang terkorban kerana umat. Mungkin mereka masih muda dan perlukan perlindungan... Jika diharapkan orang bujang, biasanya mereka mencari pasangan dara. Siapa yang akan mengambil tanggungjawab ini? Biasanya lelaki yang stabil dan matang mampu mengendalikan mereka. Mereka ini kebanyakan sudah berkahwin.
Saya lihat dalam negara kita, poligami dapat membantu wanita yang baru menganut Islam yang kadang-kala tiada orang bujang yang dapat menjaga mereka dengan baik.
Wanita sama seperti lelaki terdedah kepada sakit dan ketidakmampuan seks. Jika suami tidak mampu dari segi seks, isteri boleh menuntut dipisahkan perkahwinan. Jika isteri tidak bermampuan dari segi seks, amat tidak wajar wanita yang lemah dan sakit ditinggalkan begitu. Namun, dalam masa yang sama naluri suami juga hendaklah diraikan. Poligami boleh menyelesaikannya.
Begitu juga jika isteri tidak mampu melahirkan zuriat, apakah patut suami menceraikannya? Poligami sebagai penyelesaian keinginan kepada zuriat keturunan. Maka apabila Islam membenarkan poligami, ia adalah ubat.
Barangkali juga ada isteri yang tidak terdaya melayan kehendak suami yang ‘tinggi’ dalam seks. Poligami juga jalan keluar dari beban ini. Kadang-kala ada lelaki yang berwibawa yang memampukan dia memiliki lebih dari seorang isteri yang diberi keadilan yang rata.
Maka dalam sejarah Islam, poligami tokoh-tokoh telah membuahkan kebaikan ilmu, keluasan keluarga dan keturunan. Berbagai lagi hikmah poligami yang boleh disenarai panjang. Malang sekali, apabila golongan Pro-Barat atau ‘Islam-Liberal’ ini menyatakan tujuan mereka menentang pologami itu kerana hendak membela wanita, apakah pada mereka selain isteri pertama itu bukan wanita? Wanita itu, bukan isteri pertama sahaja, tetapi setiap yang berjantina wanita termasuk yang akan menjadi isteri kedua dan seterusnya. Perasaan dan kehendak mereka juga adalah tuntutan dan hak wanita yang perlu dihormati.
Pernah saya sebutkan bahawa kadang-kala hukum-hakam Islam boleh diumpamakan sebuah kedai yang menyediakan berbagai jenis ubat untuk semua jenis penyakit. Jangan kerana ada ubat yang dijual itu tidak bersesuaian dengan penyakit kita maka kita menganggap ubat tersebut mesti dihapuskan. Poligami adalah salah satu ubat bagi penyakit yang bersesuaian dengannya. Menghalang zina dan membantu wanita. Bagi yang tidak memerlukan ubat ini dia tidak disuruh meminumnya.
Poligami juga adalah jalan keluar kepada kehendak cinta di luar kawalan. Di zaman ini, untuk seseorang lelaki mendapatkan wanita secara haram, amatlah mudah. Namun jika ada lelaki yang ingin berkahwin sekalipun atas poligami yang membawanya menanggung berbagai risiko, saya rasa dia patut dihormati dan ada nilai tanggungjawab terhadap wanita.
Cuma malangnya, poligami ini jika digunakan oleh lelaki yang tidak bertanggungjawab sehingga mencemarkan institusi berkenaan. Apatahlagi golongan anti poligami ini hanya menonjolkan contoh-contoh buruk poligami dan melupai contoh-contoh baik yang banyak. Lelaki-lelaki yang baik dan berkemampuan patut tampil membawa contoh yang baik dalam perlaksanaan poligami. Sementara yang tidak berkemampuan dan ‘lemah’ kewibawaannya untuk adil, maka janganlah memakan ubat yang tidak diperuntukkan untuk anda.

Sunday, February 8, 2009

Datuk Dr Fadzilah Kamsah:63 Petua Rumah Tangga



Tanpa sebuah persefahaman, tidak mungkin istana yang dibina menemui kebahagiaan sebagaimana diharapkan.Biar berjuta halangan merentangi namun jika tersurat kasih dan sayang dua insan berkenaan, pasti ia menemukan ketulusan yang abadi.Dalam melayari rumah tangga berdua, pasti banyak onak terpaksa dilalui. Hanya mereka yang kuat, tabah dan mampu mendepani segalanya bakal menjulang kebahagiaan.Perunding motivasi dan keluarga, Datuk Dr Fadzilah Kamsah memberi 63 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan suami isteri yang melayari rumah tangga.

1. Doa yang berterusan.

2. Patuh ajaran agama.

3. Murah dengan pujian.

4. Murah dengan khidmat.

5. Murah dengan belaian kasih sayang.

6.. Murah dengan sentuhan.

7. Mencari kebaikan pasangan.

8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.

9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.

10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.

11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.

12. Berfikiran terbuka - boleh tegur menegur.

13. Berani mengambil risiko emosi - tegur/perubahan/berpisah sementara.

14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.

15. Tolak-ansur.

16. Menghormati dan mengambil kira ‘gerak batin’ (intuition) perempuan.

17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.

18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.

19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.

20. Sanggup berkorban buat pasangan.

21. Menghormati pasangan.

22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.

23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.

24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.

25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.

26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.

27. Meletakkan hak kepada pasangan.

28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.

29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.

30. Mengawal marah. Buat perjanjian.

31. Mencari penyelesaian dalam situasi ‘menang-menang’.

32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.

33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.

34. Memahami peranan ‘pasangan’.

35. Hubungan perasaan sesama pasangan.

36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.

37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.

38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.

39. Tujuh kali puji dan satu teguran.

40. Sebut ‘I love you’ sepanjang masa.

41. Banyakkan bergurau dan bermesra.

42. Sentiasa berterus terang.

43. Beri masa untuk perubahan berlaku - sabar.

44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.

45. Elakkan salah pasangan.

46. Cari titik pertemuan.

47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.

48. Lebih banyak memberi daripada menerima.

49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.

50. Sentiasa bersemangat - bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.

51. Seimbangkan hubungan dari segi:(a) Mental, pendidikan dan ilmu(b) Emosi(c) Fizikal dan ekonomi(d) Sosial(e) Spiritual

52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).

53. Tidak terlalu mengongkong.

54. Tidak bertindak bersendirian.

55. Memberi peluang untuk berbeza:(a) Pendapat atau pandangan(b) Hobi(c) Kegemaran(d) Makanan(e) Cita rasa(f) Warna pilihan dan pelbagai

56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.

57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.

58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).

59. Tidak meminta yang bukan-bukan.

60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.

61. Mencari kelainan dan perubahan positif.

62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.

63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t.
Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan.Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan.Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan.Kita tidak tahu.Tetapi jika kita cuba jadi sahabat sepertinya,mungkin kita akan tahu.

Tuesday, February 3, 2009

TESCO

Tesco" adalah singkatan kepada Tessa Cohen, isteri kepada jutawan yahudi U.K. yang memiliki hypermarket tersebut. jutawan ini amat kuat menyokong zionist nazi yahudi israel melalui kekayaan beliau. setiap RM yg kita beli di Tesco umpama satu peluru yg kita sumbangkan kepada israel utk membunuh saudara2 islam kita di palestin. tolong sampai2kan kepada saudara2 serta kawan2 semua.. mungkin ini saja jihad yg kita mampu buat setakat ini.. insyaAllah .. janji Allah sekecil2 amalan pun xkan terlepas dari pandangan-Nya.. wallahualam

Thursday, January 22, 2009

YAHUDI VS ISLAM

Dengan sendirinya ia menyatakannya secara jelas kecuali kita gagal ‘mendengarnya’.

Sebahagian isi diambil daripada ucapan Hafez A.B Mohamed, Pengarah Umum Al-Baraka Bank, Afrika Selatan.

Demografi

Populasi Yahudi Di Seluruh Dunia
• 7 juta di Amerika
• 5 juta di Asia
• 2 juta di eropah
• 0.1 juta di Afrika
Keseluruhan = 14.1 juta

Populasi Muslim Di Seluruh Dunia
• 1,000 juta di Asia
• 400 juta di Afrika
• 44 juta di Eropah
• 6 juta di Amerika
Keseluruhan = 1,500 juta

• Setiap 5 populasi manusia di muka bumi bermakna terdapat seorang Muslim (20%)
• Setiap orang Hindu Terdapat dua Muslim (1:2)
• Setiap orang Buddha Terdapat dua Muslim (1:2)
• Setiap orang Yahudi Terdapat 107 Muslim (1:107)
• 14 Juta Yahudi lebih berkuasa daripada keseluruhan 1,500 juta Muslim.
Mengapa?
Berikut adalah beberapa sebab

Sejarah Pendatang Yahudi
• Albert Einstein - Yahudi
• Sigmund Freud - Yahudi
• Karl Marx - Yahudi
• Paul Samuelson - Yahudi
• Milton Friedman - Yahudi

Penemuan Perubatan
• Vaccinating Needle - Benjamin Ruben - Yahudi
• Polio Vaccine - Jonas Salk - Yahudi
• Leukaemeia Drug - Gertrude elion - Yahudi
• Hepatitis B - Baruch Blumberg - Yahudi
• Syphilis Drug - Paul Ehrlich - Yahudi
• Neuro Muscular - Elie Metchnikoff - Yahudi
• Endocrinology - Andrew Schally - Yahudi
• Cognitive Therapy - Aaron Beck - Yahudi
• Contraceptive Pill - Gregory Pincus - Yahudi
• Understanding Of Human eye - G. Wald - Yahudi
• Embryology - Stanley Cohen - Yahudi
• Kidney Dialysis - Wilem Kloffcame - Yahudi

Pemenang Hadiah Nobel
Sejak 105 tahun lepas, 14 juta Yahudi telah memenangi 180 hadiah Nobel manakala 1,500 juta Muslim hanya menang 3 Anugerah Nobel yang kesemuanya warga Mesir.

Inovasi Yang Mengubah Sejarah
• Micro-Processing Chip - Stanley Mezor - Yahudi
• Nuclear Chain Reactor - Leo Sziland - Yahudi
• Optical Fibre Cable - Peter Schultz - Yahudi
• Traffic Lights - Charles Adler - Yahudi
• Stainless Steel - Benno Strauss - Yahudi
• Sound Movies - Isador Kisee - Yahudi
• Telephone Microphone - Emile Berliner - Yahudi
• Video Tape Recorder - Charles Ginsburg - Yahudi

Bisnes Global Berpengaruh
• Polo - Ralph Lauren - Yahudi
• Coca Cola - Yahudi
• Levi’s Jeans - Levi Strauss - Yahudi
• Starbuck’s - Howard Schultz - Yahudi
• Google - Sergey Brin - Yahudi
• Dell Computers - Michael Dell - Yahudi
• Oracle - Larry Ellison - Yahudi
• DKNY - Donna Karan - Yahudi
• Baskin & Robbins - Irv Robbins - Yahudi
• Dunkin Donuts - Bill Rosenberg - Yahudi

Ahli Politik / Intelek Berpengaruh
• Henry Kissinger -US Sec of State - Yahudi
• Richard Levin - President Of Yale University - Yahudi
• Alan Greenspan - US Federal Reserve - Yahudi
• Joseph Lieberman - - Yahudi
• Madeline Albright -US Sec Of State - Yahudi
• Casper Weinberger - US Sec of Defense - Yahudi
• Maxim Litvinov - USSR Foreign Minister - Yahudi
• David Marshal - Singapore Chief Minister - Yahudi
• Isaacs Isaacs - Gov-gen Australia - Yahudi
• Benjamin Disraeli - British Stateman - Yahudi
• Yevgeny Primakov - Russian PM - Yahudi
• Barry Goldwater - US Politician - Yahudi
• Jorge Sampaio - Portugal President - Yahudi
• Herb Gray - Canadian Deputy PM - Yahudi
• Pierre Mendes - French PM - Yahudi
• Michael Howard - British Home Sec. - Yahudi
• Bruno Kriesky - Austrian Chancellor - Yahudi
• Robert Rubin - US Sec of Treasury - Yahudi

Media Global Berpengaruh
• Wolf Blitzer - CNN - Yahudi
• Barbara Walters - ABC News - Yahudi
• Eugene Meyer - Washington Post - Yahudi
• Henry Grunwald - Time Magazine - Yahudi
• Katherine Graham - Washington Post - Yahudi
• Joseph Lelyeld - New York Times - Yahudi
• Max Frankel - New York Times - Yahudi

Philanthropists Global
• George Soros - Yahudi
• Walter Annenberg - Yahudi


Mengapa Mereka Sangat Berkuasa?

Jadi mengapa Muslim tidak berkuasa? Di sini ada beberapa sebab. Kita sudah ketinggalan dari segi kapasiti menghasilkan ilmu.

• Di seluruh Negara Islam (57 Negara) terdapat hanya lebih kurang 500 Universiti.
• Di US sahaja terdapat 5,758 Universiti.
• Di India sahaja terdapat 8,407 Universiti.
• Hanya ada beberapa Universiti dari Negara Islam yang mendapat Ranking 500 Universiti Terbaik Dunia.
• Literasi di Negara Kristian - 90%
• Literasi di Negara Islam - 40%
• 15 negara Majoriti Kristian mencatatkan Literasi 100%
• Tiada Negara Majoriti Muslim mencatatkan Literasi 100%
• 98% di Negara Majoriti Kristian berjaya melengkapkan pengajian di Sekolah Rendah.
• Hanya 50% di Negara Islam berjaya melengkapkan pengajian di Sekolah Rendah.
• 40% di Negara Majoriti Kristian Mendapat pendidikan Universiti.
• Di kalangan Muslim terdapat 230 Saintis per sejuta Muslim.
• Di US terdapat 5000 Saintis per Sejuta.
• Di Dunia Kristian terdapat 1000 Juruteknik per sejuta.
• Di seluruh Arab Hanya Terdapat 50 Juruteknik per sejuta.
• Negara Islam membelanjakan 0.2% untuk penyelidikan dan pembangunan daripada Keluaran Negara Kasar.
• Negara Kristian Membelanjakan 5% daripada Keluaran Negara Kasar untuk Penyelidikan dan Pembangunan.


Kesimpulan 1
Muslim kekurangan kapasiti untuk menjana ilmu pengetahuan. Jalan lain untuk menguji darjah pengetahuan ialah darjah menyebarkan pengetahuan.
• Pakistan Mempunyai 23 pembaca Akhbar Harian per 1,000 rakyatnya
• Singapore mempunyai 460 pembaca Akhbar Harian per 1,000 rakyatnya
• Di UK 2,000 tajuk buku per sejuta
• Di Mesir Hanya 17 tajuk buku per sejuta.


Kesimpulan 2
• Muslim gagal menyebarkan ilmu pengetahuan.
• Mengaplikasikan ilmu pengetahuan merupakan satu lagi Ujian
• Eksport produk berteknologi tinggi dari Pakistan ialah hanya 0.9% daripada keseluruhan eksport dan Arab Saudi 0.2% manakala Kuwait, Maghribi dan Algeria 0.3% sedangkan Singapore sahaja 68%.


Kesimpulan 3
• Muslim gagal mengaolikasikan ilmu pengetahuan.
• Apa Yang Perlu Disimpulakan?
• Tidak perlu dinyatakan kerana statistik dan Fakta di atas dengan jelas menyatakannya kecuali kita gagal mendengarnya.


Nasihat Saya
Sama-samalah memberi pendidikan kepada diri sendiri rakan, saudara jauh dan dekat serta anak-anak dan menggalakkan pendidikan. jangan berkompromi dalam soal ini dan jangan biarkan anak anda daripada tidak mendapat bimbingan dan galakan dalam pendidikan (dan tolong jangan gunakan kabel (networking), rakan untuk menaikkan anak anda dalam pendidikan demi kebaikan anak anda. Jika mereka gagal biarkan mereka belajar bagaimana untuk lulus. Jika mereka gagal lakukan sekarang, mereka akan dapat lakukannya nanti)

Kita adalah Populasi terbesar dunia dan terkuat dan apa yang perlu kita lakukan ialah mengenalpasti dan menerokai kekuatan kita. Kejayaan kita adalah ilmu Pengetahuan kita, kreativii kita, literasi kita dan tiada yang lain.

Tolonglah Wahai Muslim. Bangunlah… Masih tidak terlalu lambat.


Nota:
Kerana Membudayakan Ilmulah Kaum Yahudi berjaya menakluki dunia. Sayangnya kita kini termasuk diri saya sendiri amat leka terhadap hiburan dan lain-lain hingga Yahudi bermaharajalela di dunia ini. Krisis Gaza menyaksikan sehingga kini lebih 1,200 rakyat Palestin dibunuh.
Marilah kita sama-sama membudayakan ilmu sesuai dengan Ayat Pertama Al-Quran, “Iqra’” yakni bacalah yang memberi interprestasi kepada pembudayaan ilmu. Ilmu Suluh Kehidupan!

BIJAKSANA TV3

Tuesday, January 20, 2009

ADAPTASI CINTA UNTUK IBU…

ADAPTASI CINTA UNTUK IBU…

Ibu ,,,

Semasa diriku menghadapi kesukaran dalam hidup,,

kau banyak memberiku semangat..

Setiap pagi pabila aku keluar bekerja kau akan menyusur sehingga ke depan pintu..

Tanganmu ku cium sebelum aku melangkap pergi bekerja..

Meminta restu semoga perjalanan ku pergi dan balik dalam keadaan selamat..

Aku sangat menyayangi dirimu…

Ibu ,,

Kau sentiasa berada di muka pintu menunggu kepulanganku…

Bertanya itu dan ini,,,

Kau sanggup berlapar semata-mata ingin makan bersamaku,,,

Walaupun aku kekenyang,,,aku sanggup makan untuk tidak menghampakan dirimu,,

Kita akan selalu makan bersama-sama,,

Bercerita apa sahaja,,,

Aku sangat menyayangi dirimu…

Ibu,,,

Kita sering berkongsi pendapat dan pandangan,,

Berkongsi suka dan duka,,

Kau telah kuibaratkan seperti kawanku,,

Malah kau lebih dari segala-galanya..

Aku sangat menyayangi dirimu..

Ibu,,,

Dikala ku kesedihan,,,dirimu turun menangis bersama-sama ku,,,

Dikala ku menghadapi kesukaran dalam percintaan,,kau banyak memberiku nasihat..

Malah dikala ku bersedih dikamarku kau turut bersedih bersama,,,

Aku hampir putus harapan dalam hidup akibat percintaan,,

Kau banyak memberiku semangat dan nasihat untuk meneruskan hidup,,

Aku sangat menyayangi dirimu…

Ibu,,

Semasaku ingin menghadapi peperiksaan,,kau turun bersamaku..

Kita sama-sama melakukan solat hajat..

Aku amat menghargai apa yang telah kau lakukan,,,

Kau bersama-sama berjaga malam untuk diriku..

Aku sangat menyayangi dirimu…

Ibu,,,

Kau selalu berkata kepadaku…

Kau ingin melihatku berumah tangga sebelum kau memejamkan matamu,,

kau berkata,,,sebelum dirimu pergi,,ada orang untuk menjagaku,,,

Tetapi jodohku belum kesampaian,,

Maafkan anakmu ini ibu,,

Aku sangat menyayangi dirimu…

Ibu ,,

Aku tidak tahu apa akan jadi pada diri ku apabila kau tiada kelak,,

Semoga aku sempat membalas jasa dan pengorbananmu,,

Terima kasih ibu,, kerana telah bertarung nyawa untuk melahirkan diriku,,

Sehingga anakmu dapat melihat keindahan dunia ciptaan Allah ini,,

Aku sangat menyayangi dirimu…

Ibu,,

Sesungguhnya kau seorang yang tabah,,

Kau sanggup berlapar untuk memberikan anakmu sesuap nasi,,

Walaupun hanya ada segenggam beras untuk dijadikan makanan kami adik beradik,,

Kau sanggup biarkan anak-anakmu makan,,walaupun dirimu sendiri berlapar,,

Aku sungguh kagum dengan semangat yang ada pada dirimu,,

Aku sangat menyayangi dirimu…

Ibu,,

Sesungguhnya kesusahanmu tidak seorang pun yang tahu,,

Kau telan segala kesusahanmu sendiri,,

Terima kasih kerana menjadikan kami anak-anak yang berguna,,

Walaupun anak-anakmu tidak sepandai anak-anak orang lain,,

Tapi aku amat bersyukur kerana ikatan persaudaraan kami adik beradik sungguh kuat,,

Aku sangat menyayangi dirimu…

Ibu ,,,

Aku semakin risau dengan dirimu,,

Kau semakin kerap sakit,,,

Sempatkah aku membahagiakan dirimu,,

Ya Allah Ya Tuhanku,,kau panjangkan lah umur ibuku,,

Aku belum habis membalas jasa-jasamu,,

Aku belum puas bermanja denganmu,,

Aku sangat menyayangi dirimu…

Ibu,,

Akhir kata untuk ibu,,

Aku amat menyayangi dirimu lebih dari segalanya,,

Dan jutaan terima kasih kerana telah membesarkan kami,,

Sampai akhir hayat ini jasamu tidak mungkin mampu ku balas,,

Semoga kau sentiasa berada dalam keadaan sihat,,,

Amin,,


Wassalam…

NUKILAN AFIDAH SIDEK