Wednesday, August 12, 2009
Sumpah Saiful VS Resit Arak
VS
Sumpah Saiful VS Resit Arak
Salam
Apa bezanya sumpah Saiful dengan Resit Arak Umno?
Saiful bersumpah A-Quran mendakwa dia diliwat oleh DSAI.
Resit Arak ini didakwa milik UMNO.
Bezanya satu dari UMNO dan satu lagi dari PR.
Puak dari UMNO dan BN percaya sumpah Saiful benar,Jujur dan Ikhlas.Dilakukan didalam masjid
bersama beberapa saksi.Puak dari PR pula menuduh itu adalah FITNAH.Siapa sahaja boleh bersumpah
kerana tiada ada kesan fizikal yang nampak ketara terjadi selepas sumpahan itu.Cuma yang tahu
kebenarannya hanya Allah.Juga antara Saiful dan DSAI.Kita kalau dipihak Saiful men-iyaka sumpahan itu.
Kalau kita dipihak DSAI pula mati hidup balik pun tak percaya.Kata-kata nakal dari rakan cina saya
"aiya itu sumpah kul-an pun talak jadi apa apa ka?"
Siapa yang merendah dan mempermainkan Al-Quran.Apakah zaman sekarang sumpah Al-Quran tidak releven lagi?
Dua pihak ulama bercanggah pendapat?Kita umat Islam kian keliru?Nak ikut UMNO atau PR?
Siapa yang akan menjadi orang tengah bagi meleraikan kekusutan ini?Apakah kita akan terus bercakaran
sampai hari Akhirat?
Resit Arak UMNO pula,puak UMNO berpendapat itu fitnah dari PR.Guna kecanggihan komputer untuk meng EDIT
resit asal.Puak PR pula mendakwa resit itu sah milik UMNO.Kalau nak tahu kebenarannya sila telefon nombor
yang tertera di resit itu.Pihak UMNO boleh membuat laporan POLIS.
Logiknya kalaulah arak itu dibeli oleh UMNO,ini menunjukkan betapa BODOHNYA UMNO,dimusim pilihanraya
membeli arak dan minum di markas UMNO.Seolah olah menjerat diri sendiri.
Kalaulah resit itu suatu penipuan,kenapa resit itu berani disiarkan didalam blog tersebut.Oleh kerana
pemilik blog itu,yakin pada kebenaran yang diperolehi.Kalau ditangkap dan dijatuhkan hukuman,ada pihak
yang akan membela dan mendakwa kezaliman sistem kehakiman.
Kita yang ingin mencari kebenaran akan bertambah keliru,dik kerana kerakusan dua puak yang ingin berkuasa,
sehinggakan mereka terlupa pada Yang Maha Kuasa.
Kesimpulan dari dua permasalahan menunjukkan bahawa POLITIK hanyalah pada mereka ingin mengejar KEKUASAN.
BN ingin mempertahankan KEKUASAAN yang lebih 50 tahun dikuasai.Pihak PR cuba mengatasi dan merampas kekuasan
yang kini dimiliki oleh BN.Siapa yang berpengaruh pasti akan MENANG.Kejujuran bukan pakaian orang politik.
Siapa yang jujur seperti Tun Gaffar Baba akan jatuh.Sejarah telah membuktikan.Hukum hakam Islam kian bercelaru,
kalau dulu siapa pilih wakil dari bukan ISLAM hukumnya KAFIR,tetapi kini dibolehkan pula.
Rakyat jelata yang rata-ratanya inginkan kedamaian menjadi keliru.Siapa yang membawa jalan yang benar?Sampai
bila masalah politik ini akan selesai.PRU 12 dah bertahun bertahun tetapi orang Malaysia khasnya orang MELAYU
tak henti-henti bertelagah.Memperjuangkan perkara yang kabur,cuma mendengar ayat-ayat politik yang dipengaruhi
pemimpin tertinggi.Wakil politik Melayu PAS dan UMNO bermain tarik tarik tali.PAS mendakwa UMNO tak boleh dipercayai,
sejarah lama telah membuktikan.UMNO pula mendakwa PAS putar belit fakta.Yang ketawa mereka yang bukan MELAYU.
Kalau MELAYU bertelagah,MELAYU akan lemah,maka senanglah mereka berkuasa.Jadi seperti Singapura tanah MELAYU
milik mereka?PAS kata salah UMNO,UMNO kata awat PAS dok nga-nga.
Rata-rata kita yang diatas pagar berkata,siapa yang menang pun,pagi kena pi kerja.Kalau tak kerja dapur tak berasap.
Siapa perintah pun,tak kan sampai nak jual Malaysia.Tiap yang hidup PASTI akan mati.BN bukan selama-lamanya boleh
hidup dibumi Allah ini.Suatu hari akan hancur binasa.Begitu juga PR bukan selama-lama akan menjadi pembangkang
sekiranya mereka bekerja keras.Melayu cuma suatu bangsa yang dicipta Allah,ditakdirkan Allah mendokong Islam di Malaysia.
Logiknya sekiranya Melayu hancur,maka hancurlah Islam di Malaysia.
Rakyat Malaysia yang cintakan KEDAMAIAN menyaran agar,Pemimpin Politik gunakanlah pentas yang disediakan.Di dewan Rakyat
atau di dewan negeri.Jangan dibawa politik dijalanan dan diserata tempat.Akabar-akbar dan media arus perdana ataupun
saluran Internet,sudah-sudahlah menabur fitnah dan bertelagah.Tunggu musim pilihanraya baru bertarung.Kepada pihak
yang menang,perintahlah negeri dan negara dengan berlandaskan Al-Quran dan Hadis.InsyaAllah Malaysia akan bertambah
maju.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Abg Halim!!
Aabangh halim mahu berapa helai resit macam tu. Tapi kita tulis Bilik Gearakn Pas.. letak RM1200.00
Apa macam,,,setuju?
salam.....
kita manusia cerdik.....
kita takut....hukuman allah
Woi alim kambing.. kalau hang berani hang kluarkan komen aku ni. Hang tunjukan kat aku ayat al-quran atau hadis mana yg suruh orang islam bersumpah sambil junjung al-quran..? Hang ni memang tak belajar agama laa.. cetek betul ilmu agama hang ni. Dalam blog macam alim.. rupanya bodoh mcm kambing. kambing hang tu pun lagi pandai dari hang.
woi alim kambing.. hang ni jadi follower blog Aku YanG Gilakz rupanya.. Blog yang suka posting mende mencarut dan ngarut2 tu.. hang ni betui x tau malu laa.. hipokrit..!!!
halim, resit macam tu senang sgt nak buat la.mana boleh percaya.aku lebih percaya kat saiful sumpah tu lagi. sebab melibatkan kalam Allah.jgn main2.
setakat resit murahan macam tu sapa pun boleh create la bang.sedangkan ada orang tu kena cucuk virus HIV n kena racun arsenik dok hidup lagi. tak mampuih2 lagi pun.
Salam.
p/s : aku dapat anak perempuan. anak merdeka wooo..31/8/2009.
Post a Comment