Nik Aziz dijangka keluar IJN esok start pix1 end pix1 KUALA LUMPUR: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang sedang mendapat rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) di sini dijangka dibenarkan pulang esok. Setiausaha Sulitnya, Rosdi Abdullah, berkata Nik Abdul Aziz dimasukkan ke IJN kira-kira pukul 10.30 pagi semalam akibat keletihan selepas seminggu tidak mendapat rehat secukupnya. "Keadaan beliau kini dilaporkan stabil dan beliau dijangka keluar dari IJN pagi esok dan akan menyambung tugasnya seperti biasa," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, hari ini.
Katanya, Mursyidul Am Pas itu tetap akan menghadiri Seminar Politik Pas di markas parti di Taman Melewar, Gombak esok. - Bernama
Katanya, Mursyidul Am Pas itu tetap akan menghadiri Seminar Politik Pas di markas parti di Taman Melewar, Gombak esok. - Bernama
3 comments:
InsyaAllah ..
TGNA akan segera sembuh dan dapat meneruskan tugasannya..
salam/
biarlah dia bersara dari terus menerahui PAS yang kian celaru dan harubiru...betoi tak halim???
Tanya bakar tengok dia setuju dak dgn pandangan aku nei.
salam.
sekali renung hairan juga aku sapa nei...dua kali renung kenailah aku bro nei...
Rambut palsu sapa pula yang hang pakai tu halim begerun aku tengok !!!
Jgn pakai pi Nasmir dah !!
Post a Comment