DOSA AYAH
(semperna hari bapa)
Anak-anakku
Ampun dan maaf kerana merontan kalian
Ayah zalim dan kejam pada kalian
Ketika kalian semua engkar membaca buku
Ketika kalian culas mengaji
Ketika kalian menderhakai ibumu
Anak-anakku
Ampun dan maaf kerana merontan kalian
Ayah tahu kalian sakit
Hati meronta
Mendendami ayah
Kerana kalian cuma melakukan sedikit kesalahan
Kerana tidak mandi petang
Kerana tidak ke kebun getah
Anak-anakku
Ayah mohon maaf
Kerana terpaksa berkahwin lagi
Kala ibumu ke rahmatullah
Kala kalian memerlukan ayah
Kala kalian diperantauan
Kala ayah kesunyian
Anak-anakku
Ada yang bergelar Dato
Ada yang bergelar ahli perniagaan
Ada yang bergelar pegawai
Ada yang menjadi kuli cabuk
Ayah menghormati kalian
Kerana kalian bijak pandai
Kerana petah berbicara
Kerana kalian ternama
Kerana kalian telah berjaya
Kerana kalian kaya raya
Anak-anakku
Ampunkan dosa ayah
Kerana ayah tak sempurna
Seperti ayah ayah orang lain
Ayah begis
Ayah garang
Ayah tidak pandai membahagikan kasih sayang
Ayah banyak dosa dengan kalian
Anak-anakku
Hari ini hari ayah
Ayah tak tahu
Ayah cuma tahu hari raya
Ayah tak pernah mengharap apa-apa
Cuma kehadiran kalian ke syurga
Anak-anakku
Dari hujung rambut
Hingga hujung kaki
Ayah mohon jutaan keampunan dari kalian
Kerana ayah berdosa pada kalian
Hukumlah ayah
Ayah tak pernah minta kamu mengjenguk ayah
Ayah tak mengharap kiriman wang pos
Ayah dah tak ada apa-apa lagi
Cuma menghabikan sisa-sisa usia tua
Dimuka pintu
Anak-anakku
Ayah doakan kalian berjaya menjadi Muslim dan muslimat
Jangan jadi bodoh seperti ayah
Jangan macam ayah mendidik kalian
Ayah pohon kehadrat Allah
Agar kalian menjadi ayah dan ibu yang berjaya
Anak-anakku
Ampun dan maaf
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment