Free counter and web stats

Sunday, June 28, 2009

TAK NAK




Aku kata Tak Nak
tapi aku terus menunggang motosikal
aku menyedut asap
aku melepaskan asap

Aku Kata Tak Nak
tapi aku melepaskan asap
dari keretaku
untuk disedut pejalan kaki
penunggang motosikal

Aku Kata Tak Nak
tapi aku memiliki lori
aku memiliki bas,keretapi
aku menyebarkan asap ke seluruh tanah air
kepada semua untuk disedut

Aku Kata Tak Nak
tapi aku mengotorkan angkasaraya
dari corong asap kilangku
dari kapalterbang ku
aku nipiskan ozon
tapi aku di muliakan

Aku Kata Tak Nak
aku menggalakkan mereka bertani tembakau
aku subsidikan mereka
aku bantu mereka untuk membakarkan orang lain

Aku Kata Tak Nak
aku membiarkan ia dijaja
aku cukaikan mereka berganda
aku jadi kaya raya

Aku kata Tak Nak
aku berikan Amaran
aku gambarkan penyakit
barah
keguguran
kaki berkudis

Aku Kata Tak Nak
Kerana aku HIPOKRIT
Sebenarnya aku nak duit
Duti cukai yang tinggi
Aku tahu mereka PEROKOK TEGAR
Esok nak mati mereka merokok

Kalau Aku Jujur Tak Nak
AKU HARAMKAN TERUS


abghalim
28-6-09

0 comments: