SELAMAT HARI LAHIR AKU
(June Lima)
Hari ini hari lahir aku
Hari yang memberitahu aku lanjut usia
Hari untuk mengenang jasa ibu
Hari untuk mengucapkan Alhamdulillah
Hari bersedekah Al-Fatihah.....
Hari ini tidak bererti padaku
Juga seperti hari-hari lain
Aku wajib mengenangkan perngorbanan ibu
Hari untuk ayah yang berjasa
Bukan hari untuk memadam api lilin
Bukan hari yang melalaikan kita
Hari dikhabarkan hari cuti
Hari rabu.....semua kedai tutup
Bapa mengayuh basikal tua
Kebetulan bersama nama baginda sultan
Itulah namaku
Hamba Allah Yang Lemah Lembut
Ucapan yang wajib padaku
Terima kasih ibu
Terima kasih ayah
Syukur Alhamdulillah
Aku dipanjangkan usia
Perit getir melahirkan aku
Penat lelah mendewasakan aku
Siapalah aku tanpa ayah dan ibu
Kini aku tiada mengharapkan lagi
Kini aku tiada menantikan hari ini
Kini aku sentiasa berdoa
Agar Allah mengampuni dosa kedua ibubapa
Dosa dosa ku
Dosa dosa kaum keluarga
Dosa dosa guru-guruku
Dosa dosa muslimin muslimat
Ada kekesalan yang tersembunyi
Pernah ada cerita disebalik hari ini
Aku tidak pernah lupa
Aku tidak mengharapkan lagi
Cuma terkilan dihati
Kerana tidak setaraf
Untuk dibicara lagi.......
Hari ini hari lahirku
Kepada insan-insan yang kusayang
Aku terlalu berbangga dengan ucapan
Tetapi aku tidak mengharap
Kerana hari ini tiada sambutan lagi
Kerana aku lebih senang mengenang jasa ibu dan ayah
Kerana aku kian hampiri mereka
Selamat hari lahir aku
Semoga Allah mencucuri arwah ibu
Semoga Allah memberkati ayah
Semoga Allah merahmati guru-guruku.......
abghalim
20:11
2-6-09
0 comments:
Post a Comment