Tanggal 11 Ogos,selepas waktu persekolahan
Aku membongceng motosikal teman lelaki ku
Yang ku kenal melalui laman sosial "friendster"
Kami berjanji sekadar keluar makan
Dia membawa ku meronda-ronda sehingga lewat petang
Dia mempelawaku berjumpa kedua ibubapanya
Kami meneruskan perjalanan dari Batang Kali sehingga ke Port Klang
Sesampai dirumahnya,dia mempelawa tidur dirumahnya
Dan berjanji menghantar pulang keesokkan harinya
Tanggal 12 Ogos,kami meronda disekitar Bandar Klang
AKu terasa dihargai,perasaan asyik dan maksyuk
Bersama insan yang kucinta diusia 16 tahunku
Aku lupa pada solat,lupa pada mama,lupa pada abah
Aku abaikan tanggungjawab sebagai pelajar
Tidak ku sedari ibubapaku kian risau,gundah gulanah
Abah tabah mencariku,laporan polis dibuat
Aku kian hayal,aku bermalam bersama sidia
Dirumah ibubapa teman lelakiku
Malam jahanam sekitar lewat 11 malam
Dara ku tersia,kerana cinta pada yang aku tidak tahu
Pagi 13 Ogos aku hubungi mama
Nombor "hand phone"dia direkod
Dengan bantuan pihak berkuasa lokasi dikesan
Kami dijejaki,mama menghubungi aku
Kami berjanji menemui mama disatu lokasi
Kami terperangkap,pihak berkuasa menanti
Dia digari,aku meraung minta simpati
Tiada siapa memperduli
Setelah disoala siasat,aku dibawa ke hospital
Didapati ada kesan koyak yang baru
Laporan diserah kepada pihak berkuasa
Dia dituduh merogol aku kerana aku dibawah umur
Aku meraung lagi,aku terlalu sayangkan dia
Aku yang merelakan semuanya berlaku
Tetapi undang-undang tetap dilaksanakan
Berjam-jam disoal siasat
Aku kian bingung dengan semua perkara
Kenapa ini menjadi kesalahan
Kenapa kami tak dinikahkan
Kenapa kami mesti berpisah
Aku tak faham.........
Mama,
Kalau dia dihukum,dipenjara mahupun disebat
Dapat di kembalikan DARA aku
Dapat aku kembali normal
Dapatkah aku melupakan segalanya
Apa keuntungan yang kita dapat....? persoalanya
Anakku
Memanglah apa yang berlaku tidak kembali pada asal
Undang-undang perlu dipatuhi
Agar menjadi pedoman dan pengajaran pada semua
Itulah akibat melanggar undang-undang
Belum lagi dosa dan azab dari Allah di neraka
Kalau diikuti hukum syariah,kamu dirotan
Lupakah kamu pada ajaran agama yang mama curahkan
Kerana mengikut nafsu,serakah syaitan kamu terpedaya
Mama,
Adilkah aku nanti pada bakal suamiku mendatang....
Adakah lelaki itu juga penzina sepertiku
Kerana janji Allah,penzina kahwin penzina
Apakah aku bisa mendapat lelaki beriman......?
Teruna dan Dara
Semua orang pernah buat dosa
Apakah dunia kian hampir ke penghujungnya
Umat tidak kisah lagi teruna atau dara
Berani melanggar hukum Allah,agar dijauhi zina
Berani memberi alasan bila terlanjur akan redha segalanya
Teruna dan Dara
Apakah kita bakal melahirkan umat baka penzina
Memang Allah Maha Pemurah
Allah akan mengampun dosa kita
TETAPI balasan diatas kesalahan kita tetap dilaksana
Itu JanjiNYA
Teruna dan Dara
Apakah jadi pada waris mendatang
Mungkin lebih dasyat dari kita
Kita yang melakarkan jalan dengan benih dan baka penzina
Lihat saja kini,intektual Islam dimenara tapi runtuh akhlak
Kerana kita selalu meredha dan memaafkan pendosa
Kerana berpegang bumi mana tak ditimpa hujan
Kenapa tidak kita berpegang pada Hukum Allah
Amar Makruf Nahi Mungkar
Cegah sebelum berlaku
Teruna dan Dara
Taubat Nasuha.......
Nasuha nama anak raja Rom dizaman nabi Allah Daud
Yang bermimpi melihat ganjaran pahala
Sehinggakan meninggalkan agama berhala lalu taat kepada ajaran nabi Allah Daud
Apakah kita diberi kelebihan seperti Nasuha
Taubat kita seikhlas Nasuha yang melihat kebesaran Allah gambaran syurga
Teruna dan Dara
Teruna dengan bangga dapat meniduri dara
Teruna lupa perbuatannya membawa angkara dan padah
Meramaikan lagi gadis yang tanpa dara
Yang bakal menjadi isteri mereka....?
Yang bakal menjadi ibu kepada anak mereka
Yang bakal ditaburkan benih
Apakah benih suci itu layak ditabur ditempat kotor.....
Teruna dan Dara
Mudah kata kita,nanti kita akan berikan anak itu didikan agama yang padat
Persoalannya,siapa yang akan mengajar......
Kita yang yang sentiasa sibuk dengan kerjaya didunia moden yang perlu berharta
Guru agama yang murid yang ramai berjela
Paling tidak amah indon yang mungkin beragama atau yang pernah menjadi santapan suami kita
Ini akibat dosa kita yang lalu
Begitu sukar Allah menguji
Teruna dan Dara
Sesal dahulu pendapatan
Sesal kemudian tidak berguna
Kita tinggalkan kekasih pertama
Harapan agar mendapat yang selesa
Allah gantikan yang sama PENZINA...wallahuaklam
Monday, August 17, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
assalamualikum......bagus sajak ilmu kamu...moga Allah memberkati kamu dan keluarga kamu....
MAHU KE KITA????
-masihkah kita tidak mahu kpd hukum Allah lagi...?
-dijulang demokrasi yg terangan memesong akidah...?
-ahli politik bertopengkan ugama konon pejuang...
-pemimpin tak mahu islam, syg jawatan, gaji dan pencen sara hidup, kufur @kafir mainan politik, DAP menghina islam kita berkawan, arak dan judi dibuat tak tahu, dsb........(banyak lagi)
-DEMOKRASI...DEMOKRASI....menjerut islam
SALAM
Susahnya menjadi AHLI POLITIK
Kerana TERPAKSA mengatakan YA pada PERKARA yang BOHONG dan BATIL
TERPAKSA berkata TIDAK pada kebenaran....
weii halim..ni cerita yang hang cerita kat aku haritu...
hang umoq 31 ka? kencing nohhhhh
Post a Comment