Free counter and web stats

Sunday, August 9, 2009

Memoir Seorang Guru


Memoir Seorang Guru


Karya Terbaru Azizi Hj Abdullah
'Memoir Seorang Guru diwarnai dengan pelbagai gejolak rasa yang menyentuh perasaan. Padat dengan mesej yang tersirat untuk dijadikan renungan bersama'.

Membaca 'Memoir Seorang Guru' novel terbaru Azizi Hj Abdullah, terbitan Alaf21, anda akan merasa kebencian disebalik kedegilan murid. Anda akan merasa keras hati seorang guru disebalik lemah lembut muridnya.

Anda akan merasa kata-kata keras, di sebalik kemanjaan murid. Anda akan menemui kekasaran di sebalik lemah lembut murid. Tetapi diakhirnya anda akan temui dialah yang memiliki kasih sayang melalui doa dan harapan, sehingga anda akan mengalir air mata dan berkata; begitukah guru kami.

Disyorkan, semua bekas murid penulis novel ini memiliki dan membacanya kerana di situ terhimpun kasih sayangnya dan kejayaan murid-muridnya dalam bidang kerani, jururawat, doktor, peniaga, penternak, petani, peguam, majestrit dan korporat.Itulah doa dan jasa seorang guru. Anda akan membaca pada akhir novel ini bersama lelehan air mata kerana bangga.

-Bekas Murid.




abghalim said...

Novel yang MESTI dibaca oleh semua guru dan bakal guru.Novel yang berkisarkan pengalaman seorang ustaz yang berperang dengan perasaan semasa bertugas menjadi guru.Kekeliruan dengan keikhlasan dengan tugas beliau ,samada beliau seorang pendidik atau seorang guru yang makan gaji.
Ustaz juga mengutarakan isu keberkatan hasil gaji yang di perolehi.Isu ini cuma dalam bentuk kiasan dan masih boleh diterjemahkan oleh perbaca.

Isu KEBERKATAN ini membuka minda saya untuk terus memusahabah diri.Menilai balik hasil kerja saya adakah ianya baik dan berkesan.Tanggungjawap yang diamanahkan oleh majikan,adakah saya melaksanakan dengan jujur dan amanah?

Bila cukup bulan,semua hasil titik peluh saya dimasukkan kedalam akuan bank saya sebagai wang gaji atau imbuhan kerja.Pada majikan,itu imbuhan kepada nilai sebuah amanah dan kejujuran.

Bila amati dengan lebih mendalam lagi,saya bertanya pada diri?Jenis akuan bank yang saya miliki.Oh akuan perbankan Islam.Lapang dada seketika.

Bila saya menhalusi dengan lebih teliti lagi bank yang saya gunakan itu ada unsur ISLAM DAN RIBA.Persoalannya beranikah saya meminum air yang bersih tetapi dicampur dengan sesudu RACUN?Ibarat kata orang tua-tua,kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

Alias,Midun,Sakinah dan Abdul Halim apakah mereka ini didik untuk orang yang berjaya?Bukankah mereka dididik untuk mengisi jawatan tinggi?Atau mereka ini akan jadi bekas murid yang berhemah tinggi.Atau jadi seperti anak-anak saudaraku yang bapanya berjawatan tinggi tapi rendah peribadi?

Pertemuan ustaz dan bekas muridnya yang selalu diilusi semua ditempat yang mulia.Murid yang dulunya memanggil ustaz dengan "ucetad" kini megah bersolat atas keterbukaan ustas.Alias,Midun dan Sakinah di tempat yang telah banyak berjasa pada nyawa dan kesihatan manusia.Pertemuan dengan Abdul Halim pada petang Sabtu di Masjid Kulim menjadi kesinambungan jalan cerita selanjutnya.

Harapan ustaz agar ILMU yang diturunnya berkat.Setiap muridnya diharapkan menjadi umat yang berguna pada Agama dan negara.Tak dinafikan ada juga segelintir menjadi sebaliknya.

Seorang bapa yang takut Kamariah mengalami stress sepertinya.Bapa yang mengharap Kamariah faham niat bapa.Bukan kerja guru itu tidak baik,tapi mampukah Kama menghadapinya dengan tabah.

Ustaz.....dari bertahun ke tahun bukan seperti novel itu.Ustaz yang menjawap "saya punya suka la.itu novel saya"bila aku bertanya pada satu seminar,"kenapa mematikan watak Tuk Ya dengan kematiannya?"Jawapan ustaz disambut gelak ketawa.Aku berbangga kerana itulah ustazku yang selalu berjenaka.

Buat bekas murid yang mengenali ustaz,anda turut akan berilusi sekiranya membaca novel ini.Novel yang penuh dengan emosi dan perlu dihayati dengan keilmuan.Novel yang bersekitar di Daerah Kulim,akan membawa kita mengimbau kenangan dizaman persekolahan.

Kepada bakal guru dan semua pembaca,novel ini adalah "HEAVY DRAMA" yang terbaik dari USTAZ AZIZI HJ ABDULLAH.

salam
abghalim ULU YAM

2 comments:

Idalara said...

insyaallah nak cari dan baca buku ni..
nampak best dan buat hati teruja mahu membacanya..

p/s pulak tu sy juga pernah menjadi seorg guru suatu ketika dulu.

Anonymous said...

wahhh abg halim nih xstudent cikgu azizi ker ....

baru2 ni saya baru mendapatkan buku beliau 'jiwa hamba'. Menarik juga, namun kupasannya ada yang berulang-ulang.

...

mcm mana pengalaman belajr bersama beliau?