Perang Terhadap BN atau UMNO
BN adalah gabungan Parti berbilang bangsa besar,Melayu,Cina,India dan Bumiputera Sabah dan Sarawak.
BN didominasi oleh UMNO parti yang mewakili kaum Melayu.UMNO dituduh atau mengamalkan politik
perkauman.Benarkah ?Umno menggunakan media arus perdana yang bahasa pengantarnya Bahasa Melayu
yang rata-rata difahami oleh majorati rakyat Malaysia.
Berbanding DAP,mereka disokong oleh akbar cina yang cuma difahami oleh masyarakat cina sahaja.
Siapa yang lebih perkauman?Kenapa DAP yang telus berjuang untuk demokrasi dan persamaan kaum
tidak menggunakan bahasa pengantar bahasa Melayu,Bahasa yang difahami oleh semua penduduk
Malaysia?
Kenapa DAP tidak menyerang MCA?Agak jarang DAP menyerang MIC,kenapa?Mungkin kerana UMNO
mewakili kaum peribumi Melayu yang mengamalkan agama Islam yang menjadi musuh orang-orang
kafir sejak dulu lagi.Sejak dari zaman nabi Allah Adam lagi.Sebagaimana kita muslimin tahu
yang bangsa atau kaum bani Israel yang memusuhi bangsa Arab.Pertembungan dan pemusuhan
antara bangsa-bangsa telah lama berlaku.Perkara ini dinafikan oleh PAS yang jelas diperkudakan
oleh DAP bagi memenuhi hasrat dan cita-cita mereka.
Kebijaksaan DAP menghafal sepotong atau beberapa kerat ayat suci Al-Quran membuat PAS teruja.
Pas menghalalkan cara DAP bagi memenuhi matlamat menghacurkan bangsa sendiri demi memuaskan
dan melunaskan perasaan dengki dan dendam kesumat yang mungkin telah lama terpendam.
Oleh kerana DAP yang condong pada parti idola mereka PAP yang dapat menguasi Pulau Temasik
yang dulunya milik Melayu.Parti PAP pula mempelajari cara Israel menguasai Palestin.Cara
yang sama digunakan oleh DAP memperkudakan PAS.PKR parti yang memperjuangkan hasrat
Anwar Ibrahim yang kemaruk ingin menjadi Perdana Menteri.
Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat seorang ulama PAS yang tersohor sewaktu
ketika dulu dengan sifat TAWADUKNYA memperhambakan diri pada Allah,kini telah lupa diri bahawa
dia cuma manusia biasa.Dia bukan wali bahkan jauh sekali nabi atau rasul.Golongan nabi
pun tewas dengan godaan Iblis,siapalah Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat ini?Mungkin terlalu lama menjadi
MB Kelantan sehingga dia terlalu sombong dan melatah seperti orang yang tak beriman.Jauh
sekali tutur katanya seperti Rasullullah atau Ulama tersohor serperti Tuk Kenali.Kata-katanya
dalam loghat pekat Kelantan kekadang agak merapu didengar sehinggakan kata-kata sukar difahami
dan mudah disalah tafsir.Ayat-ayat suci Al-Quran diterjemahkan yang lebih cenderong dan menyokong
perjuangan mereka dan yang bertentangan dengan mereka dibiarkan.
Baginda Rasullulah tidak pernah bersikap kasar dan keras kepala.Allah s.w.t berfirman maksudnya,
"Maka disebabkan rahmat dari Allah -lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka.Sekiranya kamu
bersikap keras lagi berhati kasar,tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu."
(Ali Imran : 159)
Kembali kepada PAS,kenapa Tuan Guru Nik Aziz terlalu kedepan berbanding Tuan Guru Haji Hadi Awang?
Kenapa kebelakang ini Tuan Guru Haji Hadi Awang kian diam dan kurang mengeluarkan kenyataan
yang mengelirukan umat Islam di Malaysia?Selepas Amanat Hadi Awang,yang mengkafirkan sesiapa
yang tidak menyokong perjuangan PAS ketika itu,tiada lagi amanat dan kata-kata yang mengelirukan
umat Islam.Amanat Hadi Awang mungkin releven ketika itu kerana asas perjuangan PAS ketika itu
jujur untuk membentuk kerajaan Islam.PAS kita itu lebih digeruni oleh lawan dan ahli-ahli PAS
dari segi pakaian dan semangat lebih cenderung kepada ajaran Islam yang suci.Setiap pertemuan
sesama ahli akan kedengaran Takbir "Allahu Akbar".Kenapa kini dizaman kekuasan Nik Aziz ditukar
kepada takbir "REFOMASI".
Apakah PAS menyedari Takbir "Allahu Akbar" hanya layak digunakan oleh umat Islam sahaja.Apakah
bila bersahabat dengan DAP takbir "Allahu Akbar" disesuai digunakan atau "haram" digunakan
oleh Kafir DAP.? Kenapa Ng Kok Ming boleh pula dibenarkan menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran?
Pengikut PAS diakar umbi ada yang keliru dan ramai yang belasah sahaja tanpa berfikir dan
merujuk kepada yang lebih ARIF.Apakah setiap kata-kata Nik Aziz itu semuanya BENAR?Apakah
Tuan Guru Nik Aziz itu maksum dan setaraf nabi?
Dominasi UMNO yang mewakili bangsa Melayu dicemburi oleh bangsa lain.Sehinggakan sekutu kuat
UMNO,MCA dan MIC jarang atau langsung tidak diserang.Walaupun MCA dan MIC sekutu kuat UMNO,
tetapi asas perjuangan mereka sama sahaja seperti DAP.Mereka juga menolak Hukum hudud.Mereka
juga menolak sekolah wawasan.Mereka tidak menggunakan Bahasa Melayu untuk menyebarkan dakyah
dakyah politik mereka.Mereka menggunakan bahasa ibunda merekan.Bahasa asal dari negara asal
nenek moyang mereka.
Kenapa dengan kita,salahkah kita mempertahankan hak mutlak kita.Hak nenek moyang kita.Allah
menjadikan kita berpuak-puak,bersuku-suku,kaum dan warna kulit yang brbeza,hanyalah untuk kita
saling kenal antara satu sama lain.Allah memuliakan hanya pada mereka yang bertakwa dan beriman.
Allah pilih bangsa Arab untuk membawa agama Islam yang mulia untuk disebar dan diajari pada
semua bangsa-bangsa didunia.Allah takdirkan bangsa Melayu untuk mendokong Islam di Malaysia,
kenapa kita tidak berbangga menjadi Melayu.Suatu bangsa yang dapat mengepalai pemerintahan
di Malaysia.
Apakah salah memprjuangkan politik perkauman tetapi memberi hak kepada bangsa lain hidup aman
di Tanah Melayu?Apakah kaum CINA dan INDIA dinafikan menggunakan bahasa ibunda mereka?Apakah
mereka ini menerima sekolah wawasan atau sekolah satu aliran?Penolakan PPSMI adalah kejayaan
orang CINA dan INDIA.Mereka bijak menggunakan orang Melayu agar berdemotrasi menentang PPSMI,
demi mengagungkan Bahasa Melayu.Hakikatnya mereka menggunakan Melayu untuk mempertahankan,
bahasa Ibunda mereka.
Selepas dimansuhkan PPSMI apakah ditutup semua SJKC dan SJKT ?Apakah mereka menggunakan bahasa
MELAYU ?Hakikatnya kita memperjuangkan PERKAUMAN yang kita tidak sedari.Kita sendiri yang
bersifat perkauman dan menuduh orang lain yang mengamalkan perkauman.Lebih mudah lagi,UMNO dan
PAS memang bodoh dan tidak sedari diri yang mereka ditunggangi oleh kaum lain.
Untuk renungan bangsa Melayu,tidak selama-lamanya pendapat seseorang itu baik UMNO mahupun PAS,
itu benar seratus peratus.Maka,jangan pernah sekali kali berkata:"Bila ia sefahaman denganku
dalam segala perkara,maka dia adalah saudaraku yang akan aku doakan di setiap hujung solatku.
Namun,apabila dia berlainan fahaman denganku,maka ia adalah musuhku.Oleh kerana,aku harus
berlepas diri darinya dan aku akan berdoa agar dia mendapat celaka."
Berhubung dengan sikap dan kenyataan seperti diatas,Ibn Qudamah menulis di dalam al-Mughni:
"Orang-orang yang berilmu tidak aka memusihi orang yang berlaianan pendapat dengannya dalam
masalah-masalah yang dapat dibahaskan."
Sementara itu,Ibn Taimiyyah berkata:"Para sahabat Rasullulah s.a.w saling berselisih faham
dalam masalah-masalah memilih Khalifah,namun mereka tidak saling mengkafirkan,tidak saling
melempar tuduhan fasik,tidak saling mengatakan ahli bid'ahdan tidak salih membunuh.Bahkan
mereka saling slat bersama."
Mungkin Umno dan Pas berbeza dalam pendapat dalam lima atau enam perkara,Namun demikian
Umno dan Pas tetap bersaudara dan dapat bersolat bersama.Sikap seperti ini sering dicontohi
oleh para ulama besar kita,baik dari segi penganut mazhab Hanafi,Syafi'i mahupun Hanbali.
Dalam masalah UMNO dan PAS,perbezaan tidak seharusnya menyebabkan berlakunya perpecahan MELAYU.
Mereka tida perlu mengungguli dan menonjolkan pendapat mereka sahaja.Ada perkara yang harus,
dihalusi dan perlu di beri keutamaan.Bersikap sederhanalah terhadap lawanmu!Jika antara kita
menentang,sedarilah bahawa setiap orang itu akan bertahan dengan pendapatnya masing-masing.
Warna tidak semuanya harus HITAM atau PUTIH,kerana ada abu-abu dan lembayungnya.Mungkin disana
ada empatpuluh atau enampuluh peratus persamaan.Apasalah menghormati dan berunding lagi dari
menunding jari.Sebaliknya yang menang adalah bangsa lain.
Kita sering mengukur kejayaan kita dengan angka matematik dengan mengatakan."Kelebihan undi
memihak kepada kita berbanding lawan yang mendapat undi yang kurang,maka kitalah yang menang."
Kita langsung memikirkan yang mengundi itu memiliki keunggulan ilmu seperti kita?Atau mereka
sekadar melepas batuk ditangga atau cuma ingin mencuci tangan?Pertandingan kita bukan mencari
kemenangan tapi mencari hala tuju bangsa Melayu.
Asy-Syafie pernah berkata kepada penentangnya :"Bukankah lebih baik kita tetap bersaudara meskipun
kita berselisih pendapat dalam satu permasalahan?"Mereka menjawab "Ya memang sebaik sedemikian".
Maka ia berkata "Kalau begitu,Kita tetap bersaudara"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
salam abang halim
layannn entry ni!!!!
Frodo menolak secara radikal mana2 parti yg memperjudikan agama demi kepentingan politik!!!!
Frodo menolak sekeras2 kerasnya parti yang selalu mengeluarkan kenyataan yang "pusing"
Salam ramdhan bang halim
salam ramadhan.
saya bebas kemana2 sahaja di alam maya ini.
apa yg saya dapati, setiap parti dgn niat sengaja ingin menjatuhkan umno walau dgn apa cara sekaipun.
maka dgn itu secara tak langsung musuh umno merata2 & dimana2.
pendapat saya dlm dunia politik.
http://kangnasir.blogspot.com/2009/07/aku-politik.html
Assalamualaikum wrt. Wbt.
Tuan/Puan yang di kasihi sekelian,
SETIAP SUMBANGAN ADA NILAINYA DI SISI ALLAH.
Di sisi ALLAH bukan banyak atau sedikit sumbangan yang dihulurkan, tetapi KEIKHLASAN itulah yang utama.
Pada kami ada lebih 10,000 senarai emial, jesteru itu walaupun kecil sahaja sumbangan anda tetapi jika dihimpunkan ia sangat membantu dalam membiayai keperluan anak-anak di RKH, dan kami memohon maaf sekiranya tuan/puan menerima email ini berulang kali. Kami akan membuat hebahan sekiranya terdapat peluang baru untuk tuan/puan beramal jariah kepada rumah-rumah dibawah pemerhatian kami.
Oleh kerana itu mohon jasa baik tuan/puan agar email ini dapat diperpanjangkan kerana ramai para dermawan di luar sana sedang mencari-cari tempat untuk BERAMAL JARIAH, tetapi disebabkan mereka tidak kesempatan membaca EMAIL atau melayari INTERNET mereka tidak mendapat maklumat tentang peluang ini. Usaha anda ini ada saham di sisi ALLAH swt. Insya Allah.
Maklumat lanjut sila layari: www.rkh.ykppm.org.my
Yang berusaha
Sumayyah Pfordten
Sukarelawan RKH, RSK & RAPR.
Post a Comment