Perempuan Tua Penjaja Kuih
Seawal jam empat pagi
Mendahului semua zuriat tercinta
Menyiapkan kerja demi mereka
Kerana itu tanggungjawab.....amanah Allah
Di tolak kereta sorong empat roda
Yang sarat dengan aneka juadah
Untuk mereka yang sibuk
Untuk anak-anak merasa nasi
mengisi ilmu
menikmati kehidupan dunia
Terkedik kedik kereta sorong empat roda berjalan
Ditolak terbonggok bonggok
Pecikan peluh seawal pagi
Mendahului mentari
Anak masih tidur dibuai mimpi
Ada yang termenung sendiri
Kini selepas puluhan tahun
Dia masih disini
Taman Panglima mengenang budi
Anak-anak kini di menara tinggi
Ada yang ahli perniagaan
Ada yang menjadi guru
Ada yang menjadi kerani
Ada yang tidak mahu hidup dan tidak mahu mati
Dia mencari lagi
Hasil titik peluh untuk ke Tanah Suci
Suami tercinta tidak berperi
Berjasa pada negara
Berdosa pada anak dan isteri
Katanya dalam hati
Anak-ankaku
Aku tahu kalian sayangkan aku
Aku tahu kalian tak sampai hati
Berat mata kalian memandangku
Tetapi
Bila kalian jauh dari Taman Panglima
Kalian lupa diri
Kalian kerja demi harga diri
Mak Faham anak-anak tercinta
Mak tak minta
Mak larat lagi bekerja
Mak mampu lagi
Mak tak kisah apa mereka kata
Mak dah lali
Pada anak anak yang berjaya
Mungkin mak faham
Mungkin mak tidak meminta
Tapi cuba fahami
Cuba hayati rahsia hati
Kenang kembali sejarah
Agar bumi yang membulat pada kita
Sekejap diatas
Sekejap dibawah
Berilah sedikit kelazatan beribadat
Berikan ruang agar dia tenang bila dijemput Ilahi
Badannya tuanya telah dimakan hari
Mana mampu berlari
Agar kita tidak menyesal
Ibu cuma satu dalam dunia
Jangan hanya pandai melafas KASIHAN
Melafaskan SIMPATI
Mata Taman Panglima telah menjadi saksi
Dia Ibu yang Berjasa
Wednesday, July 1, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment