Free counter and web stats

Sunday, July 26, 2009

SEMBAH DERHAKA


SEMBAH DERHAKA

"Kelak akan ada di antara generasi akhir
dari umatku
Orang-orang yang meriwayatkan kepada kamu
Hadis yang belum pernah kamu
Juga bapa kamu
Mendengarnya
Untuk itu hindarailah mereka
(HR MUSLIM)

Nga Kor Ming baca ayat suci Al-Quran
Baca untuk didengari umat Islam
Mengajar umat Islam
Sedangkan dia terang terang kafir
Menolak agama Allah
Dia dibela
Dia disanjung tinggi
Golongan yang mengelar diri Ulama
Adakah ini golongan yang disebut Rasullulah
Antara 75 peristiwa akhir zaman
Menghalalkan yang Haram
Mengharamkan yang Halal
Demi politik
Demi pemimpin dari kaum Luth

Terkejut lagi kini
Bila bekas ketua negeri
Dari golongan Ulama
Menghadirkan diri dalam upacara menyalakan lilin
Terpampang gambar keseluruh dunia
Dinafikan akan hatinya
Cuma bersandiwara kepada golongan anti Islam
Demi Politik
Demi pangkat dan darjat dunia
Maruah agama digadai
Allah cuba ditipunya
Demi membela golongan perasuah
Demi membela golongan yang menolak Islam sebagai agama anuti
Melayu dikafirkan
Islam dikafirkan sekiranya menolak mereka

Ampun Tuanku!
Patik mohon keampunan
Agar jangan jangan disalah tafsir sembah patik
Ampun Tuanku!
Tuanku Ketua Agama
Ulama Pas sudah bercelaru
Ulama kerajaan disalah guna
Ampun Tuanku!
Kini sudah tiba masa
Tuanku berkeras
Demi memelihara Kesucian Agama Allah

Ampun Tuanku!
Patik hamba rakyat jelata
Kian berceramuk
KELIRU
Dimana KEBENARANNYA
Sekirannya dibiarkan nescaya Bangsa Melayu rebah
Islam akan musnah
Ampun Tuanku!
abghalim
12.03
25 july 2009

3 comments:

rillys said...

sangat menarik...

abghalim said...

terima kasih

Lagi menarik kalau dilaksanakan

abghalim said...
This comment has been removed by the author.