Ku terima kata putus ini
Bukan kerana kita bersalah
Tapi hari yang kian berubah
Tiada lagi sumpah percaya
Tiap kali aku mengulanginya
Kau katakan harus terima hakikat
Bukan kau tak sayang
Malah tak cinta
Tetapi hatimu kini kian tawar
Kepadaku seakhir hayat
Ku fahami alasanmu
Kerana taraf bukannya takdir
Tapi dosa yang kita lakukan
Tiada lagi diambil kira
Kau rancangi dari awal lagi
Adat itu lebih utama
Agama kita tolak ketepi
Manusia itu memandang harta
Bukannya agama.......
Hipokrasi itu bukan diakui
Kerana hidup mesti bahagia
Dengan harta................
Ya Allah berdosa aku
Ya Allah berilah pertunjukmu
Ya Allah benarkah janjimu
Ya Allah ampunilah aku
Aku takut pada dosaku
Aku dibayang silamku
Aku malu dihina begini
Layakkah aku ke syurgamu...........
Kiranya aku
Berdendam ke akhir hayat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment