Free counter and web stats

Thursday, July 16, 2009

Luahan Hati Anak Mami

Luahan Hati Anak Mami

Kemarin aku jumpa Ayu
Ditengah terik mentari dia tersenyum
Manis sungguh dia tersenyum
Anak mami hidung mancung
Kulit hitam manis
Ayu sungguh ayu

Dia membonceng aku ke dataran bihun sup
Tetapi malangnya kedai bihun sup TUTUP
Kami mentedarah laska dan cendol
Sambil bermain anak kucing kehilangan ibuapa
Terlalu manja dan mencurahkan simpati

Ayu menunggang laju
Membawa aku ke pengkalan ikan
Dia membeli sekilo ikan
Lalu dihantar pulang
Aku sempat bersalam ibunya
Memerhati abangnya yang kaku di tilam
Sedih dan simpati
Tabahnya ibu memelihara anak istimewa

Aku membonceng Ayu ke R&R
Kami bersembang mesra
Satu demi satu aku membongkarkan sejarahnya
Aku memutarkan kata-kata yang boleh menghibakan wanita
Simpati aku pamerkan tepat pada anak mata Ayu
Ada sinar keujuran dari raut wajahnya

Katanya dia hilang daranya pada Lelaki Keparat
Selama 5 tahun mencurah cinta
Balasanya suatu hari dia dijual pada 16 lelaki bernafsu hewan
16 Lelaki setan meratah tubuh mogel ramping gadis genit
Puncanya pada ketul kristal yang disebut ais
Syabu punca dia musnah
Dalam kesedihan dia pasrah
Demi cinta dan maruah ibu
Rahsia demi rahsia

Suatu hari dia menerima panggilan telefon
Jemputan Kahwin dari lelaki keparat
Katanya kenduri kahwin abangnya
Dengan semangat dan ria dia mengilik kotak hadiah
Hancur luhur hatinya bila si pengatin itu Lelaki Keparat
Setahun masanya Ayu menderita
Hilang punca tanpa sebarang kerja
Inikah balasan dan pengoranan CINTA
Setelah daraku kau ragut........
Maduku kau sedut
Aku dihina
Dimalukan pada kaum kerabat sahabat handai
Setelah kita BERSUMPAH setia
Berjanji hidup bersama keakhir hayat....?


Aku menyalakan api rokok
Sengaja aku hembuskan asap ke mukanya
Ayu agak gelisah
Aku tahu dia dalam ketaihan
Aku menghulur kotak rokok
Pantas dia menyambut dan dinyalakan sebatang
Sedutan dan hembusan gaya perokok tegar
Aku membiarkan dia melayan perasaan

Dalam masa yang sama
Aku merenung diri dalam keinsafan
Aku masih beruntung
Aku sedar diri dalam kehinaan
Aku tidak membuat dajal walaupun peluang terbuka
Aku tidak mengaibkan sesiapa
Aku cuma berdoa kehadrat Allah agar aku diadili
Walaupun aku bersumpah setia dan berdosa besar
Aku bukan Lelaki Keparat seperti katanya
Aku masih mahu bertanggungawab
Hanya aku pasrah terima hakikat dalam KEHINAAN

Lamunan aku tersentak bila Ayu menyapa
Abang memang baik
Tak layak buat Ayu
Bahkan jauhnya bak langit dengan bumi
Tetapi aku diam
Hampiri menitis air mata
Sedar diri aku di puji
Takut aku dilambung tinggi
Tetapi aku PERNAH dicaci
Bahkan dihina
Merana

Ayu bercerita lagi
Hari demi hari dilalui
Ayu kian liar
Bertukar pasangan
Ais santapan harian
Sehingga kini dia mencari arah dan hala tuju
Aku cuma mampu bersimpati
Tetapi dalam hati aku beranji akan selalu berdoa
Aku akan jadi teman setia
Membimbing dia membantu sedaya upaya

Masa kian mencumburui kami
Kami berpisah sementara
Dia ke haluan rumahnya
Dengan hati yang sayu bercampur ria
Batu bebanan dikepala dilepaskan seketika
Dia sempat berpesan
Abang,
Tulislah agar semua orang baca
Tapi rahsiakan nama dan tempat
Cerita benar ini agar jadi pedoma
Pada wanita diluar sana
Awasi lelaki yang berhati setan
Sayangi pada lelaki yang bertanggungjawab pada perbuatannya
Yang setia menjadi suami kepada bakal anak-anak
Sukar mencari lelaki yang setia kini..........

Aku berdoa lagi
Ya Allah berilah kekuatanMu
Berilah hidayah
Agar hambamu itu menemui jalan yang benar
Jalan yang diredai
Seperti jalan Kau telah beri pada mereka berjaya terdahulu
AMIN.....

abghalim@gmail.com




--
Sila layari http://abghalim.blogspot.com/
Sekian Terima Kasih.
Salam
abghalim

0 comments: