Free counter and web stats

Wednesday, July 29, 2009

ZAMAN FITNAH DAN ZAMAN PERPECAHAN UMAT

ZAMAN FITNAH DAN ZAMAN PERPECAHAN UMAT

Hadis riwayat Abu Dawud yang bersumber dari Abi Hurairah yang menyatakan,

Telah bersabda Rasulullah SAW

Telah terpecah umat ke dalam tujuh puluh satu atau tujuh puluh dua golongan, dan telah terpecah pada umat Nasrani ke dalam tujuh puluh satu atau tujuh puluh dua golongan,serta juga akan terpecah umatku kedalam tujuh puluh tiga golongan” (HR Abi Dawud)

Berkata Asy Syaik Khalil Ahmad Rahimahullah Ta’alaBahawa yang dimaksud dengan perpecahan dalam hal ini ialah perpecahan yang tercela mengenai dasar-dasar agama.

Adapun perbezaan terjadi pada furu’(cabang)nya tidak termasuk dicela,bahkan merupakan salah satu bentuk rahmat dari Allah SWT.Sebab mereka yang berbeza pendapat tentang dasar-dasar agama telah bertindak saling kafir mengkafirkan dan menyesatkan sesama mereka.Sedangkan pada cabangnya justeru memperluaskan minda dan cakerawala berfikir.

Perkara ini adalah antara perkara 27 dari 75 peristiwa Akhir Zaman.

Wahai umat Melayu yang dianugerahkan Allah memikul Islam di Malaysia.Tok-Tok Guru,Alim Ulama,bapa menteri dan YB.Tidakkah anda mengetahui Hadis ini? Tidakkah kalian semua telah lupa diri dari mengingati Allah? Tidakkah releven lagi kitab Allah pada politik Melayu.Koman sangatkah Hadis Nabi?

Apakah amanat Tok Guru sahaja yang boleh diguna pakai? Adakah ucapan pak menteri itu semua terlalu jujur dan benar? Kenapa ditolak salam persaudaraan sesama Melayu yang sama memikul amanah Allah.

Apakah kita mahu ucapan dari kafir laknatullah yang membaca petikan Al-Quran baru kita akan insaf.Atau kita perlu menyalakan lilin menghormati mayat si kafir baru dikata berpegang teguh pada tali Allah?

Apakah kita akan menghalalkan Homoseksul baru dikatakan Islam sejati.Atau sumpah Al-Quran kita persendakan?

MELAYU !

Pergi Jahanam lah Melayukata ulama

Kerana aku penting Islam dari Melayu

Kerana aku perlu bersaudara dengan kafir

Kerana aku AHLI POLITIK

Kerana aku bertopengkan agama

Kerana orang ramai anugerah aku tok guru

Kerana aku sukakan perpecahan Melayu

Kerana aku bukan Melayu lagi

Kerana dalam Al-Quran Allah tidak menyebut bangsa,kaum atau suku…..

Rujuk kembali ayat suci Al Quran

Tetapi nama ku masih ada lagi NIK,WAN atau Ku

Kenapa tidak ditukar kepada LIM,BALA atau SINGH

Anak-anak di taruhkan gelaran

Kalau benci sangat pada MELAYU

MELAYU !

Bersyukurlah kerana Allah telah memilih kita

Memikul tanggungjawab besar

Memelihara agama Islam di Malaysia

Malaysia!

Dimana Islam nak diletakkan kalau bukan pada Melayu.

MELAYU PERLU BERSATU

ISLAM PASTI HEBAT

4 comments:

Al-Yousry said...

Salaam.

Saya setuju dengan pendapat saudara. Namun kita perlu bersatu dengan parti yang memperjuangkan agama Islam, yang sebenar-benarnya memperjuangkan dan menegakkan Islam. Rajin-rajin lah kita bergaul dengan scholar dan alim ulama' supaya kita tahu nilai agama mereka. Apabila kita biasa bergaul dengan mereka, kita tahu mereka bagaimana.
Zaman sekarang memang banyak fitnah yang akhirnya terbongkar rahsia-rahsia yang dirahsiakan selama ini dengan pelbagai 'sumpah' dan sebagainya. Saya tidak mahu ikut pemimpin yang mengatakan 'okay' kepada semua yang bertentangan dengan Islam. Kalau orang Islam berjabat dengan orang yang jahil dengan Islam, sampai bila pun Islam tidak akan bersinar. Kerana musuh ketat Islam itu sendiri adalah bukan orang kafir, tapi orang-orang yang jahil dalam Islam. Orang Jahil Islam tidak akan menyokong hukum Tuhan. Malah mereka membenarkan rakyatnya dipengaruhi denga elemen-elemen kebaratan (barat). Lalu kualiti ummah itu tidak langsung HEBAT disisi Allaah. Kualiti ummah itu adalah lebih BAIK dari kuantiti sesebuah ummah. Jenama Sony anda pilih atau jenama Ynos?
Islam perlu diangkat dan dikotakan dalam kedua-dua belah pihak, maka kukuhlah Islam itu apabila kedua-dua belah pihak mahukan Islam. Banyak contoh dapat kita lihat di negara Islam lain, termasuk Arab dan lain-lain.

Ini pendapat saya. Tidak ada sesiapa boleh 'boo' pendapat sesiapa.

Family House said...

sakan hang ber'blog'....zahir

Unknown said...

Salam

Terima kasih Yusri dan Zahir

Kita bukan ahli politik
Yang berkata YA pada perkara yang TIDAK
Tidak pandai berkara TIDAK pada perkara yang BENAR

kermitt said...

adakah dengan tak beri undi pada UMNO maka dikatakan tidak sokong melayu?

United malays national organisation.. mengapa tidak PEKEMBAR?
Malu?